PELAWAT

Rabu, 9 Mac 2016

MENCERAP GERHANA MATAHARI # MASJID SHAH ALAM MALAYSIA

Assalamualaikum, Salam Rabu

Hari ini merupakan hari yang paling bersejarah bagi Malaysia kerana seluruh rakyat berpeluang menyaksikan fenomena gerhana matahari bermula jam 7.24 pagi dan berakhir jam 9.31 pagi. 

Di Shah Alam orang ramai dapat menyaksikan cerapan gerhana matahari di perkarangan Masjid Negeri Shah Alam. Sebaik sahaja saya sampai di Masjid Shah Alam jam 8.00 pagi kelihatan orang ramai telah berkerumun dan bersiap sedia menyaksikan gerhana matahari dengan handphone masing-masing. Ada yang berada di sini sejak dari selesai sembahyang subuh.

Dengan bantuan Jabatan Pemetaan Malaysia (JAPEM) di atas jemputan Mufti Selangor, orang ramai berpeluang menyaksikan lebih dekat dan jelas bagaimana berlakunya Gerhana Matahari iaitu salah satu kebesaran Ilahi di atas kejadian alam semesta.

Tepat jam 9.00 pagi orang ramai silih berganti menunaikan Sembahyang Sunat Gerhana Matahari di Masjid Negeri Shah Alam sebagai tanda kesyukuran di atas kebesarannya. 


PEMANDANGAN GERHANA MATAHARI
DARI MASJID NEGRI SHAH ALAM
JAM 7.25-9.15 PAGI

PENULIS SEDANG MENOROPONG GERHANA MATAHARI

 7.25 PAGI

7.45 PAGI

BIASAN GERHANA MATAHARI DI MASJID NEGERI SHAH ALAM
JAM 8.14 PAGI

KELIHATAN ORANG RAMAI MENGAMBIL PELUANG
MENCERAPI GERHANA MATAHARI

TUMPANG SEKAKI
PENULIS SEMPAT MENCERAPI GERHANA MATAHARI
MENGGUNAKAN CERMINMATA KHAS



DI ANTARA PEMANDANGAN 
CERAPAN GERHANA MATAHARI

JAM 8.15 PAGI



 JAM 9.15 PAGI-GERHANA MATAHARI HAMPIR MELABUHKAN TIRAINYA.


PENULIS BERSAMA TEROPONG 
BERKUASA TINGGI YANG 
DISEDIAKAN OLEH JAPEM




JAMUAN RINGAN
 

NASI LEMAK BERSAMA KUIH KASUI
DISULAMI KOPI-O KAW.



Sebaik sahaja gerhana matahari tamat kira-kira jam 9.40 pagi satu jamuan ringan telah diadakan oleh pihak masjid di atas sokongan orang ramai. 

Semuga kita berjumpa lagi di Gerhana Matahari akan datang yang dijangkan akan berlaku pada 26 Disember 2019.










Isnin, 7 Mac 2016

ROUND DUBAI # SEPETANG DI CANAL CREEK

Assalamualaikum. 

Pemandangan yang sempat saya rakamkan semasa di Dubai iaitu suasana di Canal Creek di waktu petang. Cuaca masa tu terlalu sejuk bawah 16 dar.cel. Musim sejuk di Dubai berbeza dengan UK kerana asalnya kawasan ini di kelilingi gurun padang pasir jadi sejuknya sampai ke tulang.


SUASANA PETANG DI CANAL CREEK DUBAI UAE




Penulis sempat berposing.

Sabtu, 5 Mac 2016

ROUND DUBAI # DEIRA BUS STATION

Assalamualaikum. 

Semasa bekerja di Dubai sempat gak saya merakamkan rekabentuk Diera Bus Station. Pembaca boleh lihat rekabentuknya tanpa bumbung hanya menggunakan louvres konkrit.

Rekabentuk sedemikian disebabkan tiada hujan di sini dan cuacanya terlalu panas mencecah 49 darjah celcious dan musim sejuk pula jatuh hingga 16 darjah cel.

Masalah timbul apabila hujan turun namun sekali sekala dalam masa setahun.


PEMANDANGAN DEIRA BUS STATION, DUBAI

Rekabentuk louvres mengujudkan bayang-bayang yang menarik




Namun demikian rekabentuk louvres memberi bentuk bayang-bayang yang menarik apabila berada di perhentian bas tersebut.

Jumaat, 4 Mac 2016

ROUND # PEKAN ALOR GAJAH MELAKA

Assalamualaikum. 

Saya ke Alor Gajah atas urusan kerja. Sampai di Pekan Alor Gajah jam 11.30 pagi dari Shah Alam, cuaca terang benderang. Seperti Bandar Melaka, Pekan Alor Gajah tidak kurang kaya dan sarat dengan peninggalan sejarahnya.

Dari Shah Alam Ke Pekan Alor Gajah
Ternampak Ayam Hutan Tengah Bertelor
Sampai Je Di Pekan Alor Gajah
Terus Pekena Teh Tarik Ngan Roti Telor 

Pekan Alor Gajah juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Terdapat banyak replika serta bahan-bahan sejarah yang dapat memberi nostalgia kepada Bandar Alor Gajah. 



PEMANDANGAN TOL SIMPANG AMPAT


Pintu Gerbang masuk dari Lebuhraya Utara-Selatan di Simpang Ampat
seterusnya ke Bandar Alor Gajah.


PEMANDANGAN PEKAN ALOR GAJAH

Replika Kereta Lembu

Perhentian Bas Alor Gajah



 DATARAN KERIS ALOR GAJAH

Keris adalah lambang kepahlawanan Melayu Melaka. Ianya merupakan senjata
utama pahlawan semasa menumpaskan musuh 







 MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
Bangunan Majlis Perbandaran Alor Gajah

Penyambut Tetamu Majlis Perbandaran Alor Gajah

Majlis Perbandaran Alor Gajah



Saya juga ke Majlis Perbandaran Alor Gajah bagi menguruskan Permohonan Pelan Bangunan bagi kerja-kerja tambahan dan pindaan rumah teres 1 tingkat di Alor Gajah.














Rabu, 2 Mac 2016

JELAJAH ARKITEK (15) MENYUSURI SUNGAI MELAKA (6)

Assalamualaikum. 

Pemandangan Sungai Melaka Dari Jambatan Town Square Hingga Ke Muara Sungai Melaka.

Hari ini saya membawa pembaca menyusuri Sungai Melaka dari Jambatan di Tower Square hingga ke Muara Sungai Melaka. Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik yang akan saya bawa pembaca menjelajahi Bandar Melaka seperti Cina Town dan Kampong Jawa yang terletak di persisiran Sungai Melaka. Saya juga akan membawa pembaca mudik ke hulu Sungai Melaka dan melawat Kampong Mortan.



PEMANDANGAN DI TOWN SQUARE
BECA adalah simbol pelancongan Malaka. Ianya bagi kemudahan Pelancong untuk bersiar-siar dalam jarak 1-2 km.
BECA adalah simbol pelancongan Malaka.
Ianya bagi kemudahan Pelancong untuk bersiar-siar
dalam jarak 1-2 km.







PEMANDANGAN BERHAMPIRAN TOWN SQUARE





PEMANDANGAN KE ARAH TOWN SQUARE
Kelihatan Kincir Angin - Lambang Sungai Melaka



Menyusuri Sungai Melaka Ke Arah Muara



PEMANDANGAN DATARAN MELAKA



PEMANDANGAN MUARA SUNGAI MELAKA






Kedudukkan Sungai Melaka merentasi Tapak Warisan Dunia