PELAWAT

Memaparkan catatan dengan label Tawau Airport. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tawau Airport. Papar semua catatan

Isnin, 22 Disember 2025

  Jelajah Sabah...MALAYSIANA  


Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia

KEMBARA SABAH, MALAYSIA TIMUR
KLIA 2 ke Lapangan Terbang Tawau (Sabah Airport)

Tepat Jam 8.55 pagi saya sampai di Lapangan Terbang Tawau  dari KLIA 2 Jam 6.05 pagi (15.11.25). Ia mengambil masa 2jam 50minit dari KLIA 2 ke Tawau Airport.

Tujuan dan matlamat saya ialah untuk ke Semporna dan seterusnya ke Pulau Mataking atas urusan kerja.

Tujuan dikongsikan pengalaman ini adalah untuk sama-sama kita melihat, memahami serta mengkaji rekabentuk sesebuah Lapangan Terbang terutama kepada pelajar dan sesiapa sahaja yang terbabit serta menceburkan diri di dalam bidang senibina  ('architecture').

Lapangan Terbang Tawau ini akan dinaik taraf kerana pertambahan bilangan pelancung domestik dan juga antarabangsa ke Negeri Sabah yang kaya dengan Flora dan Fauna terutama Pelancung Cina dan Pelancung dari Timur Tengah seperti UAE, Arab Saudi dan Iran.

Pulau dan Pantai yang memutih serta air laut yang jernih di Pulau Mataking Semporna adalah salah satu daya tarikan yang amat kuat untuk melancung ke Sabah, negeri di bawah bayu ini. 


Pemandangan Drop-Off  dan Main Entrance
 Lapangan Terbang Tawau













Pemandangan Bahagian Dalam 
Lapangan Terbang Tawau

Kafe Bersebelahan Court Yard



Ruang Menunggu
 



Oleh kerana penambahan pelancung domestik dan internasional makin bertambah 2 kali ganda, maka pihak MOT telah mengambil inisiatif untuk menambah ruang di kiri dan kanan Airport serta menambahbaik ruang dalaman supaya kelihatan lebih grand, sofisiticated dan mempunyai ciri-ciri tempatan terutama Negeri Sabah yang kaya dengan pelbagai atnik bangsa, budaya dan agama.