Assalamualaikum.
Rumah metua di Kg.Ketari Bentong 68km dari KL.Orang Pantai Timur mesti selalu menggunakan laluan Bentong.
Berbeza bila balik ke Bentong dengan ke Melaka kerana Bentong dikelilingi hutan serta bukit-bukau.Bila malam kelihatan Babi Hutan merayau-rayau di halaman rumah serta ayam hutan berkokok di pagi hari...seronok betol.
Yang menariknya di Rumah metua saya ni...ada Cat Paradise, Fish Paradise dan Fruit Paradise.Biasaler orang kampung memang rajin berkebun. Inilah rahsia mereka hidup lama serta aman damai.
Kebanyakkan orang kampung di sekitar rumah metua saya mengusahakan ternakan Ikan Patin yang begitu popular di Pahang. Mereka menternak di atas dasar minat dan bukan untuk komersial.Dah menjadi satu kebangaan dan trend orang di Pahang membela ikan Patin kerana harganya mencecah ratusan ringgit sekilogram.
Memang menyeronokkan bila balik kampong terutama anak-anak. Teringat lak masa kecik-kecik dulu kat Melaka.Balik sekolah mandi sungai, petang mandi sungai. Sabtu Ahad pu mandi sungai ...apa lagi tangkap ikan ler....Kekadang tangkap haruan dan puyu kat lubok sawah (tinggal kenangan).Pendek kata pantang free...jom mandi sungai beramai-ramai. Hahaha...mungkin pembaca di antaranya kot.
Kat sini saya nak share ngan pembaca sikit....jom kita tengok..jom ler.....(sharing is caring)
Jam 8.30pagi (Isnin-21.12.15) saya bersama isteri balik jap ke Bentong jengok metua.Routine biasa setiap bulan isteri jengok family. Bila free saya juga ke Melaka jengok emak.Bersyukurlah kita punya ibu dan ayah.
Rumah metua di Kg.Ketari Bentong 68km dari KL.Orang Pantai Timur mesti selalu menggunakan laluan Bentong.
Berbeza bila balik ke Bentong dengan ke Melaka kerana Bentong dikelilingi hutan serta bukit-bukau.Bila malam kelihatan Babi Hutan merayau-rayau di halaman rumah serta ayam hutan berkokok di pagi hari...seronok betol.
Yang menariknya di Rumah metua saya ni...ada Cat Paradise, Fish Paradise dan Fruit Paradise.Biasaler orang kampung memang rajin berkebun. Inilah rahsia mereka hidup lama serta aman damai.
Kebanyakkan orang kampung di sekitar rumah metua saya mengusahakan ternakan Ikan Patin yang begitu popular di Pahang. Mereka menternak di atas dasar minat dan bukan untuk komersial.Dah menjadi satu kebangaan dan trend orang di Pahang membela ikan Patin kerana harganya mencecah ratusan ringgit sekilogram.
Memang menyeronokkan bila balik kampong terutama anak-anak. Teringat lak masa kecik-kecik dulu kat Melaka.Balik sekolah mandi sungai, petang mandi sungai. Sabtu Ahad pu mandi sungai ...apa lagi tangkap ikan ler....Kekadang tangkap haruan dan puyu kat lubok sawah (tinggal kenangan).Pendek kata pantang free...jom mandi sungai beramai-ramai. Hahaha...mungkin pembaca di antaranya kot.
Kat sini saya nak share ngan pembaca sikit....jom kita tengok..jom ler.....(sharing is caring)
CAT PARADISE
Keluarga isteri saya ni memang peminat kucing tegar. Bayangkan beliau mempunyai 2 reban kucing belaan samada kucing sendiri atau datang entah dari mana.
Boboy dengan renungan tajamnya
Cicak...serious nampak...
Boboy and Cicak berehat di Villanya
Penulis bersama Cikey
Villa kucing disediakan bagi mengelak dari serangan
anjing liar.Ianya dikurung hanya pada waktu tertentu
terutama waktu malam.
Di antara kucing belaan sedang menikmati makanan.
Kesemuanya adalah 22 ekor dan beberapa ekor di
mamah anjing liar.
Sebenarnya kucing adalah terapi yang amat mujarab terutama kepada warga tua.Banyak kajian telah dijalankan dan mendapati pesakit di hospital dapat dirawati dengan membawa kucing bersama mereka.
Kini aura ibu mertua telah berjangkit kepada anak perempuan saya dimana beliau bercita-cita ingin menjadi seorang Doktor Veterinar....Alhamdulillah.Sebagai bapa saya tetap memberi galakan dan sokongan.
FRUIT PARADISE
Bapa metua saya juga aktif bertani dengan menanam sayur-sayuran dan buah-buahan.Beliau pernah memenagi pertandingan pertanian Daerah Bentong.
Penulis sedang memetik Rambutan Kuning
Rambutan Merah...manis isinya.
Terdapat berbagai-bagai jenis buah-buahan sayur-sayuran yang ditanam oleh bapa metua saya.Di antaranya ialah Durian, Manggis, Mangga, Rambutan, Nangka, Kelapa. Oleh kerana sekarang bukan musim buah-buahan, hanya rambutan sahaja menjadi tumpuan.
FISH PARADISE
Ternakan ikan air tawar juga sebahagian dari aktiviti yang dijalankan.Ianya dapat menyihatkan badan serta antara sumber makanan harian.
..............bersambung...........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan