PELAWAT

Khamis, 7 April 2016

EXIBITION # ASIAWATER 2016, KLCC Malaysia (06-08 April

Assalamualaikum, Salam  Khamis (7.4.16)

Pagi ni saya ke AsiaWater Exibition di KLCC Kuala Lumpur. Bagus dihadiri oleh semua orang bagi mengetahui tentang air serta bagaimana ia dirawat sehingga dibekalkan ke rumah kita dengan hanya membuka paip air.

Banyak lagi ilmu tentang air yang kita perolehi di sini. Jom kiter mengenali air...keperluan kehidupan seharian.


Sekitar PAMIRAN ASIAWATER 2016, KLCC Malaysia.


 Pendaftaran

















Isnin, 4 April 2016

KERETA EMAS # LONDON

Assalamualaikum, Salam  Ahad

Pehhh..hebat sungguh jutawan ni...berkereta emas. Bagus juga dipamirkan kepada orang ramai...sebagai motivasi di atas kejayaannya. 

Mungkin beliau pernah susah semasa memulakan perniagaan dan apabila dah berjaya mungkin ia ingin memotivasikan dirinya dan masyarakat sekeliling...terpulang kepada pembaca untuk menilainya.


KERETA EMAS




Sabtu, 2 April 2016

MERAIKAN JARINGAN MESSI KE 50

Assalamualaikum, Salam  Sabtu

Messi, pemain Argentina yang bermain bersama kelab Bacelona memang terkenal dengan gelecekannya yang menakjubkan di kalangan peminat bolasepak di seluruh dunia.

Lariannya, gelecekkannya dan jaringannya boleh merubah lanskap bolasepak dunia sekelip mata.

Baru-baru ini dunia menyambut gol antarabangsanya yang ke 50 ketika perlawanan di antara Argentina vs Bolivia dimana Messi Argentina 2 dan Bolivia 0 kelayakkan Piala Dunia 2018 di Stadium Mario Kempes. Beliau berada di belakang Gabriel Batistuta yang telah menjaringkan 56 gol buat Argentina.



MERAIKAN JARINGAN MESSI KE 50


Messi ketika perlawanan Argentina 2- 0 Bolivia
di Stadium Mario Kempes bagi kelayakkan 
Piala Dunia 2018.

(kosmo 31.3.16)

BINA RUMAH DALAM AIR # AQUARIUM

Assalamualaikum, Salam  Sabtu

Dalam bidang Senibina (Architecture) segala-galanya 'possible'...rumah dalam tanah, atas pokok, bawah jejambat, dalam pokok....dan terkini dalam air yang dikelilingi ikan...menakjubkan. 

Mungkin tak lama lagi orang akan bina rumah di bulan, bintang dan di angkasa lepas...segala-galanya mungkin. 



BILIK DALAM AIR

Suasana bilik di dalam aquarium yang
 dikelilingi ikan jerung

TERAPI MUJARAP # MELALUI PERGERAKAN SOLAT

Assalamualaikum, Salam  Sabtu

Berbagai bentuk dan jenis terapi boleh kita perolehi semata-mata untuk ke arah kebaikkan iaitu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Penemuan Konsep Terapi berpandukan pergerakan solat memang menakjubkan kerana ramai yang telah sembuh dan memang mujarab....tahniah !!!.



KONSEP TERAPI MUJARAB


Penemuan Konsep Terapi Baru

Memang Mujarap

REZEKI TEGOLEK # EMAS BELAKANG RUMAH

Assalamualaikum, Salam  Sabtu

Tulah dia pepatah orang tua 'Kalu Dah Rezeki Tu Tak Ke mana'. Ianya berlaku di Kampong Jenang Marang.

Penduduk kampong tersebut hanya menggali emas dan mendulang di halaman dan belakang rumah. Tak siapa menyangka emas tersebut tertimbus hanya belakang rumah. Tulah orang kata rezeki tu Allah yang bagi..kita hanya merancang.


REZEKI EMAS BELAKANG RUMAH



Pendapatan mereka RM 1000 seminggu

Jumaat, 1 April 2016

TANDUKAN TERBANG AMRI YAHYA

Assalamualaikum, Salam  Khamis

AMRI Yahya memang terkenal dengan Tandukan Terbang yang mengelirukan samada di dalam Piala Malaysia maupun Perlawanan Antarabangsa. 

Mungkin nasib beliau kurang baik ketika Malaysia melawan Macau baru-baru ini. Namun kelibatnya tetap digeruni oleh lawan dimana beliau pernah menjaringkan gol dramatik ketika melawan Bacelona (jaringkan 1 gol) dan Manchester United (jaringkan 2 gol).



TANDUKAN TERBANG AMRI YAHYA



PEMAIN MALAYSIA YANG MEMPUNYAI KEBOLEHAN TERSENDIRI

Amri meraikan jaringan pertama Malaysia

AMRI YAHYA JARINGKAN 2 GOL KETIKA MALAYSIA VS MACHESTER UNITED
(M.UNITED 3-2 MALAYSIA)

Penjaga Gol Manchester United bolos 2 Gol hasil jaringan Amri Yahya

Pemain Malaysia meraikan jaringan Amri Yahya 

AMRI YAHYA JARINGKAN 1 GOL KETIKA MALAYSIA VS BACELONA
(BACELONA 3-1 MALAYSIA)


Amri Yahya selepas jaringkan gol JDT ketika JDT vs Lao Toyota
merebut Piala AFC

AMRI YAHYA JARINGKAN 1 GOL KETIKA JDT VS Lao TOYOTA


(image : https://www.google.com)