PELAWAT

Rabu, 9 Mac 2016

MENCERAP GERHANA MATAHARI # MASJID SHAH ALAM MALAYSIA

Assalamualaikum, Salam Rabu

Hari ini merupakan hari yang paling bersejarah bagi Malaysia kerana seluruh rakyat berpeluang menyaksikan fenomena gerhana matahari bermula jam 7.24 pagi dan berakhir jam 9.31 pagi. 

Di Shah Alam orang ramai dapat menyaksikan cerapan gerhana matahari di perkarangan Masjid Negeri Shah Alam. Sebaik sahaja saya sampai di Masjid Shah Alam jam 8.00 pagi kelihatan orang ramai telah berkerumun dan bersiap sedia menyaksikan gerhana matahari dengan handphone masing-masing. Ada yang berada di sini sejak dari selesai sembahyang subuh.

Dengan bantuan Jabatan Pemetaan Malaysia (JAPEM) di atas jemputan Mufti Selangor, orang ramai berpeluang menyaksikan lebih dekat dan jelas bagaimana berlakunya Gerhana Matahari iaitu salah satu kebesaran Ilahi di atas kejadian alam semesta.

Tepat jam 9.00 pagi orang ramai silih berganti menunaikan Sembahyang Sunat Gerhana Matahari di Masjid Negeri Shah Alam sebagai tanda kesyukuran di atas kebesarannya. 


PEMANDANGAN GERHANA MATAHARI
DARI MASJID NEGRI SHAH ALAM
JAM 7.25-9.15 PAGI

PENULIS SEDANG MENOROPONG GERHANA MATAHARI

 7.25 PAGI

7.45 PAGI

BIASAN GERHANA MATAHARI DI MASJID NEGERI SHAH ALAM
JAM 8.14 PAGI

KELIHATAN ORANG RAMAI MENGAMBIL PELUANG
MENCERAPI GERHANA MATAHARI

TUMPANG SEKAKI
PENULIS SEMPAT MENCERAPI GERHANA MATAHARI
MENGGUNAKAN CERMINMATA KHAS



DI ANTARA PEMANDANGAN 
CERAPAN GERHANA MATAHARI

JAM 8.15 PAGI



 JAM 9.15 PAGI-GERHANA MATAHARI HAMPIR MELABUHKAN TIRAINYA.


PENULIS BERSAMA TEROPONG 
BERKUASA TINGGI YANG 
DISEDIAKAN OLEH JAPEM




JAMUAN RINGAN
 

NASI LEMAK BERSAMA KUIH KASUI
DISULAMI KOPI-O KAW.



Sebaik sahaja gerhana matahari tamat kira-kira jam 9.40 pagi satu jamuan ringan telah diadakan oleh pihak masjid di atas sokongan orang ramai. 

Semuga kita berjumpa lagi di Gerhana Matahari akan datang yang dijangkan akan berlaku pada 26 Disember 2019.










Tiada ulasan: