PELAWAT

Isnin, 7 Disember 2015

MALAYSIANA (2.1) - MAJLIS KAHWIN, MELAKA

MaLaYsiaNa  (2.1)
Jelajah 6 : Sana-Sini


Hari Ini, Semalam, Kelmarin dan Selamanya




Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia kepada pembaca budiman. Terimakasih kerana masih lagi mengikuti penjelajahan saya. 

Para pembaca sakalian,

Sesungguhnya pengalaman orang adalah inspirasi kita...
Begitu juga pengalaman kita akan menjadi inspirasi orang.

Jom kiter share pengalaman kiter....


    5.12.2015 : Ke Majlis Perkahwinan di Jasin Melaka  

Saya ke Melaka bagi menghadiri Jemputan Kahwin anak sahabat Brother 'Jo' (Johari Hassan). Rumahnya bertentangan rumah emak saya di Kampung Terentang, Jasin Melaka di mana saya dilahirkan...aiii... balik kamponglah kiter. Tepat jam 9.12pagi saya bertolak dari Shah Alam, Selangor dan jam 2.30pm sampai ke destinasi...singgah sana-sinilah katakan.

'On the way' ke rumahnya sempat juga saya merakamkan beberapa pemandangan di sana-sini yang boleh dikongsikan bersama pembaca.




Menghadiri majlis perkahwinan




  10 pagi - Singgah di R & R Seremban, Negeri Sembilan    
R&R Seremban - Bumbung Rumah Minangkabau.
Warisan Senibina Melayu Negeri Sembilan
'Court Yard' dengan 'fountain' menceriakan suasana gerai makan 
'Exposed Structure' di Tandas Awam
Kemasan Batu yang menarik di dinding Bilik Salinan Bayi
Pekena Tahu Sumbat - lembut dan Sodapppp...
Saya tak pernah miss tahu sumbat bila singgah di sini.
Warong menjual tahu sumbat-IKATAN JIHAN KAFE 


 Tiba di Ayer Keroh Melaka 
Tol Ayer Keroh Melaka - Rekabentuk Bumbung Rumah Melayu
Melaka Yang Di Pengaruhi Bumbung Minangkabau
Penulis Sempat posing di pintu masuk Zoo Melaka
Gembira lihat ramai pelancong.
Pintu Gerbang ke ZOO MELAKA
Restoran Terapung - mengekalkan ciri-ciri Senibina
Rumah Melayu Melaka di Taman Rekresi Ayer Keroh
berhampiran Zoo Melaka.
Dataran Pahlawan Melaka yang menjadi kebangaan
Negeri Melaka bersebelahan Zoo Melaka-Bendera Negeri Melaka
berkibar dengan megahnya.
SERI NEGERI-Pusat Pentadbiran Kerajaan  Negeri Melaka
Masih mengekalkan ciri-ciri Senibina Rumah Melayu Melaka




          Tiba Di Pekan JASIN            
JASIN BISTARI - Bandar Baru Jasin yang
menjadi kebanggaan rakyat Melaka
Masjid Al Ghaffar Jasin
Bandar  Jasin lama yang mengekalkan cici-ciri 
Kemelayuan. Kelihatan Replika Tengkolok
di kelilingi oleh deretan bangunan Rumah Kedai tahun 70an
ysng penuh dengan nostalgia semasa saya bersekolah di STP dan SIS Jasin.
J


    2.30ptg. -Tiba di Rumah Pengantin    
Mengeratkan Persahabatan -Sebaik sampai kami terus posing bersama
 Bro Jo (baju hijau).Bro Mahabib (baju gelap) dan penulis kanan sekali


Alhamdulillah, hajad sahabat Jo telah ditunaikan dimana
saya sampai di rumahnya di Kampungku Syurgaku Terentang tepat 
jam 2.30 ptg dan Bro Jo sibuk melayan tetamu yang hadir.
Saya bersalam-salaman dengan saudara mara serta rakan taulan 
sekampung termasuk bonda dan terus menjamu hidangan.

Tak Melayu Hilang Di Dunia. Adat Istiadat pengantin
yang masih diamalkan oleh masyarakat Melayu.
Pengantin sedang diraikan saudara mara.



      4.00ptg -  Sayonara Terentang....jumpa lagi      
Tepat jam 4.00 ptg saya mohon diri dari Bro Jo dan
singgah di rumah bonda (bersebelahan tanah perkuburan)
untuk mohon maaf kerana akan pulang ke Shah Alam

Masjid Baru Ansarul Sunnah Terentang Jasin Melaka
Tinggal kenangan - Masjid Lama Ansarul Sunnah
Terentang Jasin Melaka.

Sebelum balik ke Shah Alam Selangor, saya sempat belegar-legar ke Kampong Terentang dan sempat merakamkan Masjid Ansarul Sunnah (baru0 Terentang Jasin Melaka. Gambar di atas menunjukkan Masjid lama dan baru yang penuh dengan nostalgia.


Sekian dulu buat pembaca dan jumpa lagi di episod-episod yang akan datang terutama penjelajahan saya semula ke UAE.
Jangan lupa mengikuti episod seterusnya di Jelajah 7.


