PELAWAT

Rabu, 3 Februari 2016

5,000 GURU DILATIH BERKENAAN ICT DI 2,500 SEKOLAH

Assalamualaikum. 

Ternyata kesedaran kepentingan ICT di zaman yang serba canggih ini telah berada di tahap maksimum. Ianya berita baik terutama kepada perniagaan online networking yang memberi pulangan berlipatkali ganda berbanding perniagaan biasa.

Berita Harian hari ini melaporkan kesungguhan Kementerian Pendidikkan melatih guru seramai 5,000 orang di 2,500 sekolah di seluruh negara bagi merealisasikannya dengan tajuk 'Pembelajaran Alam Maya DiPerkasakan'. 

Di antara langkah yang telah dilaksanakan :

1) Akses Rangkaian 4G di bawah Projek 1 Bestari,Net
2) Menyediakan kemudahan jalur lebar lengkap dengan ICT

Tujuan dan matlamatnya adalah bagi mengimbangi permintaan terhadap pembelajaran berkaitan ICT sejajar dengan perkembangan semasa iaitu :

1) u -pembelajaran
2) e -pembelajaran
3) m-pembelajaran

Sistem pembelajaran di atas dapat menaikkan mutu pembelajaran negara di samping menarik minat pelajar.


Keratan Akhbar BH-3.2.16



Berita mengenai perkembangan ICT di atas akan dapat menaikkan lagi industri perniagaan online di negara kita yang mana rakyat Malaysia merupakan pemegang akaun facebook terbesar dunia yang dianggarkan kini mencecah 20 Juta pengguna.











BERITA BAIK BUAT PEKEBUN KECIL

Assalamualaikum.  

BERITA BAIK BUAT SUDARA MARA DI KAMPONG
Apalagi......Jom Noreh Getah.

Susulan coretan saya pada 13.1.16 di mana Kerajaan akan memperluaskan penggunaan campuran getah asli di dalam pembinaan lebuhraya di Malaysia. Pengunaan getah asli ini memberi daya tahan yang lebih kuat kepada jalanraya berbanding dengan pembinaan sediada.

Berita Harian hari ini (3.2.16) menyiarkan lagi berita tentang penggunaan campuran getah asli ke dalam pembinaan lebuhraya di Malaysia iaitu dianggarkan sepanjang 1,000km di jalan negeri.

Kali ini Lembaga Getah Malaysia akan meningkatkan penggunaan getah dalam pelbagai sektor. Mereka sedang mengkaji kaedah yang realistik di dalam penggunaan getah di dalam pelbagai sektor lain di dalam negara.

Penggunaan getah di dalam pembinaan lebuhraya telah dilaksanakan di Stesyen Penyelidikan Kota Tinggi Johor. Kini para penyelidik sedang mengesorkan untuk jalan ladang.

Pengeluar getah utama Malaysia, Thailand dan Indonesia telah bersepakat untuk menggunakan getah di dalam pembinaan lebuhraya dan penggunaannya di dalam pelbagai sektor di dalam negara.

Penggunaan 300,000 tan getah asli 10 tahun akan datang di setiap negara akan melonjakkan harga getah dan akan memberi keuntungan berlipat kali ganda kepada Pekebun Kecil di kawasan kampong.


 BERITA BAIK BUAT PEKEBUN KECIL

Rujukan BH-3.2.16



Selasa, 2 Februari 2016

CERAMAH KESEDARAN ICT BERJALAN LANCAR

Assalamualaikum. 

Ceramah tentang Kesedaran Keselamatan ICT oleh 'computer forensic' En. Mohd. Nizam Mohd Salleh berjalan lancar di Dewan Kuliah Masjid Negeri Shah Alam.

Oleh kerana ianya bermula jam 6.30 pagi maka ramai di antara terlepas. Kebanyakkan yang hadir adalah mereka yang kerap ke Masjid Negeri bersembahyang berjemaah. Pendek kata ceramah tersebut adalah kesinambungan kepada Kuliah Subuh. 



CERAMAH KESEDARAN IT 
DI MASJID NEGERI SHAH ALAM SELANGOR

Pemandangan Masjid Negeri Shah Alam


SEKITAR CERAMAH ICT

Penulis bersama 'computer forensic' En. Nizam (baju biru)
dan Ahli Jawatankuasa Masjid

Di pintu masuk Dewan Ceramah


Kebanyakkan peserta adalah veteran maka saya terpaksa menghormati mereka dan saya tidak merakamkan gambar peserta.


Di antara topik penting yang dibincangkan oleh penceramah.

















Ceramah tamat pada jam 9.30 pagi dan para peserta dihidangkan Nasi Dagang bersama teh dan kopi O sebagai minuman pagi.


Breakfast bersama Nasi Dagang


Para peserta sedang menjamu selera.


Kursus yang ditawarkan di Masjid Negeri


Bagi mengikuti peredaran zaman IT yang serba canggih maka Masjid Negeri Shah Alam juga mengadakan kursus komputer mengenai pembangunan blog, laman web serta rekabentuk web seperti poster di atas.

Semuga bermenafaat kepada pembaca semua.





Jumaat, 29 Januari 2016

RESTORAN FIZOMAWAR KITCHEN BAKAL MELETOP

Assalamualaikum. 

Percaya atau tidak Restoran FizoMawar Kitchen yang sedang rancak diperkatakan bakal dikunjungi lebih ramai pelanggan. Oleh kerana di blok saya terpaparnya gambar Fizo Omar yang memberi ceramah tentang Business Onlinenya maka terlalu ramai blogger dan pembaca yang e-mail dan sms kat saya bertanya alamat perniagaan Restoran FizoMawar Kitchen. Ada yang e-mail dari USA dan ingin singgah di restorannya bila bercuti nanti...puyooo !!!.

Lepas ni Fizo kena berterimakasih kepada blogger Siti Aminah yang telah memberi viral di blognya Kisah Emas Putih kepada umum. Emas Putih sedang menjelma di hadapan Fizo. Saya bersama keluarga akan menjamu selera di Restoran FizoMawar Kitchen bila free nanti. Orang Singapurapun tak sabar nak ke restoran Fizo.

Seperti tips yang Fizo beri di ceramah pada 24.1.16 di Plaza Alam Sentral Shah Alam di Karnival Online Networking..........'DI MANA ADA KESULITAN DI SITU ADA REZKI'......alhamdulillah kata2 tersebut telah terbukti di depan mata Fizo muga bertambah2 lah lagi rezeki Fizo sekeluarga...amin. 



Fizo Omar bersama Isteri
(image : http://www.mstar.com.my)


BERITA BAIK UNTUK BLOGGER DAN BUSINESS ONLINE

Assalamualaikum. 

Di dalam kerancakkan business online di serata pelusuk dunia mungkin tanpa kita sedari penyangak online juga menjalankan kegiatan onlinenya. 

Dengan itu satu ceramah tentang Kesedaran Keselamatan ICT akan di adakan oleh 'computer forensic' En. Mohd. Nizam Mohd Salleh seperti di bawah.



Ceramah Kesedaran Keselamatan iCT




Semuga kita semua terhindar dari penyangak online. Jom beramai-ramai ke ceramah di atas.



Khamis, 28 Januari 2016

BETAPA BERNILAINYA DUIT 1 SEN

Assalamualaikum. 

27.1.16 Rabu, 9 pagi Saya ke LAM (Lembaga Arkitek Malaysia) Tingkat 17, renew LAM Membership...nasib baik teringat. Lepas tu buat Wang Pos kat Pejabat Pos di Ground Floor. Tertiba ternampak tabung mohon bantuan bencana alam. Terkejut jugak tengok permintaan tabung tersebut....wang derma yang diminta dengan seikhlasnya dari orang ramai bukannya 1 Ringgit atau 10 Ringgit, tidak sekali 100 Ringgit maupun 1,000 Ringgit apatah lagi 10,000 dan 100,000 Ringgit....tapi hanya duit 1 Sen....masy'allah.

Jelas sekali sebenarnya duit 1 Sen mempunyai nilai bagi mereka yang tahu nilainya. Sebagaimana yang pernah saya poskan terdahulu...walau banyak mana sekalipun duit kita sebenarnya ia adalah himpunan duit 1 sen. Jika seluruh rakyat Malaysia menderma tabung tersebut sepertimana yang dipinta....pasti dapat membantu ramai rakyat yang kurang bernasib baik....tak gitu ?.

Jika free cuba kita ke Bursa Saham. Kita tengok gelagat pelabur yang kaya raya. Anda akan dapati ada yang tersenyum dan ada yang tepuk dahi. Bila ditanya kenapa..?. Mereka akan menjawap..Aiyaaa..ini halik saham tulun 2 sen...bayangkanlah. Bukannya turun banyak pun. Di sini jelas betapa bernilainya 1 sen.

Kita lihat peminta sedekah yang selalu kita temui semasa ngetih di Mamak Restoran  menerima duit dari orang ramai paling rendah RM 1 kekadang RM 10....rasanya kalau kita hulurkan duit 1 sen pasti dihamunnya kita.....jom fikir-fikirkan.

Semuga kita semua mendapat manfaat darinya.



TABUNG MAMPU DERMA

Sesiapa sahaja pasti mampu menderma melalui Tabung Mampu Derma di atas.


SUATU PAGI DI JALAN KLANG LAMA

Assalamualaikum. 

Pagi tadi 6.55pagi (Khamis-28.1.16) sambil drive kereta hantar wife dari Shah Alam ke Sekolah Menengah Sri Petaling Jalan Klang Lama KL, sempat snap pemandangan awan yang unik seolah-olah 3 ekor raksaksa besar mengiringi antara satu sama lain. 


Pemandangan Awan Yang Yunik