Jelajah 4
Dubai Aku Datang Lagi (1)
2.4.2007
Sambungan dari Jelajah 3.......
......LAr.Ramzaa pun nak tumpang.....
Islamic Patterns di bawah Pokok Kurma
TEMPAT DILAWATI - 1. Jabal Hafeet Mountain
Peta UAE : Kedudukkan AL AIN 144 km ke Timur Abu Dhabi
( https://www.google.com )
Pintu masuk utama (tutup)
Lawat Ladang KURMA
Jalan-Jalan di Bandar AL AIN
JEJAMBAT PEJALAN KAKI
Pandangan dari Jejambat Laluan Pejalan Kaki
Elemen air menghidupkan suasana persekitaran
AL AIN Museum
Jabal Hafeet Mountain
Dubai Aku Datang Lagi (1)
2.4.2007
Sambungan dari Jelajah 3.......
Pada 2.4.2007 saya kembali semula ke Dubai bersama-sama rakan LAr. Ramzaa melalui Abu Dhabi dengan misi berbeza. Kali ini kami telah ditawarkan untuk merekabentuk Lanskap di kawasan yang telah ditetapkan oleh Syarikat Arco General Contracting yang melantik Arkitek utama DIAR CONSULT iaitu sebuah Syarikat Kontraktor Lanskap terbesar di Abu Dhabi (dipunyai oleh Tok Arab). Hampir sebulan saya menunggu di Malaysia dan akhirnya rezki datang jua.
DARI KLIA KE ABU DHABI AIRPORT
Penerbangan dari KLIA jam 3pm menggunakan MAS dan sampai di Abu Dhabi jam 10mlm (waktu Abu Dhabi jam 6pm). Penerbangan pada waktu siang membolehkan kami menikmati pemandangan di awan biru yang mengayikkan.
Di Ruang Udara Abu Dhabi UAE.......
landing time....
landing time....
ABU DHABI INTERNATIONAL AIRPORT
Mendarat di Abu Dhabi Airport
LAr. Ramzaa Idris
Penulis
Suasana dalaman yang sungguh menakjubkan
di Abu Dhabi Airport dengan susunan tiles bercorak
Susunan tiles berwarna hijau dan biru yang bersambungan dari lantai, dinding dan bumbung menceriakan suasana dalaman Abu Dhabi International Airport.Bentuk dalamannya yang unik memberi kesan yang mendalam kepada pengunjumg. Tempat di mana Jemaah Haji dari Malaysia transit sebelum ke Makkah Al Mukaramah menunaikan Haji dan Umrah.
Mulakan Kerja......3.4.2007
Saya......sedang menyiapkan rekabentuk lanskap.
Manual jer...untuk discussion, dah final nanti baru
guna komputer.
.........bersama-sama LAr. Ramzaa.....
kami juga sama-sama merekabentuk Lanskap di
Taman Warisan, Putrajaya (info jer..)
Hasil kerja kami.....freehand sketches....Alhamdulillah siap.
Projek : Private Palace In Mussafah Abu Dhabi
(Dengan kerjasama OTLA DESIGN-LAr.Hj.Hamid Sudin)
Saya bersama LAr.Ramzaa memulakan kerja merekabentuk Lanskap bagi sebuah Private Palace Tok Arab di apartment penginapan. Oleh kerana konsep kerja di Dubai...semuanya urgent maka kami tiada pilihan untuk menyiapkannya dengan segera kerana pada keesokkan harinya kami akan ke Syarikat Diar Consult (Firma Arkitek) di Dubai untuk mempersembahkan kerja-kerja kami sebelum dihantar ke pihak klien.
Namun demikian kami bekerja dengan happy dan enjoy kerana matlamat utama kami untuk mengembara sambil bekerja maka wang ringgit jatuh no 2....menyelam sambil minum air lah katakan.
Ke Pejabat Arkitek DIAR CONSULT dubai
4.4.2007
Penulis di Sheikh Zayed Road
untuk ke Pejabat DIAR CONSULT (Dubai office)
Dah jumpa Mr.Sameer (Arkitek)..ade ler comment sikit...biasa ler tu. Dia shorkan kami ke ROYAL MIRAGE, DUBAI..cari idea. Apa lagi dengan senyum lebar kami terus ke sana..tq sir.
JOM ke ROYAL MIRAGE , DUBAI
4.4.2007
Inilah yang dikatakan menyelam sambil minum air...selesai sahaja perbincangan bersama Mr.Sameer (Arkitek Diar Consult) kami terus meneruskan penjelajahan kami ke Royal Mirage Dubai. Itupun atas cadangan Arkitek tersebut. Kami gunakan sepenuhnya peluang melawat tempat tersebut yang memang terkenal di Dubai dan dunia untuk dikongsikan bersama pembaca seperti di bawah :
Bahagian Luar Bangunan Royal Mirage
Saya sempat bergambar....
Islamic Patterns di bawah Pokok Kurma
Pehhhhhh....baik punya posing
Court Yard di Bangunan Royal Mirage
Pokok Kurma serta hiasan pancutan air
menhidupkan suasana court yard
Pemandangan persekitaran selepas Magrib
Saya dan LAr.Ramzaa menghabiskan masa di Royal Mirage hingga ke Magrib. Selesai sahaja Sembahyang Magrib kami ke Perhentian Bas Diera menaiki bas ke apartment penginapan kami di Abu Dhabi. Tambang bas ketika itu ialah Dirham 15 sahaja (RM 12).
DARI ABU DHABI ke AL AIN (Garden City) - 144km
5.4.2007TEMPAT DILAWATI - 1. Jabal Hafeet Mountain
2. Al Ain Palace Museum
3. Al Ain Museum
4. Ladang Kurma
Peta UAE : Kedudukkan AL AIN 144 km ke Timur Abu Dhabi
( https://www.google.com )
Lebuhraya Ke AL AIN
Padang pasir....ternampak nunnnn........
jauh di sana seekor dua Unta liar...rasa nak tangkap jer..
Pada keesokkan harinya kami mengambil peluang di hujung minggu ke AL AIN yang dikenali sebagai 'Garden City' disebabkan kehijauannya . Kami juga ke
Jabal Ḥafeeṫ (Arabic: جبل حفيت) yang terletak di sempadan Dubai-Oman.
Jabal Ḥafeeṫ (Arabic: جبل حفيت) yang terletak di sempadan Dubai-Oman.
Bandar Al Ain
AL AIN Palace Museum
Saya di hadapan Muzium
Pintu masuk ke muzium (maaf tutup hari cuti)Pintu masuk utama (tutup)
Saya (atas) bersama LAr.Ramzaa (bawah) bersiap
sedia memasuki kawasan Ladang Kurma
Ladang KURMA
Di antara pemandangan di Ladang Kurma yang telah dikomersialkan untuk memudahkan kunjungan pelancong. Kami kurang bernasib baik kerana musim buah telah berlalu.
Sesuai dengan gelarannya 'Garden City', bandar Al Ain menitik beratkan unsur-unsur Lanskap termasuk elemen air yang merupakan elemen konsep 'Islamic Garden'
BANDAR AL AIN
JEJAMBAT PEJALAN KAKI
Kecondongan 1:12 (ramp) membolehkan sesiapa
sahaja menggunakan jejambat untuk melintasi jalan
Pandangan dari Jejambat Laluan Pejalan Kaki
Penulis-cuba mendapatkan Antropometrix rekabentuk Jejambat
Rekabentuk Jejambat Mesra Alam. Ianya boleh digunakan oleh
sesiapa sahaja termasuk OKU yang mempunyai kecuraman 1: 12
dan boleh dilalui (selisih) 3 orang
LANSKAP DI BANDAR AL AIN
Elemen air menghidupkan suasana persekitaran
Pandangan luar Muzium
Penulis (atas) dan LAr.Ramzaa (bawah) mengabadikan
kenangan di Al Ain Muzium
Di antara barang-barang purba yang dipamirkan
Bandar Al Ain di waktu malam
Jalan ke puncak Jabal Hafeet Mountain
Kelihatan Lampu Jalan menyusuri jalan menuju
ke puncak Jabal Hafeet Mountain
Puncak Jabal Hafeet Mountain. Oman dapat
dilihat dengan jelas dari puncak bukit
Penggunaan cahaya lampu berbagai warna di kaki
Jabal Hafeet Mountain menceriakan keadaan sekeliling.
Ramai pelancong berihat sambil menikmati hidangan
di kawasan tersebut. Ianya menjadi amalan biasa rakyat UAE
maupun pelancong yang datang bersama keluarga.
SAYONARA AL AIN......Jumpa lagi.
Selepas penat berjalan-jalan kami terus pulang ke apartment di ABU DHABI untuk mengemas pakaian kerana kami akan pulang ke Malaysia....tak sabar rasanya nak balik...tau tak...secantik manapun negara orang cantik lagi negara sendiri.
Untuk pengetahuan pembaca sebenarnya kami awal-awal dah inform Tok Arab tu kami tak boleh tinggal lama sangat...kerja siap kami kena CALO sebab ada family & banyak commitment di Malaysia...Tok Arab tu kata KHALAS...maknanya setujulah tu.
KEMBALI ke MaLaYsIa TANAHAIRku
6.4.2007
( https://www.google.com )
Pehhhhh.....syukur aku jadi Anak Malaysia. Apataknya bila
sampai jer di KLIA rasa macam melancong lak kat Malaysia.
Kenapa yek ? Cuaca, makanan, perbelanjaan....dll jauh berbeza.
Bersyukurlah kita jadi RAKYAT MALAYSIA. Tok Arab pernah
kata kat aku...Malaysia Syurga Dunia kerana cuacanya begitu
menyenangkan...tak telampau panas dan sejuk. Kita kena keluar
gak tengok negara orang............
baru tau untungnya tinggal di Malaysia.
JUMPA LAGI DI JELAJAH YANG SETERUSNYA...di mana yek ?
Jangan lupa ikuti blog saya di episod seterusnya
dalam JELAJAH 5.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan