PELAWAT

Jumaat, 18 Disember 2015

MALAYSIANA (4.3) KOTA KINABALU SABAH (4)

MaLaYsiaNa  (4.3)
Jelajah 8 : Adventure Sabah (P.3).....Sambungan

11-2-2013 - Day 3 

               Ke  Adenna Rafflesia Garden 

Assalamualaikum.    


Sambungan.......selepas selesai makan tengahari bersama hidangan Daging Rusa yang enak dan dimasak oleh chef kaum Kadazan Dusun, kami bersama pelancong lain dibawa ke Adenna Rafflesia Garden di Ranau untuk melihat hidupan Bunga Rafflesia.Kedudukkannya tidak begitu jauh dari Poring Hot Spring dan hanya mengambil masa 5 minit kami sampai ke destinasi.Ianya masih terletak di kawasan lingkungan Ranau.

Bunga Rafflesia sedang mekar mengembang : Kami amat bernasib baik kerana terdapat Bunga Rafflesia sedang mengembang yang bewarna kemerah-merahan dan tak sabar rasanya untuk melihat dengan lebih dekat secara life.Apa tidaknya ia mengambil masa 9 bulan untuk betul-betul mengembang.

Jom kita tengok Bunga Rafflesi...jom..jom.


MELIHAT BUNGA RAFFLESIA DI
ADENNA RAFFLESIA GARDEN

Di Adenna Rafflesia Garden.Setiap pelancong dikenakan
 RM 10 oleh tuan  tanah di mana Bunga Rafflesi berkembang.
Setiap pelancong dikehendaki memberi maklumat diri
bagi tujuan keselamatan kerana tempat ini dikelilingi hutan belantara.
Menuju ke Rafflesia Garden bersama Faris, Firdaus
Fatehah dan Mama Jun melalui jalan becak dan berliku serta
menaiki bukit.
Ucapan selamat datang oleh tuan tanah. 
Bunga Anggerik sebagai penyeri sebelum
sampai ke tempat Rafflesi Garden
Tangga untuk ke Rafflesia Garden.Jalan dikelilingi pokok
buluh hutan tebal yang boleh menyesatkan jika tidak
diteliti dengan betul.
Bunga Rafflesia mekar berkembang.Ia mengambil
masa 9 bulan untuk benar-benar berkembang dan
2 minggu untuk mati.

Anak Bunga Rafflesia bermula untuk berkembang
dan dijaga dengan rapi
Bunga Rafflesia yang telah mati.
Pemandu Pelancong sedang memberi taklimat
mengenai Bunga Rafflesia kepada kami serta
pelancong lain
Di antara kawasan yang dijaga rapi bagi pembiakan
Bunga Rafflesia. Oleh kerana ia dari golongan parasit
maka rumah tempat dimana ia menumpang perlu dijaga rapi.


Di antara jenis Rafflesia yang boleh didapati di sini.

Bunga Rafflesia jenis Arnoldii sedang mekar berkembang secara maksimum




Info Bunga Rafflesia
1.Dikenali juga sebagai 'Bunga Pakma'
2.Species bunga terbesar di dunia.
3.Bunga resmi Sabah dan Indonesia.
4.Mengambil sempena nama Sir Stamford Raffles dan Dr.Joseph Arnold yang telah menjumpai Bunga Rafflesia terbesar di Hutan Sumatera pada tahun 1816 .
5.Mengambil masa 9 bulan untuk tumbuh dan mengembang.
6.Menganbil masa 2 minggu untuk mati.
7.Tergolong dari jenis Kulat Parasit 


Selepas ini kami akan ke Kundasang Market iaitu pasar menjual sayur-sayuran yang segar-bugar.

.....bersambung......  





Tiada ulasan: