Assalamualaikum.
MI CASA KONDOMINIUM
MI CASA KONDOMINIUM
Sebelum menyeberangi Tambak Johor pulang ke Malaysia saya bersama LAr.Hamid Sudin menghabiskan masa di Mi Casa Kondominium. Sambil ronda-ronda di taman air Mi Casa LAr. Hamid menerangkan konsep rekabentuk lanskapnya yang beroriantasikan Tropical Landscape Architecture sesuai dengan cuaca panas di Singapura.
Mungkin ada di antara pembaca yang meminati bidang lanskap bolehlah ciklok serba sedikit idea yang dilahirkan. Ianya termasuklah lanskap lembut seperti rumput, pokok renek, tumbuhan menjalar, pokok besar, air pancut dan lanskap kejor seperti tempat pejalan kaki, papan tanda, tempat duduk, arca dan pegola.
Elemen-elemen warna yang digunakan agak menarik bagi mencerminkan warna-warna garang dan lembut yang terdapat di bahagian luar kondominium seperti merah dan biru.
DI MI CASA KONDOMINIUM
Idea lanskap yang dihasilkan sungguh menarik bersesuaian dengan temanya 'Tropikana'. Elemen air yang membentuk kolam di tengah-tengah di antara bangunan mengujudkan suasana menarik seolah-olah anda berada di resort.
Boleh dikatakan setiap elemen lanskap yang digunakan di kondominium ini diberi perhatian yang teliti oleh perekanya. Bayangkan suasana sedemikian terbentang di halaman rumah kita...pasti tak keluar rumahlah jawabnya. Ialah bak kata perpatah 'Rumahku Syurgaku' telah berjaya diujudkan oleh Arkitek Lanskap tersebut.
Jumpa lagi...bye.
Note : Terimakasih tidak terhingga kepada Tn.Hj.LAr. Hamid
Sudin di atas kesudian membawa saya ronda-ronda
ke Temasik.
Mungkin ada di antara pembaca yang meminati bidang lanskap bolehlah ciklok serba sedikit idea yang dilahirkan. Ianya termasuklah lanskap lembut seperti rumput, pokok renek, tumbuhan menjalar, pokok besar, air pancut dan lanskap kejor seperti tempat pejalan kaki, papan tanda, tempat duduk, arca dan pegola.
Elemen-elemen warna yang digunakan agak menarik bagi mencerminkan warna-warna garang dan lembut yang terdapat di bahagian luar kondominium seperti merah dan biru.
DI MI CASA KONDOMINIUM
Pelan Layout Mi Cassa Kondominium, Singapura
Pemandangan Mi Cassa Kondominium dari luar.
Pemandangan Kondominium dari bahagian Rumah Rehat
Adunan lanskap lembut dan lanskap kejor menghidupkan
suasana Kondominium Mi Cassa
Penulis
Kolam Mandi yang terbentang luas mengujudkan suasana damai dengan
penggunaan kemasan tiles bewarna biru menceriakan lagi suasana persekitaran.
Penulis di Rumah Rehat
Penggunaan tiles bewarna bagi mencerminkan warna-warni yang
digunakan pada jenang tingkap kondominium
Penulis berlatarbelakangkan kolam mandi.
Di ruang rehat dengan kemudahan tempat duduk, taman bunga beserta pegola.
Papan Tanda Arah. Penggunaan
Pokok Kemboja di sepanjang pejalan kaki mengujudkan
bau-bauan harum mewangi. Kekadang terangkat bulu roma kerana kebiasaannya
pokok ini di tanam di kawasan perkuburan.
Pagar Perlindungan di sekeliling kondominium
Pemandangan di Pintu Masuk Utama