PELAWAT

Isnin, 30 November 2015

Dari Abu Dhabi ke Dubai (1.3)

Jelajah 3

         Dari Abu Dhabi Ke Dubai

11.3.2007

Sambungan dari Jelajah 2.....

Assalamualaikum.....Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia bertemu kembali di Jelajah 3 (sambungan dari jelajah 2). Terimakasih kerana masih mengikuti laman Blog saya. Seperti yang dimaklumkan pada Jelajah 1...kedatangan kami kali ini hanyalah untuk merisik dan melihat keadaan UAE yang di war-warkan. Alhamdulillah ianya telah memberi impak yang amat besar kepada kerjaya saya di dalam mengembangkan ilmu senibina saya. Sepanjang 3 hari 2 malam di UAE banyak kenalan dari Malaysia maupun kenalan baru dari UAE yang telah diperkenalkan oleh rakan saya LAr. Ramzaa. Insyallah kami akan datang semula. Bak kata orang tua-tua...rezeki tak ke mana.


Dari Abu Dhabi Ke Dubai Internasional Airport 

Jika di hari pertama kami tidak berkesempatan untuk merakamkan apa-apa pemandangan....namun kali ini kami gunakan kesempatan untuk merakamkan apa saja yang boleh dikongsikan bersama pembaca.


                                                  Dari ABU DHABI ke DUBAI 


Lebuhraya Abu Dhabi-Dubai





SHEIKH ZAYED ROAD














BURJ AL KHALIFA TOWER (2007)
Sheikh Zayed Road



Menara Burj Al Khalifa masih dalam pembinaan (2007)

Gambarfoto di atas di antara pemandangan yang sempat kami rakamkan. Yang paling menakjubkan ialah pembangunan di kiri-kanan Jalan Sheikh Zayed Road yang tumbuh bagaikan cendawan. Semasa saya berkunjung ke Dubai (2007) Menara Burj Al Khalifa masih dalam pembinaan dan kini ianya telah siap sepenuhnya. Jika anda ke sana sekarang, pasti senarionya lebih menakjubkan....jom ke DUBAI....luaskan pemandangan anda.



SEMPAT  KE  NAIF ROAD


Oleh kerana penerbangan kami dari Dubai ke KLIA adalah pada waktu pagi (12.3.2007) iaitu waktu UAE maka kami sempat berkunjung ke Naif Road yang terletak berhampiran Dubai Internasional Airport.

Naif Road yang kami jelajahi

Ianya bandar lama yang mempunyai penduduk padat.Senarionya seakan-akan Masjid India Kuala Lumpur.Kebanyakkan pekerja dari Mumbai India yang berbahasa Hindi.

Oleh kerana segala-galanya terlalu mahal maka kedai perniagaan teh tarik mereka 1/4 keluasan dari Kedai Mamak di Malaysia....namun pekerja yang terlalu ramai memberi keuntungan 4 kali ganda dari perniagaan mamak di Malaysia dan ada juga Restoran Mamak yang besar bergantung kepada kemampuan mereka.


                                                           Pemandangan  NAIF ROAD





Papan Tanda (figure ground) -panduan jalan
di Bandar Naif




                               Naif Souq....tempat pelancong Malaysia membeli 
                              belah..kini tinggal kenangan kerana telah terbakar







                                         Kawasan perniagaan Komuniti India
                                             (macam kat Jalan Masjid India)
                           Cuaca kelihatan panas....namun ianya sejuk dan dingin


Kebanyakkan bangunan di NAIF ROAD mempunyai rekabentuk di Tahum 70an. Pembangunan di sini mengutamakan Surau di mana selang beberapa meter terdapat surau di Tingkat 1 kedai Ianya memudahkan perniaga dan sesiapa sahaja menunaikan solat bila masuk waktu. 

Begitu juga terdapat banyak Masjid yang kedudukkannya berhampiran antara satu sama lain. Ini adalah disebabkan penduduk Islam yang begitu padat di sekitar kawasan.



DUBAI CITY OF GOLD


Gedung Emas Dubai - kedudukkannya
 berhampiran Naif Road




                              Penulis sempat bergambar di Kedai Jualan Emas
                                                     (Dubai City Of Gold)



   SAYONARA DUBAI...SEE U.

Setelah penat berjalan-jalan di Naif Road dan kawasan persekitaran kami pun ke Dubai Internasional Airport untuk pulang ke Malaysia. Berat rasa untuk meninggalkan Dubai. Namun di hati kecil kami tetap mahu berkunjung semula dengan tujuan dan misi yang berbeza...insyallah.





Ar.Khir sempat bersama barang belian


Penulis bergambar sebelum berlepas ke KLIA
(maaf gambar tak jelas)
                                          
.


DARI DUBAI INTERNATIONAL AIRPORT KE KLIA 
Pemandangan Garisan Siang dan Malam Sungguh Menakjubkan









                                                             Kebesaran Ilahi























Oleh kerana penerbangan balik ke Malaysia dari waktu pagi maka saya telah membuat perancangan untuk melihat perbezaan waktu siang dan malam dalam suatu masa. Turutan pemandangan di atas sungguh menakjubkan dan dapat dilihat garisan perbezaan dua kawasan siang dan malam


Surat Al-Furqan ayat 47
ÙˆَÙ‡ُÙˆَ الَّØ°ِÙŠ جَعَÙ„َ Ù„َÙƒُÙ…ُ اللَّÙŠْÙ„َ Ù„ِبَاساً ÙˆَالنَّÙˆْÙ…َ سُبَاتاً ÙˆَجَعَÙ„َ النَّÙ‡َارَ Ù†ُØ´ُوراً
Artinya:” Dan Dialah yang menjadikan untuk kamu malam sebagai pakaian dan tidur                               sebagai pemutus dan Dia menjadikan siang untuk bertebaran”.(Al-Furqan:47)

rujukan : http://kutaradja92.blogspot.my/





KUALA LUMPUR INTERNASIONAL AIRPORT (KLIA)

Image result for klia international airport arrivals
Pelan Layout - KLIA Airport (InternasionalArrivals)-https://www.google.com/


                                      Pemandangan Bahagian Dalam KLIA
                                                    (International Arrivals)























KLIA- Internasional Arrivals


Sebaik sahaja sampai di KLIA saya terus sahaja merakamkan pemandangan persekitaran untuk tatapan umum terutama yang belum sampai di sini lebih-lebih lagi mereka dari luar negara. Bila pulang semula ke Malaysia saya dapati...secantik manapun negara orang cantik lagi negara sendiri.....ewah bermadah plak...betul tak ?.




CeNdErA HaTi dari DUBAI (Souvenir from Dubai)

Bagi saya cendera hati (souvenir) adalah penting sebagai tanda peringatan tatkala kita sudahpun meninggalkan tempat yang kita lawati lebih-lebih lagi ianya telah bertahun berlalu.

Cenderahati tidak semestinya di beli. Ianya boleh dalam bentuk tiket kapalterbang, majalah dari kapalterbang.....bak kata apa saja yang boleh dijadikan peringatan walaupun tisu makan di samping cenderahati atau  yang dibeli.

Di antara cenderahati yang sempat dibeli di Dubai dan Abu Dhabi :












Di antara buah tangan yang menjadi
kenangan 



SEKIAN DULU buat masa ini......diharap anda tidak jemu-jemu mengikuti penjelajahan saya......terimakasih. Tunggu episod yang seterusnya yang lebih menyeronokkan.....dalam ..................
Jelajah 4.......DUBAI AKU DATANG LAGI.

















































Tiada ulasan: