PELAWAT

Rabu, 2 Mac 2016

JELAJAH ARKITEK (15) MENYUSURI SUNGAI MELAKA (6)

Assalamualaikum. 

Pemandangan Sungai Melaka Dari Jambatan Town Square Hingga Ke Muara Sungai Melaka.

Hari ini saya membawa pembaca menyusuri Sungai Melaka dari Jambatan di Tower Square hingga ke Muara Sungai Melaka. Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik yang akan saya bawa pembaca menjelajahi Bandar Melaka seperti Cina Town dan Kampong Jawa yang terletak di persisiran Sungai Melaka. Saya juga akan membawa pembaca mudik ke hulu Sungai Melaka dan melawat Kampong Mortan.



PEMANDANGAN DI TOWN SQUARE
BECA adalah simbol pelancongan Malaka. Ianya bagi kemudahan Pelancong untuk bersiar-siar dalam jarak 1-2 km.
BECA adalah simbol pelancongan Malaka.
Ianya bagi kemudahan Pelancong untuk bersiar-siar
dalam jarak 1-2 km.







PEMANDANGAN BERHAMPIRAN TOWN SQUARE





PEMANDANGAN KE ARAH TOWN SQUARE
Kelihatan Kincir Angin - Lambang Sungai Melaka



Menyusuri Sungai Melaka Ke Arah Muara



PEMANDANGAN DATARAN MELAKA



PEMANDANGAN MUARA SUNGAI MELAKA






Kedudukkan Sungai Melaka merentasi Tapak Warisan Dunia





Jumaat, 26 Februari 2016

SUATU PAGI

Assalamualaikum. 

Pagi ni 26.2.16 (7 pagi)   melalui Jalan Klang Lama sempat rakam suasana di waktu pagi. Kelihatan berbeza dari yang terdahulu.


SUASANA PAGI DI JALAN KLANG LAMA-7 PAGI



 SUASANA PAGI DI JALAN KLANG LAMA-7.15 PAGI


Khamis, 25 Februari 2016

PETS WONDERLAND, SHAH ALAM

Assalamualaikum. 


Jam 3 ptg tadi (25.2.16) saya ronda-ronda di Plaza Masalam Seksyen 9 Shah Alam terserempak dengan Pets Wonderland menjual binatang belaan yang comel dan amat sesuai dimiliki oleh pengemarnya.

Peminat binatang belaan seperti burung, hamster, kura-kura dan arnab boleh berkunjung ke Pets Wonderland terletak di Tingkat 1 Bangunan Masalam Seksyen 9 Shah Alam. 

Di samping itu terdapat juga makanan serta ubat-ubatan dijual untuk binatang kegunaan binatang tersebut. Termasuk kelengkapan pemeliharaan binatang kesayangan.




PETS WONDERLAND SHAH ALAM


Ruang pamiran binatang dan pelengkapan untuk binatang serta makanan.



 DI ANTARA BINATANG
BELAAN YANG DIPAMIRKAN 

Burung

 Hamster

Hamster

Kura-kura

Arnab


Pengunjung tidak akan bosan ke Plaza Masalam ini kerana terdapat banyak kelengkapan lain yang boleh diperolehi seperti pasaraya, pakaian, restoran, jualan emas dan lain-lain.


LOKASI BANGUNAN PLAZA MASALAM


Plaza Masalam : Bersebelahan Concorde Hotel Shah Alam
(https://www.blogger.com)




MERENTASI GAUNG DAN LUBUK API

Assalamualaikum. 


Ramai tidak menyedari akan kehadiran Jambatan Gantung melalui Lubuk Api di Tingkat 1 dan Jambatan Gantung melalui gaung di Tingkat 2 Plaza Masalam Seksyen 9. Pada mulanya penulis juga tidak menyedarinya kerana ianya dalan bentuk 2D di atas lantai. Sehinggalah melihat kanak-kanak bermain-main di kawasan tersebut.

Namun jika diamati betul-betul dan berdiri di atasnya, ia benar-benar happening....macam betul-betul uuu. Tak caya boleh try test...tuuu diaa.



JAMBATAN GANTUNG MELINTASI LUBUK API
DI TINGKAT 1

Penulis sedang merentasi Lubuk Api


 Kedudukkan Jambatan Api berhadapan Pets Wonderlands



JAMBATAN GANTUNG MELINTASI GAUNG
DI TINGKAT 2


a
Penulis sedang merentasi Jambatan Gantung melalui gaung dan lembah

Jambatan Gantung di Tingkat 2



Betullah perpatah orang tua-tua mengatakan ;

'Jalan Waktu Siang Tengok-Tengok
Jalan Waktu Malam Dengar-Dengar'












WAKTU PAGI DI JALAN KLANG LAMA

Assalamualaikum. 

Pagi tadi 25.2.16 (7 pagi) ke Kuala Lumpur melalui Jalan Klang Lama sempat rakam suasana di waktu pagi. Kelihatan lagi kebiru-biruan dan kemerah-merahan di waktu metahari akan terbit,

SUASANA PAGI DI JALAN KLANG LAMA-7 PAGI


Ahad, 21 Februari 2016

MENGEJAR CUCU PUTING BELIONG - SHAH ALAM SELANGOR

Assalamualaikum. 

MENGEJAR CUCU PUTING BELIONG

Beberapa bulan yang lepas saya balik ke Shah Alam melalui hadapan Sunway Pyramid Shopping Mall di Subang Shah Alam. Hairan juga ramai mat motor berhenti di lebuhraya dan menunjuk arah ke langit. Apa yang saya nampak seolah-olah satu puting beliong kecil muncul di hujung highway....apalagi saya kejar ler. Sampai jer di penghujung highway saya terus pecut takut terserempak ngan angin pusar.





LOKASI KEJADIAN : HADAPAN SUNWAY PYRAMID


JELAJAH DUNIA - DARI LONDON BERSAMA BAYI

Assalamualaikum. 

KE SERATA DUNIA BERSAMA BAYI

Terbaca tentang pengembaraan seorang jururawat Karen Edwards bersama bayi di BH 19.2.16. Beliau telah mengembara ke sekeliling dunia bersama bayinya yang comel. 

Beliau mengembara melalui jalan darat, perjalanan feri, serta penerbangan yang jauh dan dekat.

Itulah dia jika minat semua boleh jadi. Ianya menjadi cabaran terutama yang kepada yang bujang dan berminat menjelajah dunia. Jika Karen Edwards boleh melakukannya pasti kita juga boleh. Begitu juga saya akan ke mana sahaja bila ada peluang.



KAREN EDWARDS BERSAMA BAYINYA

Karen bersama bayinya.

Karen bersama keluarga

Mereka jual kereta dan sewakan rumah semata-mata minat melancong. Mereka menjelajahi Singapura, Australia, Indonesia, Malaysia, Vietnam, Taiwan dan Hong Kong.

Cuti bersalin digunakan sepenuhnya untuk mengembara ke sekeliling dunia dari London. Beliau kini telah kembali ke London dan telah bersiap sedia pula untuk memulakan penjelajahan ke Thailand, Kemboja dan New Zealand.

Pesanannya kepada yang suka melancong...'Perjalanan Anda Tidak Boleh Berhenti Dan Tersekat Di Sini Sahaja'.