PELAWAT

Selasa, 22 Disember 2015

MALAYSIANA (8) MERRY CRISTMAS & HAPPY NEW YEAR FROM KUALA LUMPUR

Assalamualaikum.    


Jam 8 mlm tadi saya balik dari Bentong ke Shah Alam singgah jap di Jalan Tuanku Abdul Rahman serta Jalan Masjid India.Pehhh...KL mandi cahaya.

Keadaan persekitaran nampak semakin meriah sempena Krismas pada 25.12.2015 dan Tahun Baru 2016 yang bakal menjelang beberapa hari lagi.

Di sini saya paparkan beberapa siri pemandangan di malam hari di Jalan TAR. Jom kita share...jom.



SEKITAR JALAN TAR & JALAN MASJID INDIA
(8.00 pm-21.12.15)



Selamat Tahun Baru 2016- Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur






Jalan Masjid India, Kuala Lumpur

MENARA KL dari Jalan Masjid India.


Semasa ini jalan TAR dan Jalan Masjid india dipenuhi pelancong luar...saya tumpang sekaki.







Isnin, 21 Disember 2015

BOLA BOLA BOLASEPAK (2) ANAK HARIMAU MENGAUM

Assalamualaikum.    

Seronok baca Berita Harian pagi ni, tengok Anak Harimau Malaya belasah kelab dari luar negara.

Bila baca berita di atas, saya teringat kali terakhir Malaysia menang ke atas Korea Selatan 1-0 pada tahun 80an.Masa tu saya berada di Stadium Merdeka....gollll...gollllll...golllllllllllllllll.
terngiang-ngiang di telinga saya.Mungkin pembaca bersama-sama saya di stadium masa tu... atau di sebaliknya.Apa pun sebenarnya Malaysia hebat...mereka telah buktikan.

Tendangan kaki kiri Dollah Saleh mencecah gawang Korea Selatan.Dan banyak lagi klu nak cerita.

Kalau nak ikut kira-kira atas kertas kita sekurang-kurangnya dah 3 kali masuk final piala dunia.Tapi apakan daya ia hanya mitos.

Mungkin ini satu mimpi akan menjadi kenyataan kerana anak Harimau sudah mula mengaum...jom kita amati berita di bawah...jom



BARISAN ANAK HARIMAU MALAYA
(Malaysia Under 14)

Berita Sensasi Pagi ni. (BH-21.12.2015)

Berita Sensasi Pagi ni. (BH-21.12.2015)

Berita Sensasi Pagi ni. (BH-21.12.2015)

Berita Sensasi Pagi ni. (BH-21.12.2015)


Pencapaian Anak Harimau

Mengalahkan Albirex Niigata 4-0
Mengalahkan Port FC 5-0

(Under 14 Malaysia 4-0  Albirexx Niigata Under 15)
(Under 14 Malaysia 5-0 Port FC)

Woww...hebatnyer adik-adik kita...siapa sangka satu hari nanti mereka ke Piala Dunia. JDT dah buktikan..Anak Harimau bila lagi....jumpa di puncak kejayaan.


MALAYSIANA (7) SUATU PAGI DI JAMBATAN SUNGAI JOHOR


Assalamualaikum.    

Pada suatu pagi jam 7.30 (15 Oktober 2014) saya telah melalui Jambatan Sungai Johor melalui Senai-Desaru Expressway untuk ke Pengerang atas urusan kerja.  


Tanpa diduga saya telah berjaya merakamkan suatu pemandangan yang menarik di waktu matahari sedang naik di jambatan tersebut.

Oleh kerana perjalanan mengejar masa, maka saya rakamkan secara spontan semasa sedang memandu.

Jom kita saksikan pemandangan di waktu pagi di Jambatan Sungai Johor...jom. 



JAMBATAN SUNGAI JOHOR DI PAGI HARI
(Senai-Desaru Expressway)



Matahari sedang terbit.




Pemandangan waktu pagi di Jambatan Sungai Johor (Foto Penulis)



 INFO JAMBATAN SUNGAI JOHOR 

-Dibuka pada 10.6.2011
-Kontraktor Utama Ranhill Engineers & Conytactors Sdn bhd
-Merentasi Sungai Johor di Lebuhraya Senai-Desaru
-Menghubungkan Pulau Juling (Barat) dengan Tanjong Penyabong (Timur).
-Jambatan Sungai terpanjang di Malaysia

Rujukan : Wikipedia, Senai-Desaru Expressway Berhad (SDEB)



Ahad, 20 Disember 2015

MALAYSIANA (6) PUTRAJAYA,MALAYSIA

MaLaYsiaNa  (6)
PUTRAJAYA, MALAYSIA


Assalamualaikum.    


Hari ini saya ke Putrajaya atas jemputan kahwin rakan pejabat isteri di Dewan PUSPANITAPURI De'Seri Endon,Precint 8,Putrajaya. 

Kami bertolak dari Shah Alam jam 11.45 pagi dan sampai jam 12.10tgh. Oleh kerana masih awal lagi kami ronda-ronda dulu di Putrajaya. Jam 1.11ptg. baru lah kami ke Dewan kenduri.

Cuaca di Putrajaya agak panas terik namun ia memberi peluang untuk kami rakamkan pemandangan sekeliling. Jom kita lihat apa yang boleh dikongsikan...jom.



PEMANDANGAN SEKITAR PUTRAJAYA


PEJABAT PERDANA MENTERI (Prime Minister's Office - PMO)
MASJID PUTRA (Putra Mosque)

PERDANA PUTRA

PERSIARAN PUTRAJAYA (Putrajaya Boulevard)


 SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN
Nazrin & Nazira






Sekitar Majlis Perkahwinan
Cenderahati dari pengantin buat penulis
Dewan berlansung majlis perkahwinan

Kata-kata peransang dari kami buat pengantin
 Nazrin & Nazira


Alhamdulillah, tercapai sudah hajad kedua ibu bapa serta mempelai...kami ucapkan terima kasih di atas jemputan dan Selamat Pengantin Baru Muga Kekal Ke Anak Cucu...amin.






MALAYSIANA (4.5) KOTA KINABALU SABAH (6)

MaLaYsiaNa  (4.5)
Jelajah 8 : Adventure Sabah (P.3),,,,,sambungan

12-2-2013 - Day 4 ( Hari Terakhir - Last Day) 

               Ke Muzium Sabah, Culture Village,
            Chocolate Factory 

Assalamualaikum.    


Sambungan....Hari ini adalah hari terakhir kami di Kota Kinabalu dan sebelah petang kami akan berangkat ke KLIA.
Rasa macam tak nak balik...seronok sungguh...pembaca kena datang ke KK dan rasa kemeriahannya.

Jom kita ronda-ronda jom...


MUZIUM SABAH
Penulis (kiri sekali) Fatihah,Mama Jun,Faris,Firdaus....sebagai kenangan
SABAH Aku datang....Fatihah
Senario Perkampungan Tradisional Suku Kaum Di Sabah (Sabah Culture Village)
ALI
Dapur (kitchen)
Dapur (kitchen)
Rumah Tradisional Penduduk Asli Sabah
 (Sabah Tradisional House)
Sabah Culture Village



 CHOCOLATE PARADISE





Bye..Bye..Sabah
Ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu 
Kami sempat bergambar bersama Pemandu Pelancong
En.Hirman (baju biru) terima kasih semuga berjumpa lagi
Di Dewan Perlepasan (Departure)
Bersiap sedia untuk pulang ke Semenanjung
Sayonara KK...jumpa lagi...bye.



Sayonara Sabah...terimakasih, thank you, xie xie, nandree...Selesai sudah perjalanan kami ke Kota Kinabalu Negeri Di Bawah Bayu.Suatu percutian yang sungguh menyeronokkan untuk dilawati dan diterokai oleh pembaca.Tempat percutian yang sangat efisien untuk seisi keluarga.

Sampai di sini dulu....bye.








Sabtu, 19 Disember 2015

GO GLOBAL (1) KAPALTERBANG SKYDECK

Go Global (1)
Berita Baik Buat Traveller (Good news For Traveller)


Kapalterbang 'Skydeck' Tawar Pemandangan 360 darjah nikmati langit - washington (AGENSI)

Assalamualaikum.    


Berita baik dari Amerika Syarikat buat pelancong yang sering menggunakan Kapalterbang sebagai kenderaan utama.

Syarikat Windspeed dari Amerika Syarikat (USA) memperkenalkan konsep skydeck kepada  Jet Peribadi dan Pesawat Komersil....jom tengok..tak sabar dah..



KAPALTERBANG   SKYDECK


Rujukan Artikel : Berita Harian ( Foto & article from AGENSI )


Tempat Duduk Skydeck Tawar Pemandangan 360 Darjah Yang Menggunakan
Konsep Jet Perjuang Supersonik.



Info untuk dikongsi : (petikan dari Berita Harian-AGENSI)

1.Kapalterbang Skydeck tawar pemandangan 360 darjah
2.Syarikat Menawarkan : Windspeed dari Amerika Syarikat (USA)
3.Kegunaan : Jet Peribadi dan Pesawat Komersial
4.Penumpang ke tempat duduk menggunakan tangga atau lif
5.Kerusi tempat duduk boleh berpusing 360 darjah pemandangan langit.
6.Tempat duduk menggunakan bahan jet perjuang supersonik yang tahan pelanggaran dengan burung dan tahan tekanan luar.
7.Bentuk titisan air akan membantu mengurangkan faktor geseran pesawat.
8.Filem anti wap digunakan untuk mengelak permukaan berkabus dan saluran pelindung UV akan melindungi penumpang.

Pada firasat penulis kapalterbang ini dibuat khas untuk blogger yang suka ambil gambar....bertambah canggih lagilah hasil gambar nanti....alright  !!!!.

Kita tunggu masa dan ketikanya...bye.