JELAJAH 2
Abu Dhabi , UAE
10 Mac 2007
Sambungan dari Jelajah 1........
Assalamualaikum, bertemu kembali di Jelajah 2 (sambungan dari jelajah 1) dan terimakasih di atas kesudian mengikuti penjelajahan saya. Ada banyak lagi cerita menarik yang hendak saya kongsikan bersama anda. Di akhiran penjelajahan saya ini pasti anda akan mendapat sedikit gambaran tentang UAE, negara islam yang kaya dengan minyak ini yang secara perlahan bertukar menjadi sebuah negara moden yang berkarisma serta cepat membangun terutama pembangunan hartanah. Ianya menjadi contoh kepada dunia Islam terutama Malaysia. Ini merupakan langkah yang bijak oleh kerajaan UAE bagi menjana pendapatan di dalam bidang hartanah yang menjana pendapatan berbillion dollar.
Disambungkan cerita (ewah macam cerpin lak).....setelah menunggu sekian lama di Dubai Internasional Airport akhirnya kami menerima
panggilan talipon dari rakan karib di Abu Dhabi dan kami terus menaiki teksi ke Abu
Dhabi. Kami tidak dapat merakamkan apa-apa semasa ke Abu Dhabi disebabkan
tertidur kepenatan....tau-tau dah kesampaian. Namun demikian kami masih berpeluang merakamkan perjalanan dari Abu Dhabi ke Dubai Internasional Airport untuk pulang ke Malaysia pada 11.3.2007.......insyallah akan kami paparkan di Jelajah 3 nanti.
Sampai di ABU DHABI MALL
Sampai di ABU DHABI MALL
Akhirnya
kami sampai juga di Abu Dhabi dan disambut rakan karib yang sedia menunggu kami di Abu Dhabi Mall dan kami disajikan Pizza panas yang sungguh enak oleh sahabat...LAr. Ramzaa....terimakasih...belanja kami bro....lega rasanya.
Gambar : sedang menikmati hidangan Pizza di Abu Dhabi Mall bersama
Ar. Khir (kiri depan), LAr Ramzaa Idris.(tengah) dan penulis (kanan).
Selesai
menikmati hidangan Pizza, dalam kepenatan kami terus ke apartment rakan karib
berhampiran Abu Dhabi Mall (5 minit berjalan kaki) Setibanya di sana kami terus berehat sambil menonton tv yang kebanyakkannya cerita dan lagu Arab. Bagaikan berada di suatu dunia baru.....walaupun tak faham maksud....tetap meremang bulu roma sebab kita boleh mengaji Al Quran maka sedikit sebanyak meninggalkan kesan...syukur... Selepas Sembahyang Isya'k kami terus melelapkan mata.
Di pagi yang mengasikkan....'Sabah Ul Khir' (bahasa arab)
...bermaksud..Selamat Pagi.
Di pagi yang mengasikkan....'Sabah Ul Khir' (bahasa arab)
...bermaksud..Selamat Pagi.
Pada keesukkan harinya kami berjalan-jalan di sekitar tempat kami menginap iaitu di tengah-tengah Bandar Abu Dhabi.
Pemandangan waktu pagi (6.45) dari
tingkat 17 apartment kami menginap.
tingkat 17 apartment kami menginap.
Saya dan Ar. Khir sempat bergambar di hadapan
deretan bangunan di bandar Abu Dhabi
Pemandangan kawasan lapang di antara bangunan
Pokok Kurma dijadikan hiasan Lanskap Lembut
Buah Kurma yang masih muda
Pemandangan dan senario yang kami rakamkan di sekitar Bandar Abu Dhabi. Kedudukkan apartment kediaman kami berada di tengah-tengah bandar Abu Dhabi. Saya bersama-sama Ar.Khir hampir sesat disebabkan bandar ini menggunakan Sistem Grid (Planning) seperti di Amerika Syarikat (USA). Bangunan di sekitarnya dibina pada tahun 70an.
ABU DHABI MALL
Pemandangan Abu Dhabi Mall waktu malam
Boleh dikatakan puas jugak kami merayau-rayau di sekitar Bandar Abu Dhabi yang telah dibangunkan di tahun 70an. Rekabentuk bangunannya jauh berbeza dengan bangunan di Dubai yang di bangunkan di Tahun Millinium.
ABU DHABI TEXI STAND
Ruang Menunggu berhawa dingin
Rekabentuk Dan Warna Hijau menceriakan
Abu Dhabi Texi Stand
Hanya menggunakan bumbung 'concrete louvres' di tempat menunggu teksi
disebabkan cuaca yang terlalu panas (48d.c.) dan tiada hujan.
Di musim sejuk pula suhu serendah 16d.c.
MARINA MALL, ABU DHABI
LAr. Ramzaa Idris sedang mengelamun.....teringat
kampung agaknya.
Di hadapan Marina Mall, Abu Dhabi
Kami juga sempat berkunjung ke Marina Mall. Kami ke sana menggunakan Bas tanpa bayaran seperti yang telah dipraktikkan di KL dan Shah Alam (2015)....syukur...... Gambar menunjukkan di dalam Marina Mall dan persekitarannya di waktu petang, senja dan malam.
Sekian dulu buat masa ini....jangan lupa mengikuti jelajah saya seterusnya dari Abu Dhabi ke Dubai.........jumpa di Jelajah 3.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan