MaLaYsiaNa (2.1)
Jelajah 6 : Sana-Sini
Hari Ini, Semalam, Kelmarin dan Selamanya
Jelajah 6 : Sana-Sini
Hari Ini, Semalam, Kelmarin dan Selamanya
Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia kepada pembaca budiman. Terimakasih kerana masih lagi mengikuti penjelajahan saya.
Para pembaca sakalian,
Sesungguhnya pengalaman orang adalah inspirasi kita...
Begitu juga pengalaman kita akan menjadi inspirasi orang.
Jom kiter share pengalaman kiter....
Saya ke Melaka bagi menghadiri Jemputan Kahwin anak sahabat Brother 'Jo' (Johari Hassan). Rumahnya bertentangan rumah emak saya di Kampung Terentang, Jasin Melaka di mana saya dilahirkan...aiii... balik kamponglah kiter. Tepat jam 9.12pagi saya bertolak dari Shah Alam, Selangor dan jam 2.30pm sampai ke destinasi...singgah sana-sinilah katakan.
'On the way' ke rumahnya sempat juga saya merakamkan beberapa pemandangan di sana-sini yang boleh dikongsikan bersama pembaca.
Para pembaca sakalian,
Sesungguhnya pengalaman orang adalah inspirasi kita...
Begitu juga pengalaman kita akan menjadi inspirasi orang.
Jom kiter share pengalaman kiter....
5.12.2015 : Ke Majlis Perkahwinan di Jasin Melaka
Saya ke Melaka bagi menghadiri Jemputan Kahwin anak sahabat Brother 'Jo' (Johari Hassan). Rumahnya bertentangan rumah emak saya di Kampung Terentang, Jasin Melaka di mana saya dilahirkan...aiii... balik kamponglah kiter. Tepat jam 9.12pagi saya bertolak dari Shah Alam, Selangor dan jam 2.30pm sampai ke destinasi...singgah sana-sinilah katakan.
'On the way' ke rumahnya sempat juga saya merakamkan beberapa pemandangan di sana-sini yang boleh dikongsikan bersama pembaca.
Menghadiri majlis perkahwinan
10 pagi - Singgah di R & R Seremban, Negeri Sembilan
R&R Seremban - Bumbung Rumah Minangkabau.
Warisan Senibina Melayu Negeri Sembilan
'Court Yard' dengan 'fountain' menceriakan suasana gerai makan
'Exposed Structure' di Tandas Awam
Kemasan Batu yang menarik di dinding Bilik Salinan Bayi
Pekena Tahu Sumbat - lembut dan Sodapppp...
Saya tak pernah miss tahu sumbat bila singgah di sini.
Warong menjual tahu sumbat-IKATAN JIHAN KAFE
Tiba di Ayer Keroh Melaka
Tol Ayer Keroh Melaka - Rekabentuk Bumbung Rumah Melayu
Melaka Yang Di Pengaruhi Bumbung Minangkabau
Penulis Sempat posing di pintu masuk Zoo Melaka
Gembira lihat ramai pelancong.
Pintu Gerbang ke ZOO MELAKA
Restoran Terapung - mengekalkan ciri-ciri Senibina
Rumah Melayu Melaka di Taman Rekresi Ayer Keroh
berhampiran Zoo Melaka.
Dataran Pahlawan Melaka yang menjadi kebangaan
Negeri Melaka bersebelahan Zoo Melaka-Bendera Negeri Melaka
berkibar dengan megahnya.
SERI NEGERI-Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka
Masih mengekalkan ciri-ciri Senibina Rumah Melayu Melaka
Tiba Di Pekan JASIN
JASIN BISTARI - Bandar Baru Jasin yang
menjadi kebanggaan rakyat Melaka
Masjid Al Ghaffar Jasin
Bandar Jasin lama yang mengekalkan cici-ciri
Kemelayuan. Kelihatan Replika Tengkolok
di kelilingi oleh deretan bangunan Rumah Kedai tahun 70an
ysng penuh dengan nostalgia semasa saya bersekolah di STP dan SIS Jasin.
J
2.30ptg. -Tiba di Rumah Pengantin
Mengeratkan Persahabatan -Sebaik sampai kami terus posing bersama
Bro Jo (baju hijau).Bro Mahabib (baju gelap) dan penulis kanan sekali
Alhamdulillah, hajad sahabat Jo telah ditunaikan dimana
saya sampai di rumahnya di Kampungku Syurgaku Terentang tepat
jam 2.30 ptg dan Bro Jo sibuk melayan tetamu yang hadir.
Saya bersalam-salaman dengan saudara mara serta rakan taulan
sekampung termasuk bonda dan terus menjamu hidangan.
Tak Melayu Hilang Di Dunia. Adat Istiadat pengantin
yang masih diamalkan oleh masyarakat Melayu.
Pengantin sedang diraikan saudara mara.
4.00ptg - Sayonara Terentang....jumpa lagi
Tepat jam 4.00 ptg saya mohon diri dari Bro Jo dan
singgah di rumah bonda (bersebelahan tanah perkuburan)
untuk mohon maaf kerana akan pulang ke Shah Alam
Masjid Baru Ansarul Sunnah Terentang Jasin Melaka
Tinggal kenangan - Masjid Lama Ansarul Sunnah
Terentang Jasin Melaka.
Sebelum balik ke Shah Alam Selangor, saya sempat belegar-legar ke Kampong Terentang dan sempat merakamkan Masjid Ansarul Sunnah (baru0 Terentang Jasin Melaka. Gambar di atas menunjukkan Masjid lama dan baru yang penuh dengan nostalgia.
Sekian dulu buat pembaca dan jumpa lagi di episod-episod yang akan datang terutama penjelajahan saya semula ke UAE.
Jangan lupa mengikuti episod seterusnya di Jelajah 7.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan