Hari ini (Ahad, 24.1.16) adalah hari ke 3 dan terakhir KARNIVAL   ONLINE   NETWORKING   ENTREPRENEURS (ONE) SSM (Musim ke 4) yang diadakan di Plaza Alam Sentral Shah Alam Selangor iaitu berkenaan perniagaan online. Nampaknya hari ini lebih ramai yang hadir jika dibandingkan hari pertama dan kedua semalam yang kebanyakkannya usahawan. Hari ini hadirin dihiburkan dengan artis terkenal tanahair seperti Imuda, Wan Maimunah, Bagio dan artis serta usahawan online yang berjaya iaitu Fizo Omar. 
Hari ini sungguh meriah kerana berbagai aktiviti dijalankan seperti Soccer Lelaki dan Perempuan, SKB Best Trick serta cabutan nombor bertuah serta jamuan makan.
DI SEKITAR HARI TERAKHIR
Perasmian Acara Penutup oleh 
Dato' Zahrah  Ketua Pegawai Executive SSM
Persembahan Artis Tanahair
Artis Bagio
Sambil menyanyi menerangkan produk kesihatan 
(lawati : http : //jagamakan.blogspot.my)
Imuda dan Wan Maimunah
Fizo Omar
Menceritakan kejayaan perniagaan Online
walaupun hanya 30 minit namun sungguh berkesan 
Ceramah Kemudahan Pinjaman Usahawan
Ceramah mengenai pinjaman dari pihak bank dan TEKUN
bagi kemudahan usahawan online.
Persembahan Peserta Karnival
Sporting......Pesembahan Peserta Karnival
Hadiah handphone dari penaja menyemarakkan persembahan peserta karnival
Persembahan mereka sungguh memukau dan bersemangat 
Persembahan Produk Usahawan
Persembahan Produk Tudung
Usahawan dengan tudung ciptaannya.
Persembahan Produk Kesihatan dari usahawan
Aktiviti SKB Best Trick
 Pemenang bersama tropi
Peserta Cilik
 Aktiviti Soccer Lelaki Dan Perempuan 
 Para pemenang bersama hadiah kemenangan berposing
bersama Dato' Zahrah. 
Pemenangan Soccer Lelaki bersama Dato' Zahrah
Pemenang Soccer Kategori Wanita bersama hadiah kemenangan
Terbaik 
Pemenangan Kategori Soccer Wanita bersama tropi
 Acara Penutup Karnival
Penulis bersama Sijil Penyertaan
Penutup Program Karnival diserikan lagi dengan penganugerahan Sijil Penyertaan kepada semua yang terbabit menjayakan karnival beserta sehelai T-Shirt yang tertera Logo Penaja sebagai cenderahati. 
Program Karnival Kali ke 4 ini dianggap begitu berjaya. Segala-galanya berjalan dengan lancar dan mengikut jadual. Matlamat penganjur ke arah business online mendapat sambutan hangat dan ianya berjaya menarik usahawan yang menjalankan perniagaan tanpa internet. Sudah pasti pendapatan mereka bertambah dua kali ganda setelah menceburkan diri di dalam perniagaan online.
Semuga semua peserta karnival berjaya di dalam bidang masing-masing.