PELAWAT

Khamis, 31 Disember 2015

UAE (2.4) DAY 9 - WILD WADI WATER PARK & MADINAT JUMERAH

Assalamualaikum.                        Go  GLObaL   2  


Hari ke 9 - terakhir (9.5.2007) kami berihat dan mengambil peluang ronda-ronda ke Bandar Dubai. Bukan senang mendapat peluang sedemikian. Hasil kerja keras kami sebagai wakil Diar Consult di City Scape Abu Dhabi terbayar di mana boss firma tersebut membenarkan kami ke mana saja pada hari ini. Apalagi dari Abu Dhabi kami mengambil bas terus ke Deira Bus Station, Dubai. Tambahan pula esok kami akan balik ke KL..apalagi ronda abih ler.


On ThE WaY Ke DuBai
Abu Dhabi Texi Stand tempat kami mengambil bas ke Dubai.
Pada masa ni tambang bas Abu Dhabi-Dubai DIRHAM 15

Bangunan Menara Burj Khalifa dalam pembinaan (2007) dan sekarang
telah siap sepenuhnya.

 Di antara Papan Tanda yang ditemui.


RoNDa Ke Wild WaDi WaTEr PaRk
Penulis berlatarbelakangkan Bangunan Burj Al Arab
LAr. Ramzaa Idris



 Laluan masuk ke Water Park

Kiosk menjual souveniar

Pemandangan Burj Al Arab dari Water Park

Di Wild Wadi Water Park kami terpaksa melupakan untuk mandi manda kerana banyak lagi tempat untuk dilawati 


 RoNDa Kat  MaDiNaT JuMeRaH

Madinat Jumerah mengingatkan saya suasana di Central Market Kuala Lumpur. Banyak barang-barang kraf boleh didapati di samping gerai makan. Senibina bangunannya begitu cantik dan mempersonakan bagi pecinta seni. Boleh dikatakan di sinilah syurga seni kraftangan Arab.



Jalan Masuk ke Madinat Jumerah
Pondok Jaga (Guard House)
 Penulis di salah satu Pintu Masuk

Fountain yang menitikberatkan Islamic Architecture



Suasana di tepi pond yang mengambarkan nelayan tradisional di Dubai
Pemandangan Burj Al Arab dari celah-celah pokok di Madinat Jumeirah

Penulis berlatarbelakangkan bangunan Resort di Madinat Jumerah


Semasa saya berposing di hadapan bangunan ini, kami belum lagi melawat bahagian dalam bangunan Madinat Jumeirah yang terdapat barang-barang seni kraftangan Arab....nanti saya kongsikan......bersambung....



Tiada ulasan: