PELAWAT

Isnin, 21 Mac 2016

STUDENT UiTM # BAKAL ARKITEK

Assalamualaikum, Salam  Isnin

Terserempak dengan anak murid di Restoran Pelita SS 9 Shah Alam dari UiTM, Architecture student dan ada yang dah tamatkan pengajian...tahniah bakal Arkitek..muga berjaya menjadi seorang Arkitek yang berwibawa.


Ahad, 20 Mac 2016

FIFA IKTIRAF FAIZ

Assalamualaikum, Salam  Ahad

Faiz pakar tendangan percuma.

Malaysia kini mempunyai ramai pemain bolasepak berbakat dan bertaraf dunia. 

Tahun 60an, 70an dan 80an pasukan bolasepak Malaysia begitu berjaya dan hampir ke Piala Dunia.


TENDANGAN LENCONG FAIZ DIIKTIRAF DUNIA


(Info-Berita Harian)


SAFIQ JARING 2 GOL # NADI JDT

Assalamualaikum, Salam  Ahad

Satu Dunia telah mengenali Safiq Rahim pakar tendangan percuma dan penalti.

Baru-baru ini Safiq menunjukan taringnya bila menyumbat 2 gol ketika JDT mengalahkan Lao Toyota di Stadium Larkin. 

Sebelum kemasukkan Safiq agak sukar JDT menjaringkan gol namun setelah kemasukkannya sekelip mata JDT menjaringkan 3 gol.



SAFIQ PAKAR PENALTI & FREE KICK
(Jaringkan 2 Gol-JDT vs LAO TOYOTA)


SAFIQ DENGAN AKSINYA TERSENDIRI SELEPAS JARINGKAN GOL
(INFO : berita harian)

Khamis, 17 Mac 2016

BOLABOLABOLASEPAK # ANDIK KEKUATAN SELANGOR

Assalamualaikum, Salam Malam Juma'at

Penyokong Selangor pasti setuju bahawa Andik pemain import dari Indonesia adalah nadi kekuatan Pasukan Merah Kuning. Walaupun kecil namun banyak gerakan bahayanya dapat menjaringkan gol. Jelas sais badan yang besar dan tinggi bukan pengukur kekuatan sesebuah pasukan.


SELANGOR MASIH BERPELUANG ?

BH-17'3'16


GERAKANNYA MENGUCAR-NGACIRKAN PERTAHANAN LAWAN



JUARA AFC EDISI 2016..? Tunggu dan lihat. (https://www.google.com)







BOLABOLABOLASEPAK # JDT MANTAP

Assalamualaikum, Salam Malam Juma'at

Siapa yang menyaksikan AFC Cup JDT vs LAO TOYOTA malam semalam pasti puas hati lebih-lebih lagi penonton di Stadium. Sememangnya bolasepak Malaysia mengkagumkan sejak tahun 1960 an lagi. Oleh kerana tiada usaha akar umbi maka ianya terbiar begitu saja. Adakah ini petanda Malaysia akan layak ke Piala Dunia ?. Dapat naikkan ranking dunia pun dah ok !!!.


JDT MANTAP


KEDUDUKKAN JDT TERKINI-BH 17.3.16



JDT JUARA AFC EDISI 2016.....Tak Mustahil.



Selasa, 15 Mac 2016

ROUND KAT AQUARIUM # AQUARIA KLCC, KUALA LUMPUR

Assalamualaikum, Salam Selasa

Sempena cuti sekolah seminggu ni ramai ibu-bapa mengambil kesempatan Cuti-Cuti Malaysia. Ialah dah bertungkus lumus menguruskan anak-anak terutama yang cinonit tu apa salahnya ronda-ronda ke tempat menarik samada dalam atau kuar negara ikut kemampuan.

Kali ni penulis ingin membawa pembaca ke Aquria KLCC iaitu aquarium yang terbesar di KL yang menempatkan berbagai spesis ikan air masin. Ianya tidaklah sebesar aquarium di Dubai namun ianya telah berjaya menarik beribu-ribu pengunjung dalam dan luar negara terutama musim cuti sekolah.

Jika anda membawa anak kecil pasti anda berpuas hati kerana merekalah yang paling seronok melihat ikan bermain-main di dalam aquarium.


PEMANDANGAN DI AQUARIA KLCC

Memberi satu suasana menarik
Aquarium berbentuk bulat satu kelainan.

Pemandangan di terowong aquarium









 Pemandangan di terowong aquarium


Sesiapa sahaja yang melalui terowong aquarium ini pasti teruja kerana kita seolah-olah berjalan di perut laut di mana kita dapat melihat ikan berenang di dalam air.


INFO AQUARIA KLCC :
(https://www.google.com)

Lokasi


Harga Tiket



Masa Operasi

The aquarium is open daily from 10.30am – 8.00pm.

(Including Weekends and Public Holidays)

Last admission 7.00pm.

Aquawalk Sdn. Bhd.
(Aquaria KLCC Corporate Office)

Business hours are from 9.00am to 6.00pm
The corporate office is closed on Weekends and Public Holidays
Drop us an email at marketing@aquawalk.com for enquiries
Berkenaan AQUARIA

    The Aquaria KLCC is an oceanarium located beneath Kuala Lumpur Convention Centre within Kuala Lumpur City Centre in Kuala Lumpur, Malaysia. Wikipedia
    AddressKuala Lumpur Convention Centre Complex, Jalang Pinang, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
    Opened2005






Rabu, 9 Mac 2016

MENCERAP GERHANA MATAHARI # MASJID SHAH ALAM MALAYSIA

Assalamualaikum, Salam Rabu

Hari ini merupakan hari yang paling bersejarah bagi Malaysia kerana seluruh rakyat berpeluang menyaksikan fenomena gerhana matahari bermula jam 7.24 pagi dan berakhir jam 9.31 pagi. 

Di Shah Alam orang ramai dapat menyaksikan cerapan gerhana matahari di perkarangan Masjid Negeri Shah Alam. Sebaik sahaja saya sampai di Masjid Shah Alam jam 8.00 pagi kelihatan orang ramai telah berkerumun dan bersiap sedia menyaksikan gerhana matahari dengan handphone masing-masing. Ada yang berada di sini sejak dari selesai sembahyang subuh.

Dengan bantuan Jabatan Pemetaan Malaysia (JAPEM) di atas jemputan Mufti Selangor, orang ramai berpeluang menyaksikan lebih dekat dan jelas bagaimana berlakunya Gerhana Matahari iaitu salah satu kebesaran Ilahi di atas kejadian alam semesta.

Tepat jam 9.00 pagi orang ramai silih berganti menunaikan Sembahyang Sunat Gerhana Matahari di Masjid Negeri Shah Alam sebagai tanda kesyukuran di atas kebesarannya. 


PEMANDANGAN GERHANA MATAHARI
DARI MASJID NEGRI SHAH ALAM
JAM 7.25-9.15 PAGI

PENULIS SEDANG MENOROPONG GERHANA MATAHARI

 7.25 PAGI

7.45 PAGI

BIASAN GERHANA MATAHARI DI MASJID NEGERI SHAH ALAM
JAM 8.14 PAGI

KELIHATAN ORANG RAMAI MENGAMBIL PELUANG
MENCERAPI GERHANA MATAHARI

TUMPANG SEKAKI
PENULIS SEMPAT MENCERAPI GERHANA MATAHARI
MENGGUNAKAN CERMINMATA KHAS



DI ANTARA PEMANDANGAN 
CERAPAN GERHANA MATAHARI

JAM 8.15 PAGI



 JAM 9.15 PAGI-GERHANA MATAHARI HAMPIR MELABUHKAN TIRAINYA.


PENULIS BERSAMA TEROPONG 
BERKUASA TINGGI YANG 
DISEDIAKAN OLEH JAPEM




JAMUAN RINGAN
 

NASI LEMAK BERSAMA KUIH KASUI
DISULAMI KOPI-O KAW.



Sebaik sahaja gerhana matahari tamat kira-kira jam 9.40 pagi satu jamuan ringan telah diadakan oleh pihak masjid di atas sokongan orang ramai. 

Semuga kita berjumpa lagi di Gerhana Matahari akan datang yang dijangkan akan berlaku pada 26 Disember 2019.