PELAWAT

Sabtu, 19 Disember 2015

MALAYSIANA (4.4) KOTA KINABALU SABAH (5)

MaLaYsiaNa  (4.4)
Jelajah 8 : Adventure Sabah (P.3),,,,,sambungan

11-2-2013 - Day 3 

               Ke Kundasang Market, Jambatan Tamparuli dan
            Rumah Terbalik. 

Assalamualaikum.    


Sambungan.......selepas menikmati keindahan Bunga Rafflesia kami meneruskan perjalanan ke Kundasang Market yang kaya dengan penjualan sayur-sayuran segar serta bunga-bungaan.

Keadaan sekelilingnya yang sejuk dan berkabus amat sesuai bagi tumbuhan seperti sayur-sayuran dan bunga-bunga.

Keadaannya yang terlalu sejuk menyebabkan kami terpaksa berpeluk tubuh sepanjang masa.Mujurlah terdapat gerai teh tarik dan kami pekena kopi o panas sebagai pemanas badan bersama-sama pelancong lain dan pemandu pelancong.

Jom kita tinjau apa yang ada di Kundasang Market ni...jom.

KUNDASANG MARKET

Keadaan sekeliling Kundasang Market berkabus dan sejuk
Jarak penglihatan hanya 30m sahaja...betui macam kat England.

Gerai menjual bunga segar.
Diantara gerai sayur-sayuran segar.Ramai pelancong membeli
sayur-sayuran segar terutama pelancong dari Sabah dan Sarawak.


Firdaus sempat berposing...
Kundasang Market menjual sayur-sayuran segar dan bunga-bungaan.
Cuaca sejuk berkabus memberi siri pemandangan yang menakjubkan
Jika cuaca panas, sudah pasti pemandangan Gunung Kinabalu dapat disaksikan
dengan jelas kerana kedudukkan Kundasang Market begitu tinggi.

KINABALU PARK
Papan Tanda sebagai panduan kepada pendakian Gunung Kinabalu
Pemandu Pelancong memberi penerangan tentang sejarah
serta kawasan kem-kem penempatan pendaki
Ruang Menunggu yang mempunyai pandangan menarik
yang dikelilingi hutan belantara.
Penulis di Lobby (kali ke 2 sampai di sini)
Penulis bersama keluarga.Di belakang ialah Papan Tanda
dan maklumat pendakian serta pertandingan mendaki
Gunung Kinabalu
Pemandangan di sekitar Kinabalu Park.Kabus tebal menghalang
pemandangan ke arah Gunung Kinabalu.
Kinabalu Park Headquaters
Jalan menghala ke Surau Lelaki dan Perempuan
Faris dan Firdaus sempat posing
Kinabalu Park Headquaters


JAMBATAN GANTUNG TAMPARULI

Selepas menghabiskan masa kira-kira 1jam kami bertolak ke Tamparuli untuk menaiki Jambatan Gantung Tamparuli.

Melintasi Jambatan Tamparuli

RUMAH TERBALIK
Jalan masuk ke Rumah Terbalik.Terpaksa beratur beli tiket.
Bayaran

Rumah Terbalik

Dewasa : RM 10.60
Kanak-Kanak : RM 5.30

3D Muzium
Dewasa : RM 24.40
Kanak-Kanak : 15.90

Rumah Terbalik bersama 3D Muzium
Dewasa : RM 31.80
Kanak-Kanan : 19.10

(nota : harga semasa kami melawat)


Plak Perasmian

Penulis bersama keluarga

Di hadapan Kereta Terbalik
Kami sampai di Bandar KK jam 6.30 ptg dan pulang
ke Hotel penginapan jam 8 mlm selepas dinner 
di Restoran tepi pantai bersebelahan Filipino Market.




Keseluruhan perjalanan hari ini sungguh menyeronokkan terutama 'jungle tracking' di Poring Hot Spring dan melihat Bunga Rafflesia berkembang mekar suatu pengalaman yang sukar dilupakan.

Kami kena tidur awal kerana esok akan ke Musium Sabah dan Kilang Choklat dan merupakan hari terakhir di Sabah,

.........bersambung......






Tiada ulasan: