PELAWAT

Khamis, 24 Disember 2015

MALAYSIANA (11) LITTLE INDIA BRICKFIELDS KUALA LUMPUR


Assalamualaikum.    

Pagi tadi (23.12.15)  jam 11.00 pagi saya dari Shah Alam ke Kuala Lumpur melalui Jalan Travers-Jalan Tun Sambathan, Brickfields.....tertarik plak pemandangan Little India yang telah dinaik taraf.

Pemandangan persekitaran yang menarik adalah aset kepada industri pelancongan negara. Elemen-elemen lanskap yang ditambah menyerikan lagi kawasan tersebut. 

Fountain serta arca-arca dapat menyerikan lagi suasana persekitaran walaupun dikelilingi bangunan pencakar langit yang moden.

Jika anda berada di sini seolah-olah anda berada di luar Malaysia mungkin di India...'Tepuk Dada Tanya Nak Capati ke atau Roti canai'....jom kita share,,,jom,,,jom. 



  PEMANDANGAN DI SEKITAR LITTLE INDIA
(Jalan Brickfields Kuala Lumpur)



Perjalanan dari Shah Alam ke Kuala Lumpur melalui Jalan Travers-Tun Sambathan.
Keadaan jalan terlalu sibuk serta kenderaan perlahan memberi peluang 
untuk saya mengambil gambar
(On the way to Kuala Lumpur from Shah Alam...traffic used to slow down
to a messy cawl along Jalan Tun Sambathan-Jalan Travers)

Pedestrian Walkway (left side) with decorative arch and street lighting
Pedestrian Walkway (right side) with decorative arch


Rekabentuk Hiasan Lampu Jalan mengguakan motif India menyerikan lagi 
pemandangan little India.
(decorative street lighting with Indian motif)

 Jalan masuk dari KL-Bangsar
(Entrance to Little India from KL-Bangsar)
 Jalan masuk dari Lebuhraya Persekutuan
(Entrance to Little India from Persekutuan Highway)

Hadiah Replika India Gate dari
 Kerajaan India demi persahabatan



AKTIVITI


 



 Antara aktiviti sepanjang jalan Little India
(part of activities along the street)

 Penulis di hadapan Elephant Fountain
berketinggian 9m


Arch membentuk bingkai gambar
(Picture Frame) 
Tq Little India...Nanree..Bye.


Info Little India
(http://ww1.utusan.com.my)

- Lokasi 
  Jalan Travers ke Jalan Tun Sambathan, Little India,             
  Brickfields, Wilayah Persekutuan
- Bersebelahan KL Cental
- Berhampitan Bangsar


 LOKASI  LITTLE INDIA
(Site Location)

Lokasi LITTLE INDIA di Jalan Brickfields
(location of Little India)
( ليتل إنديا جالن بريكفييلدس )




 REPLIKA INDIA GATE 
(Tanda persahabatan India-Malaysia)


Mengeratkan Persahabatan Malaysia-India



India Gate dibina bersebelahan Elephant Fountain



Info Replika India Gate
(http://ww1.utusan.com.my)

- Tinggi 42m 
- Direka oleh Sir Edwin Lutyens.
- Dikenali sebagai 'All India War Memorial'
- Tugu peringatan kepada 90,000 anggota British Indian 
  Army yang terbunuh sewaktu bertempur untuk Empayer 
  British dalam Perang Dunia 1.
- Replika India Gate adalah hadiah dari Perdana Menteri       
  India Maumohan Singh semasa lawatannya ke Little India, 
  Brickfields pada 30.9.2010 bertujuan merapatkan hubunga 
  Malaysia-India.
- Ianya telah dirasmikan pada 27.10.2010 oleh PM Malaysia 
  dan PM India.











Rabu, 23 Disember 2015

BOLA BOLA BOLASEPAK (4) ANAK HARIMAU MALAYA KE SUKU AKHIR.


Assalamualaikum.    

Tahniah...Anak Harimau Malaya ke Suku Akhir menentang Montedio Yamagata pada piala Asean Dream BAWAH 14 tahun 2015 di Padang Latihan Muangthong Thailand petang ini.Kita sokong mereka 100%.

Ayoh Anak Harimau... Luaskan Kuasa Mu. Andai menang..teruskan..andai kalah..cuba lagi. Jangan berputus asa (don't abandon hope yet


  ANAK HARIMAU MALAYA KE SUKU AKHIR
(Malaysia Under 14)


Pasukan Bolasepak Bawah 14 Tahun Malaysia 2015
(BH-23.12.2015)


Ayoh Jom kita beramai-ramai doakan adik-adik kita bakal penganti pasukan senior agar merangkul kejuaraan.Hanya 2 langkah lagi untuk menjuarainya.Malaysia Boleh, Malaysia Boleh.




MaLaYsIa BoLeH



25-12-15

Jangan berputus asa (don't abandon hope yet)
Menang kalah adat permainan.
Kekalahan bukan bermakna ia tamat di sini sahaja.
Jadikan peransang untuk lebih maju ke depan.



BH-24-12-15

(That's not the end of the world)

'Ayuh, Luaskan Kuasamu'




 KaMi D
BeLaKaNg 
AnDa 
BeRjEsI 
No 12



 MaLaYsIBoLeH




MALAYSIANA (10) SUATU PAGI DI TASIK RABAN LENGGONG PERAK DARUL RIZUAN

Assalamualaikum.    

Kali ini saya berpeluang melawat Lembah Lenggong Perak Darul Ridzuan. Saya ke sana mendengar taklimat dan melawat tapak pertandingan idea rekabentuk anjuran Persatuan Arkitek Malaysia (PAM).

Sambutan dari peserta amat menggalakkan.Sikap terpuji yang telah ditunjukkan oleh para peserta ialah mereka datang untuk berjumpa bermesyuarah serta bekenalan termasuk pelajar, pensyarah dan kakitangan kerajaan maupun swasta.Bagi mereka hadiah dan pertandingan jatuh no. 2.

Saya mengambil peluang membawa keluarga bercuti di Lenggong sambil menikmati pemandangan alam semulajadi yang jauh dari bandar terutama di sekitar Tasik Raban.

Oleh kerana kami terpaksa menghadiri kenduri di rumah emak Melaka maka kami terpaksa bertolak jam dari Melaka jam 10 mlm ke Lenggong dan tiba di Resort Tasik Raban jam 4 pagi. Bayangkan semua orang tengah nyenyak tidur dan mujurlah kami berjaya memasuki Resort jam 4.30 pagi. 


Di antara Papan Tanda yang kami tempuhi
{on the way to Lenggong - 2.00am)

Pada keesokkan harinya saya akan menghadiri taklimat mengenai pertandingan. Kita tengok apa yang boleh dikongsikan bersama pembaca......jommmmm.


  TASIK RABAN DI WAKTU PAGI
   (Berhadapan Resort Tasik Raban) 

Pemandangan indah di sekitar perkampungan di Tasik Raban bagaikan lukisan.
(Beautiful morning scene at nearby Tasik Raban Village)

Tasik Raban Yang Permai (peaceful environment)

Tasik Raban Semulajadi 
(untouchable beautiful Lake Raban)

Pemandangan Tasik Raban....teringat masa bersawah padi di Melaka tahun 70an.
(surrounding lake Raban)


Bayangkan dengan pemandangan alam semulajadi di waktu pagi yang indah di sekitar Tasik Raban ianya melupakan terus kepenatan kami dari Melaka ke Lenggong selama 6 jam tanpa henti.



  WARISAN ARKEOLOGI LEMBAH LENGGONG
(Archaeological Heritage Of The Lenggong Valley)


  LOKASI LEMBAH LENGGONG
   ( Location) 

Malaysia dan Perak


PERAK



 LEMBAH LENGGONG (Lenggong Valley)
Lokasi lawatan : Kota Tampan Lenggong
https://www.google.com






 GALERI ARKEOLOGI, Lembah Lenggong

Pemandangan Bangunan GALERI ARKEOLOGI, Lembah Lenggong 

Pemandangan Sungai Lenggong dari Menara Tinjau
(Lenggong River from top of Overlooking Tower)

Mendengar taklimat dari penganjur PAM
(presentation from organiser-PAM)

Rujukan No.Penyertaan saya ; L-11-A
 (my registration)

Melawat tinggalan sejarah
(site visit)
Tinggalan Sejarah
(artifax history)
Sambutan pertandingan yang menggalakkan
(site visit)
Menara Tinjau (Overlooking Tower)
Artifak Sejarah
(artifax history)


Selepas taklimat dari pihak penganjur dan diberi no rujukan penyertaan, satu lawatan ke  gua tinggalan sejarah telah diadakan.Oleh kerana saya mempunyai agenda lain maka tepat jam 2 ptg. saya bersama keluarga meninggalkan Resort Tasik Raban dan menuju ke Kuala Kangsar untuk melihat keadaan bandar tersebut.

INFO LEMBAH LENGGONG (info Lenggong valley)
- Terletak di Ulu Perak
- Dirintangi Sungai Lenggong tempat penemuan pelbagai
  artifak sejarai seperti Perak Man
- Diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada
  2 Julai 2012.

Memory indah yang sukar dilupakan bersama rakan seperjuangan.
(memories with friends are memorable).

















Selasa, 22 Disember 2015

BOLA BOLA BOLASEPAK (3) ANAK HARIMAU MENGAUM LAGI

Assalamualaikum.    

Pehhh....kali ini Anak Harimau Malaya (U-14) belasah Osotspa 3-0.
Syabas...tiru macam abang-abang JDT di bawah.Buktikan Malaysia Boleh.



  ANAK HARIMAU MALAYA MENGAUM LAGI
(Malaysia Under 14)


 Petikan BH 22-12-15


 Petikan BH 22-12-15
 JDT peransang kepada Harimau Malaya Under 14.

Saya percaya kalian boleh melakukannya. Tiru macam abang-abang di atas. Pada mulanya tiada siapa beri harapan.Namun mereka dah buktikan.Ayuh Anak Harimau.Tunjukkan Taringmu.