PELAWAT

Sabtu, 27 Disember 2025

Jelajah Sabah

ke-PULAU MATAKING


Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia


Penulis Sebaik Tiba Di Pulau Mataking




Suasana Pulau Mataking



Kali ini saya ingin membawa pembaca budiman Jelajah ke Pulau Mataking di Sabah.

Saya ke Pulau Mataking atas urusan kerja. Ini adalah pertama kali saya ke sana. Untuk ke Pulau Mataking saya menaiki bot yang di sewa dari Jeti Semporna (RM 600/6 orang)


Penulis Di Jeti Semporna
Suasana Jeti Semporna


Menaiki Bot Ke Pulau Mataking


Keindahan Pulau Mataking

Saya ke Pulau Mataking dari Shah Alam, Selangor...menaiki Air Asia dari KLIA 2 terus ke Tawau Airport (2jam 45minit) . Kami bermalam di Hotel Tawau. Pada keesukkan hari bergerak ke Lahad Datu dan bermalam di sana...bersambung.


















































Isnin, 22 Disember 2025

NASI KANDAR KUDU VIRAL JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN, KUALA LUMPUR.

  Jelajah Sabah...MALAYSIANA  


Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia

KEMBARA SABAH, MALAYSIA TIMUR
KLIA 2 ke Lapangan Terbang Tawau (Sabah Airport)

Tepat Jam 8.55 pagi saya sampai di Lapangan Terbang Tawau  dari KLIA 2 Jam 6.05 pagi (15.11.25). Ia mengambil masa 2jam 50minit dari KLIA 2 ke Tawau Airport.

Tujuan dan matlamat saya ialah untuk ke Semporna dan seterusnya ke Pulau Mataking atas urusan kerja.

Tujuan dikongsikan pengalaman ini adalah untuk sama-sama kita melihat, memahami serta mengkaji rekabentuk sesebuah Lapangan Terbang terutama kepada pelajar dan sesiapa sahaja yang terbabit serta menceburkan diri di dalam bidang senibina  ('architecture').

Lapangan Terbang Tawau ini akan dinaik taraf kerana pertambahan bilangan pelancung domestik dan juga antarabangsa ke Negeri Sabah yang kaya dengan Flora dan Fauna terutama Pelancung Cina dan Pelancung dari Timur Tengah seperti UAE, Arab Saudi dan Iran.

Pulau dan Pantai yang memutih serta air laut yang jernih di Pulau Mataking Semporna adalah salah satu daya tarikan yang amat kuat untuk melancung ke Sabah, negeri di bawah bayu ini. 


Pemandangan Drop-Off  dan Main Entrance
 Lapangan Terbang Tawau













Pemandangan Bahagian Dalam 
Lapangan Terbang Tawau

Kafe Bersebelahan Court Yard



Ruang Menunggu
 



Oleh kerana penambahan pelancung domestik dan internasional makin bertambah 2 kali ganda, maka pihak MOT telah mengambil inisiatif untuk menambah ruang di kiri dan kanan Airport serta menambahbaik ruang dalaman supaya kelihatan lebih grand, sofisiticated dan mempunyai ciri-ciri tempatan terutama Negeri Sabah yang kaya dengan pelbagai atnik bangsa, budaya dan agama.   








Rabu, 25 Mac 2020

JAMBATAN PENGERANG-SUNGAI JOHOR, EXPRESSWAY SENAI-DESARU

MeLiNtAsI JaMbAtAn Sg. JoHoR
 Ke PeNgErAnG

Assalamualaikum Salam Satu Malaysia


    Pada 19.2.17 saya ke Pengerang Johor melalui Jambatan yang baru siap dan sempat merakamkan pemandangan jambatan tersebut yang merentangi Sungai Johor.




Pandangan Jambatan Sg. Johor


Jambatan Sungai Johor merupakan sebuah jambatan lebuh raya merentasi Sungai Johor di Lebuhraya Senai-Desaru.(Wikipedia)
Jumlah panjang13,123'
Dibuka2011