PELAWAT

Sabtu, 26 Disember 2015

MALAYSIANA (13) JUMAAT DI MASJID NEGERI SHAH ALAM SELANGOR

Assalamualaikum.    

Hari ini saya ke Masjid Negeri Selangor Sembahyang Jumaat. Ramai juga jemaah, maklumlah cuti umum..so ramailah datang awal. Nasib baik saya sampai kul 12.30 tengahari kalu tak kena parking kat jalan luaq.

Cuaca nampak panas dan berawan. Namun hujan turun dengan lebatnya pada jam 4 ptg. Saya balik lepas Asar sebab jumpa kawan lama Izwan di Dewan Makan Masjid cit-cat pasal komputer.

Sempat gak saya rakamkan suasana di Masjid Negeri Selangor  dengan senibinanya yang gah lagi menawan hasil idea pereka tempatan dari Jurubina Bertiga Internasional Sdn Bhd yang berilhamkan Senibina Tradisional Islam, India, Barat dan Ciri-Ciri Senibina Melayu ...jom  tengok...jom.


  PEMANDANGAN DI SEKITAR MASJID NEGERI 
SELANGOR
(Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah)

Kubah yang dikelilingi oleh empat buah Minaret menyerikan Masjid Negeri Selangor
Skylight di Pintu Masuk Utama ruang solat dari tempat wuduq utama
Pintu Masuk Utama dari Tempat Wuduq 
Kubah masjid
Kubah terbesar di dunia. 300 kaki tinggi dari paras bumi. 170 kaki garispusat yang
menggunakan kemasan aluminium di bahagian luar.(info-wikipedia)
Kubah dari Ruang Solat 
Tulisan Khat (bewarna kuning) hasil kerja oleh Sheikh Abdel Moneim Mohamed Ali Sharkawi 
(penulis Khat Mesir-info wikipedia)
Penulis di Pintu Masuk Utama
Tabung Derma
Ruang Solat
Mehrab
Disaluti Batu Marmar Antik Turki (info-wikipedia)
Mimbar
Hasil pengukir tempatan. Bumbung bewarna putih adalah dari kemasan
Marmar Putih Mahsuri 30kaki tinggi.Dihujung atas adalah Lambang
bulan dan bintang diperbuat dari emas (info-wikipedia)

Pintu keluar 
Motif Butiran Kemasan Pintu Keluar 
Motif Rekabentuk Karpet
Sebahagian Ruang Solat
Tempat Berwuduk Utama Lelaki
Kemasan Ceiling tempat wuduq.
Menggunakan kemasan kayu (hardwood) bercirikan Melayu
dari segi rekabentuk susunan dan ukiran
Pintu Gerbang Masuk dan Keluar



Menara Minaret





FAKTA MASJID
 (wikipedia)

1. Masjid kedua terbesar di Asia Tenggara selepas Masjid   
    Istiqlal Jakarta Indonesia.
2. Kubah masjid terbesar di dunia.
3. Memuatkan 24,000 jemaah dalam satu masa.
4. Struktur kubah menggunakan tiub aluminium ditutupi  
    dengan 'Retvous Enamelled Steel Panel'. 
5. Kombinasi Senibina Tradisi Islam, Asia Barat, India, Barat 
    dan Ciri-ciri Binaan Melayu Asli
6. Terletak di atas tanah seluas 35 ekar.
7. Dirasmikan pada 11 Mac 1988 oleh Sultan Selangor.
8. Masjid ini mula digunakan sepenuhnya pada 3 Dis 1987.










Tiada ulasan: