PELAWAT

Sabtu, 23 Januari 2016

KARNIVAL ONLINE NETWORKING , SHAH ALAM SELANGOR

Assalamualaikum. 

Hari ini (Jumaat, 22.1.16) saya ke Plaza Alam Sentral Shah Alam Selangor (10pagi) menghadiri KARNIVAL ONLINE NETWORKING ENTREPRENEURS (Musim ke 4). Berkenaan perniagaan online iaitu suatu sistem perniagaan yang semakin rancak di alaf baru yang amat mengguntungkan. 

Kini segala-galanya di tangan kita. Dengan hanya satu 'klik' kita mampu memasarkan apa sahaja yang diniagakan dan dikongsi bersama penduduk di seluruh pelusuk dunia dan juga dengan satu 'klik' ianya boleh merubah hidup anda.

Karnival yang sangat menarik tentang perniagaan online yang diserikan lagi dengan kehadiran peserta yang telah berjaya dan disulami dengan kehadiran artis terkenal tanahair seperti ELFIRA LOY yang sememangnya sudah dikenali di dalam dunia artis dan perniagaan online.

Banyak manfaat yang boleh dipelajari dan menambahkan ilmu kepada yang dah mulakan perniagaan online maupun yang sedang dalam perancangan dan yang sudah berniat....terpulang kepada kita 'Nak Ker Tak Nak...?.

Apalagi....jom kita selidik..!!!.


SEKITAR PENDAFTARAN PESERTA

Di sekitar pendaftaran peserta seminar.

Penulis sedang berdaftar

Cenderahati dari penganjur

Kupon Kelayakkan Menerima Sijil Penyertaan dan
Kupon Makan Tengahari

Buku Catatan yang menarik dan harus dimiliki
bertajuk 'Your Business Begins in SSM'


Promosi Karnival.

SEKITAR SEMINAR SESSI PAGI

Pentas Seminar
Bermula Jam 10.30 pagi Pengacara En.Shahrin memulakan ceramah dengan
kata-kata pembukaan dan diselitkan sedikit motivasi business online.
Di samping itu ditontonkan peserta yang telah berjaya
mempamirkan produk masing-masing.

Wakil dari ABS
Memberi perkhidmatan melalui pakar perunding

Peserta mempromosi jenama kecantikan

Contoh peserta berjaya dari Jeli Kelantan (berdiri)
bersama En. Wan pakar Perunding E-Usahawan

Peserta seminar 

SEKITAR SEMINAR SESSI PETANG

ELFIRA LOY dan pengacara berkongsi kejayaan bersama  peserta seminar 

Penulis sempat bergambar bersama IMUDA veteran Artis tanahair

Penulis sempat bergambar bersama Elfira Loy membantu mempromosi
produk salah seorang peniaga di gerai karnival.

Banyak idea-idea bernas serta tips yang dikongsikan oleh artis serta usahawan yang telah menempa kejayaan di usia muda iaitu berkenaan Business Online, bagaimana ia bermula sehinggalah berjaya.

Di antaranya :

1. Jenama Produk
2. Strategi Pemasaran
3. Harus Bermula dari bawah
4. Bergerak mengikut arus, tidak terlalu belakang
    dan terlalu ke depan
5. Pastikan tujuan, halatuju dan matlamat.

Katanya lagi :

1. Jangan beri alasan kerana alasan tak beri keuntungan
2. Jadilah orang bijak
3. Jangan mudah mengalah
4. Mesti ada ilmu

Jumpa anda di Karnival hari ke 2 esuk (23.1.16) dan seterusnya hari ke 3 (24.1.16). Jom ke sana dapatkan ilmu dan cenderahati yang menarik.






Khamis, 21 Januari 2016

SETIA CITY CONVENTION CENTRE, SELANGOR

Assalamualaikum. 

Hari ini saya ke Setia City Convention Centre mewakili LAr. Hamid Sudin dari OTLA Design Partnership S/B iaitu berkenaan dengan : SP Setia CEO & COO Dialogue 2016 Bahagian yang paling menarik adalah Strategi Setia 2016 kelihatan begitu mantap dengan penerangan dari SP Setia secara santai,terperinci dan jelas. Strategi yang diolah bagi kerjasama SP Setia bersama-sama dengan Contrantors, Consultans, Suppliers dan Solicitors yang akan memberi keuntungan berbillion ringgit. Kerjasama yang mantap akan membawa keuntungan bersama.

Jom kita ke sana sebentar.


Setia City Convention Centre - Exterior

Pendaftaran
SP Setia Dialogue 2016
4 STRATEGI UTAMA SP SETIA

Setia City Convention Centre - Interior
Celing 
Wall 
Lobby

Makan Time......

Makanan sungguh menyelerakan
Sempat Berposing


Sempat gak ronda-ronda di Shopping Komplex Setia City Mall bersebalahan.


Setia City Mall : Suasana Tahun Baru Cina

Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kekawan dan masyarakat Cina di SP Setia dan di seluruh Malaysia.




Rabu, 20 Januari 2016

JELAJAH MELAKA

Assalamualaikum. 

Melaka Bandaraya Bersejarah
Memang Terkenal Dengan Pahlawannya
Kalau Anda Betul2 Minatkan Sejarah
Melakalah Jawapannya.

Tahun 2016 adalah tahun gilang gemilang buat Negeri Hang Tuah Melaka. Apa tidaknya Ketua Menterinya telah mensasarkan kedatangan pelancong ke Melaka. Tidak keterlaluan jika saya katakan 2016 Tahun Melawat Melaka. Maka pembaca semua kena rebut peluang bercuti ke Melaka. Banyak tempat menarik boleh dilawati. Bermula dari Tol Ayer Keroh sehinggalah ke Bandar Melaka sarat dengan sejarah.

Kalau anda baru datang
Jom makan buah Melaka
Cuti sekolah akan datang
Jom ler ke Melaka

Jangan lupa cuti sekolah akan datang rancang baik-baik. Jangan lupa singgah ke Melaka. Walaupun perancangan sudah dibuat ke negeri lain tapi apa salahnya singgah di Negeri Hang Tuah...pasti tuah akan bersama pembaca. Misalnya dari Kuala Lumpur ke Johor mungkin leh singgah on the way pergi atau balik dari Johor. Setiap kali cuti sekolah dan cuti perayaan pasti hotel-hotel di Melaka penuh terutama kawasan pelancongan seperti di Banda Hilir dan Ayer Keroh Melaka...nanti kita lawat.

 Jom kita tengok apa kebenda be oiii yang ada kat Melaka ?.


MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
Pintu Gerbang SELAMAT DATANG KE MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
hanya beberapa meter dari Tol Ayer Keroh ke Bandar Melaka melalui 
Lebuhraya Utara-Selatan telah bersiap sedia menyambut 
kedatangan pelancong walau dari mana sekalipun.

 Senibina Traditional Melaka


Replika Mengambarkan Sejarah Melaka seperti meriam dan Tangga Melaka 
boleh kelihatan di Ayer Keroh.


Kota Melaka ramainya orang
Ramai yang datang secara bersendiri
Secantik manapun negara orang
Cantik lagi negara sendiri

Sebenarnya ketika ke Melaka saya baru saja balik dari Dubai. Tujuan dan matlamat saya adalah untuk mencari idea bagi merekabentuk kerja-kerja lanskap di Mirfa, UAE. Oleh kerana Melaka adalah Bandaraya Bersejarah maka banyak idea yang berkonsepkan Senibina Tropikal yang boleh di ketengahkan misalnya Rumah Melayu Melaka (rujuk design thesis saya berjudul Rumah Melayu Melaka di : http://ir.uitm.edu.my/6227/)


(https://www.google.com)
Kedudukkan Melaka

(https://www.google.com)
Peta Melaka Bandaraya Bersejarah
Boleh dilawati dengan begitu mudah
melalui Lebuhraua Utara-Selatan yang
merentangi Negeri Melaka.

Melaka memang terkenal dengan pantunnya. Saya masih teringat semasa saudara mara kahwin tahun 70an, berjam-jam melayan tukang karut dari kedua belah pengantin perempuan dan lelaki. Mereka boleh berpantun sepontan tanpa menulis dan skrip. Daru situlah saya belajar berpantun.

Mari makan gula Melaka
Makan bersama orang Asia
Tanpa ujudnya Negeri Melaka
Siapalah kita Orang Malaysia

Ke muara sungai naik rakit
Naik rakit setiap pagi
Maaf ada kerja sikit
Nanti kita sembang lagi.




Selasa, 19 Januari 2016

JELAJAH DUBAI (3.2-2)

Assalamualaikum.                        Go  GLObaL   3

....sambungan.....  


AL MIRFA, ABU DHABI, UAE  (9.6.2007) 

Day-2

Ia mengambil masa lebihkurang 1jam 30minit untuk sampai ke Mirfa dari Abu Dhabi. Oleh kerana cuaca terlalu panas kami terpaksa berhenti 2 kali untuk berehat.


PEMANDANGAN SEKITAR  AL MIRFA



LAr. Ramzaa sempat berposing di Taman Mirfa.




Kedudukkan Bandar Mirfa berlatarbelakangkan Laut memberi
kelebihan sehingga diberi gelaran 'Bandar Pantai'. 




KE PEJABAT KONTRAKTOR LANSKAP



Pemandangan Pejabat IMECO, Konraktor Lanskap

 Selepas ronda-ronda dan membuat kajian tapak cadangan menaik taraf, kami ke Pejabat IMECO untuk perbincangan.


BERMALAM DI HOTEL MIRFA



Oleh kerana kami menghabiskan masa di Mirfa sehingga jam 6 ptg maka
kami terpaksa bermalam di Mirfa Hotel. 



Day-3 (10.6.16)

MELAWAT DEWAN PERKAHWINAN MASYARAKAT
ARAB DI MIRFA




Pemandangan Dewan Perkahwinan Masyarakat Arab


 Di sini segala-galanya berahsia dari rumah kediaman sehinggalah kepada Dewan Perkahwinan seperti gambarfoto di atas. Rekabentuk pintu masuk serta tembok di sekelilingnya menceritakan segala-galanya. Namun demikian keadaan bertukar bila kita masuk ke dalam kawasan bangunan yang dipenuhi lanskap, air pancut serta taman yang menarik sesuai dengan konsep Islamic Architecture. 


BALIK KE ABU DHABI


On The Way ke Abu Dhabi dari Al Mirfa melalui lebuhraya Dubai-Ghweifat Internasional



Pemandangan di sekitar Lebuhraya Dubai-Ghweifat International

Selepas kami bermesyuarat di Pejabat IMECO (Kontraktor Lanskap) dan segala terma dan syarat dipersetujui, kami kembali semula ke Abu Dhabi dan keesukkan harinya kami akan kembali ke Malaysia. Hasil dari perbincangan serta penerangan kami mengenai Malaysia, salah seorang dari director IMECO berminat datang ke Malaysia.

Selepas kami pulang ke Malaysia beberapa minggu kemudian beliau memaklumkan kami bahawa beliau telah melawat Malaysia dan terkejut dengan keindahan fauna dan flora Malaysia.

Oleh itu lawatilah negara kita terlebihdahulu sebelum ke luar negara kerana kita adalah duta kecil negara kita. Saya dah lawat seluruh Malaysia. Harap anda begitu juga.