PELAWAT

Ahad, 13 Disember 2015

MALAYSIANA (2.6) STADIUM SHAH ALAM - WARNA WARNI BOLASEPAK KITA

MaLaYsiaNa  (2.6)
Jelajah 6 : Warna-Warni Bolasepak Malaysia

12.12.2015



Ke Stadium Shah Alam, Selangor Darul Ehsan


Assalamualaikum,  


Jam 2.30 ptg. saya ke Stadium Shah Alam meninjau kemeriahan Final Piala Malaysia antara Selangor dan Kedah.


Mengingatkan kembali di Tahun 80an dahulu...namun saya tidaklah memasuki stadium...lebih selesa menonton TV...masa bujang dulu...tak pernah miss.

Tepat jam 4ptg hujan turun dengan lebat namun kedatangan penonton semakin ramai.....hujan rahmat.

Jom kiter  ke Stadium Shah Alam............'Pulun Kedah Pulun'....'Viva Selangor Viva'.....menang kalah adat permainan.



                                 Ke Stadium Shah Alam                               
Stadium Shah Alam - 2.30 Petang
POSTER GERGASI-menyambut kedatangan penonton
PENULIS (baju biru) bersama penyokong Kedah


'Pulun Kedah Pulun' 
 'Viva    Selangor  Viva' 

Mafla, Jersi, Cenderahati....semua ada.














Masuk Ke Stadium





JAM 4ptg penonton dibenarkan masuk stadium.
Kawalan ketat oleh pihak berkuasa bagi mengelakkan
kejadian yang tidak diingini

Posing abih
Penyokong Selangor bersiap sedia memasuki Stadium











 CENDERAHATI buat peminat


 PENULIS (baju biru) bersama penyokong Kedah


JAM 4 PTG Hujan turun dengan lebatnya
Namun penonton setia tetap datang berduyun-duyun
.....tabik bro.
Minat seribu daya..berbaju hujan ke stadium.

Hujan Berhenti
PENULIS bersama penyokong Kedah.
JAM 4.45 hujan berhenfi dan keadaan semakin sibuk
dari kedua-dua penyokong.


Penyokong yang berjaya mendapatkan tiket perlawanan.
Namun masih ada yang datang tanpa tiket.

Suasana Malam
Pemain Selangot tiba JAM 7.15 mlm

Stadium hampir di penuhi penyokong Selangor
dan Kedah.


 DURIAN RUNTUH...Cenderahati serta jersi penyokong
ke dua-dua pasukan hampir habis di jual pada jam 8 malam.

Cenderahati dari Stadium


 Dengan hanya berbelanjakan RM 1 saya dapat membawa
pulang Majalah Final Piala Malaysia 2015.Kelihatan
Aruah MOKHTAR DAHARI Lagenda Bolasepak Negara.
Striker yang paling ditakuti Korea Selatan di Tahun 70 & 80an.

Jam 8 mlam saya balik kerumah (5 minit menapak) untuk menonton Siaran Lansung TV 1 dan TV 3.Semasa belajar dahulu saya memang tak pernah miss ke stadium. Laa ni...
tengok TV jee...sambil pekena teh tarik kurang manis.

Menonton Siaran Lansung
TV 1 & TV3 

 Siaran Lansung TV 1
 Semngat kesukanan (TV 3)
 Pemain-pemain bersiap sedia (TV3)


SELANGOR JUARA LAGI !!!
SELANGOR JUARA LAGI !!!
SELANGOR JUARA LAGI !!!

Siaran Lansung TV 3


Tahniah Selangor kerana Juara kali ke 33
Tahniah Kedah kerana dah Pulun
Tahniah kepada penyokong, anda pemain ke 12

Salam Sejahtera
Salam 1 Selangor
Salam 1 Malaysia
Salam 1 Dunia


Saya ikut pemain Selangor ke mana saja....jom..jom
(penulis bersama pemain Selangor sebelum
menentang JDT di Hotel penginapan)

Muga jumpa lagi...bye.






BERITA BOLA


Wira disambut di Kuala Selangor.
(petikan berita harian 19.12.15)




Wira disambut di Klang Selangor
(petikan berita harian 20.12.15)










Sabtu, 12 Disember 2015

BOLA, BOLA, BOLASEPAK


Assalamualaikum

Salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam 1 Dunia. Terimakasih kerana masih bersama saya.


Kali ini saya nak share dengan pembaca tentang bola, bola...bolasepak sempena perlawanan akhir Piala Malaysia antara Selangor dan Kedah pada hari Sabtu 12.12.2015.....kita saksikan nanti esuk.

Tak apa....biar kita gila bola...ia tidak menyusahkan orang lain kan !!!.Ia juga menyihatkan badan kerana kita bersukan. 

Untuk pengetahuan pembaca, saya di antara peminat bolasepak yang paling beruntung kerana dapat menyaksikan Malaysia membelasah Korea Selatan, Jepun, Amerika dan lain-lain pasukan. Kali terakhir Malaysia belasah Korea Selatan 1-0 di Stadium Merdeka.Bergegar stadium.Depan mata saya Dollah Salleh jaringkan gol....pehhhhh...hanya tinggal kenangan.Banyak lagi kejayaan Malaysia kalu nak cerita.

Nanti saya cuba cari tiket perlawanan tersebut..kita share.Kalu jumpa saya poskan.

Kalu nak congak atas kertas Malaysia sekurang-kurangnya dah 3 kali masuk final piala dunia....possible..possible. JDT boleh juara...Malaysia lagilah Boleh.Kita tunggu,yakin dan lihat.

Bola punya pasal saya sanggup beli rumah depan Stadium Shah Alam...senang nak gi tengok bola.

Pada tahun 2014 tak sangka Malaysia menjuarai Piala Suzuki walaupun di Peringkat Asia sepertimana yang penulis pernah merasai di Tahun 60,70 dan 80an dulu.

Saya sharekan kenangan lalu...


    Gallery Bola Penulis     



Kali terakhir Penulis (tengah) meraikan kejayaan
Harimau Malaya menjurai Suzuki Cup 2014
bersama rakan Awal(baju biru) dan Rosli


 Bersama Indra Putra Mahyudin
Bersama pemain Harimau Malaya Zakuan selepas
perlawanan menentang Indonesia di Stadium MPPJ
yang dimenangi oleh Malaysia.

Penulis (tengah) bersama Faiz Mansor dan rakan
sepasukan Selangor di Hotel Penginapan sebelum
JDT menentang Selangor di Johor Bharu beberapa
bulan lepas.



Hampir 1 album collection tiket bola yang saya simpan di  perlawanan bola tahun 80an sebagai kenangan
 (akan share dengan pembaca).

Oklah sampai sini dulu nanti kita sambung sebab esuk nak ke stadium (depan rumah) nak amik gambar untuk share ngan pembaca...bye.bye.