.                                                 











Ahad, 6 Disember 2015

MALAYSIANA (1)

MaLaYsiaNa  (1)
Jelajah 5



Bukit Tinggi Bentong Pahang Darul Makmur
Malaysia Barat


27.5.2007 


Assalamualaikum, salam sejahtera salam 1 Malaysia kepada pembaca budiman. Terimakasih kerana masih mengikuti penjelajahan saya. Kali ini saya membawa pembaca menjelajahi ke negara tercinta...Malaysia Tanah Airku. Bak kata orang secantik manapun negara orang, cantik lagi negara sendiri. Namun setiap negara mempunyai keistimewaannya tersendiri seperti negara kita yang kaya dengan budaya dan adat resam.

Secara kebetulan saya baru balik dari DUBAI dan mengambil peluang membawa family makan angin ke Bukit Tinggi Bentong Pahang. Tambahan pula saya sedang mencari idea bagi projek di Dubai...hai amik hati binilah katakan sebab selalu sangat tinggalkan mereka.Tu la...sayang bini ditinggal-tinggalkan...eewah.Tanpa mereka siapalah kita..kan !!

                      Bukit Tinggi, Bentong , Pahang


                                    Kedudukkan MALAYSIA
                                                ( https://www.google.com )


   Kedudukkan PAHANG   
 ( https://www.google.com )




    Ke Bukit Tinggi dari KL
    ( https://www.google.com )


Camner Nak ke BUKIT TINGGI ? 

     Dari Kuala Lumpur  melalui Lebuhraya Karak - Kuantan melalui Tol Gombak - RM5
   
     Akan berjumpa Papan Tanda 'Berjaya Hill'  (belah kiri) dari Kuala Lumpur

     Masuk ke kiri dan ikut 'sign board' ke Bukit Tinggi - berhati- hati kerana
     jalan bengkang-bengkok (lihat map di atas)

      Tiket Masuk : Dewasa  RM12 , Kanak-Kanak RM 8


 Pemandangan Bukit Tinggi

 On the way ke Bukit Tinggi

 Animal Park



 Binatang peliharaan yang jinak
Keluarga tercinta....mereka nampak happy
saya tumpang sekaki...dari kiri Ais (paling tinggi).Tiah.Mama. Aus
(2007)

Sebenarnya orang umah tinggal di Bentong, Kampung Ketari....so......
 on the way balik KL singgah jap. Kami dah ke sini 2 kali.

JENG..JENG..JENGGGG.......SELEPAS  5  TAHUN KEMUDIAN........


27.3.2012 - LAWATAN KALI KE 2

Dari kiri Tiah, Mama, Aus, Ais (paling tinggi)
(2012)

                                           Baba (penulis), Mama


Suasana di persekitaran Colma Tropicale memang mengasyikkan dari segi senibina bangunan, cuaca, kemudahan gerai makan, hotel , keadaan sekeliling yang nyaman serta pemandangan hutan belantara yang menyeronokkan pengunjung.

Senibina Inggeris yang ditonjolkan amat sesuai dengan kedudukkannya di atas bukit dengan cuaca yang nyaman walaupun di bawah cahaya matahari terang benderang. 

Konsultan yang terlibat bagi menjayakan pembangunan ini patut diberi 5 Bintang.

Jika anda berada di sini....seolah-olah anda berada di luar negara....macam kat Belanda..may be kat England. 'Really Happening'.

                           Ha ha....amik atilah tuuuu.....
                                                        Kek untuk FAMILY

Menghayati......
Menikmati........dan
Menghargainya adalah hak anda....gunakan lah dengan sebaiknya....JOM ke Bukit Tnggi...
Rehatkan MINDA Anda dan KELUARGA Tercinta.
Tanpa Mereka Siapalah Kita.


COLMA TROPICALE




Berjalan melalui bawah bangunan
  Rekabentuk bangunan yang menghasilkan 'picture frame'

  Menara kecil di kiri dan kanan menghidupkan suasana
mengujudkan mood keriangan 'celebration'


  Berjalan-jalan melalui 'court yard'



Menjamu selera di gerai makan secara santai 





                                    Rekabentuk bangunan yang berkonsepkan senibina 
                                             Inggeris mengujudkan suasan yang berlainan.....
                                                    seolah-olah anda berada di luar negara

                                  Kolam ikan yang dapat menghiburkan pengunjung


                                                                 
 Kami sekeluarga amat berpuas hati selepas bersiar-siar di  Colma Tropicale. Jika diizinkan pasti kami akan ke sini lagi  dan mungkin suasananya akan  berbeza.....
.
Sayonara Bukit Tinggi...jumpa lagi..see u.






    Tempat yang kami lawati amat sesuai untuk pengantin baru yang ingin berbulan madu.

      Amat sesuai membawa keluarga bersama anak kecil

    Begitu juga sesuai untuk para profesional mengadakan perjumpaan secara formal.


Manfaat Melancong, Mengembara dan Menjelajah
 negara sendiri dan negara luar

1   Merehatkan minda
2   Membuka minda kita dan anak-anak
3   Mengujudkan peluang pekerjaan
4   Sebagai duta kecil bila keluar negara

       Kami melancong bila kelapangan...anda bila lagi..?

Anda nak ke mana tahun ni...?..tepuk dada tanya selera.


Sampai sini dulu Penjelajahan Malaysiana saya kali ini dan  insya'allah berjumpa lagi di  Jelajah 6  yang semakin lama semakin menyeronokkan yang akan saya kongsikan bersama pembaca yang budiman.

Akhirkata....jom melancong, mengembara dan menjelajahi ke mana sahaja...bagi merehatkan Minda Anda.