PELAWAT

Ahad, 29 Mei 2016

X-STUDENT UITM CIPTA SEJARAH

Assalamualaikum, Salam Ahad (29.5.16)

TAHNIAH, TAHNIAH, TAHNIAH !!!

Lagi kejayaan X-Student UiTM merekabentuk Jam Besar Menara Hotel Mekah. Tahniah kepada X-Student UiTM yang telah mengharumkan nama UiTM dan Malaysia.


JURUTERA KREATIF

bh-29.5.16

Khamis, 19 Mei 2016

ARCHITECTURE STUDENT UiTM JUARA REKABENTUK PERKAMPUNGAN SAO PAOLO

Assalamualaikum, Salam  Khamis (19.5.16)

TAHNIAH, TAHNIAH, TAHNIAH !!!

Architecture Student UiTM memenangi Pertandingan Rekabentuk Perkampungan Sao Paolo di Cabaran Rekabentuk Antarabangsa Latitudes anjuran Universiti Westmins mengalahkan 59 kumpulan,,,tahniah.  


BAKAL ARKITEK

(BH-19.5.16)

Rabu, 4 Mei 2016

KUALA TERENGGANU - part 1

KUALA TERENGGANU KITER

Assalamualaikum, Salam Rabu (4.5.16)


30.4.16 hingga 2.5.16 saya ke Kuala Terengganu atas urusan kerja dan singgah sekejap di Kemaman jumpa kawan lama Ar.Rameli Said.

Ramai juga pelancong membanjiri Kuala Terengganu sempena cuti Hari Pekerja 1.5.16 terutama Pasar Besar Payang bagi membeli belah. Oleh kerana atas urusan kerja saya ke sana ke mari tengok jer.

Bila kelapangan sempat juga ronda Pekan Kuala Terengganu seperti Pasar Payang, Cina Town, Pantai Batu Burok dan tempat-tempat lain.

Seperti negeri-negeri lain di Malaysia, Terengganu memang kaya dengan pantainya yang bersih dan menarik sejauh saujana mata memandang. Mungkin banyak lagi tempat yang tak sempat saya lawati...insyallah lain kali ada masa saya tetap lawati.



PEMANDANGAN DI KUALA TERENGGANU
(Layari YOUTUBE : KUALA TERENGGANU - part 1)



PASAR BESAR PAYANG - KAYA DENGAN JUALAN BATIK TERENGGANU


BAZAAR WARISAN - BERHADAPAN PASAR PAYANG


CINA TOWN - KUALA TERENGGANU


TERENGGANU WATER FRONT


PANTAI BATU BUROK


Sampai sini dulu perjalanan saya ke Kuala Terengganu dan untuk mendapat gambaran secara live..sila lawati
 YOUTUBE : KUALA TERENGGANU - part 1,2.....tq. melawat laman web saya.

Selasa, 3 Mei 2016

MASJID AL GHAFAR JASIN MELAKA part 2

MASJID AL GHAFAR JASIN MELAKA - part 1

MASJID AL GHAFAR JASIN MELAKA

Assalamualaikum, Salam Selasa (3.5.16)


Sebelum ke Bandar Maharani Muar Johor saya sempat Sembahyang Jumaat di Masjid Al Ghafar Jasin Melaka. Sempat gak singgah di Rumah Emak Terentang, Kampungku Syurgaku... pekena Masak Asam Pedas Melaka...pehhhh..terangkat broo..masakan emaklah katakan.

Lepas lunch saya terus ke Bandar Maharani, Muar Johor jumpa Brother Jo atas urusan kerja dan sempat rakam pemandangan Masjid Al Ghafar Jasin.



MASJID AL GHAFAR JASIN MELAKA
(Layari YOUTUBE : MASJID AL GHAFAR JASIN - part 1)