Assalamualaikum. Go GLObaL 2
Hari ke 2 hingga ke 7 (1.5.2007-7.5.2007) kami berulang alik dari kediaman kami di Abu Dhabi ke Pejabat Konsultan Arkitek Diar Consult milik rakyat Iraq (5 minit menaiki teksi). Boleh tahan gak office Tok Arab ni. Tujuan kami ke sana adalah untuk membincangkan kerja-kerja rekabentuk lanskap yang telah di amanahkan kepada kami.Bekerja ngan Tok Arab ni kena banyak bersabar sebab bila bercakap intonasi suaranya minus 1. Klu tak sabar tak leh kojer sini...leh calo.
Budaya kerja di UAE ini jauh berbeza dengan Malaysia dimana mereka pentingkan kualiti bukannya dari pagi hingga ke malam tanpa henti. Pendek kata mereka kerja ikut gomen time. Bunyi loceng tutup kedai...jimat elektrik..esok datang fresh...'work smart not hard'..org pth kata kot.Jika Bulan Puasa kerja dari jam 9 am hingga 12 am.
Ke Pejabat Konsultan Arkitek DIAR CONSULT Abu Dhabi
Penulis (bawah) dan rakan LAr.Ramzaa (atas0
Di antara pemandangan bangunan
ke pejabat Diar Consult Abu Dhabi
Penulis di Ruang Menunggu (Waiting Area)
Ronda Di Madinad Zayed Shopping Centre
Seperti biasa selepas mesyuarat kami terus ronda-ronda ke bandar Abu Dhabi. Ialah pantang je ada free,ronda habis ler. Lagi pun apartment kami berhampiran Abu Dhabi Mall.Kami ke Madinat Zayed Shopping Centre kira-kira 5 minit ke sana menaiki teksi.
Cari Kurma fresh di Madinat Zayed Shopping Centre
Tempat kebiasaan rakyat Malaysia membeli kurma, baju Arbaya
dan lain-lain keperluan.Saya sempat
membeli 1kg. kurma untuk dibawa pulang.
dan lain-lain keperluan.Saya sempat
membeli 1kg. kurma untuk dibawa pulang.
Pandangan dalam Shopping Centre.
Yang menarik disini ialah escalatornya yang berbentuk curve,
Tempat membeli barang-barang keperluan memasak dan bahan mentah seperti
ikan, ayam, daging dan sayur-sayuran. Kami selalu membeli
Timun Jepun untuk dibuat ulam.Kekadang membeli
ikan bersama ayam untuk digoreng.
Untuk mendapat kurma yang lebih segar lagi serta banyak pilihan, kami ke pasar
yang berhampiran dengan Madinat Zayed Shopping Komplek. Di sini juga boleh didapati
pakaian jubah wanita iaitu Arbaya.Kedudukkannya 2 minik menapak dari Madinat Zayed..
Pemandangan di dalam Abu Dhabi Mall
Rotana Hotel
Lounge
Sky Light
Wall Lighting
Sebelum balik ke apartment kami lepak sat kat Abu Dhabi Mall dan Rotana Hotel bersebelahan Abu Dhabi Mall.
Ronda Di Kawasan Apartment
Pemandangan di perlabuhan berhampiran kediaman kami di Abu Dhabi.
Kapal dagang ini adalah kepunyaan pedagang Pakistan
yang membawa barang-barang berupa pakaian dan carpet
untuk dijual di Abu Dhabi.Mereka memang terkenal dengan perniagaan carprtnya.
Carpet yang diniagakan oleh pedagang-pedagang dari Pakistan.
Perniagaan mereka berkembang
dengan begitu pesat kerana kuasa beli yang besar
di Abu Dhabi terutama pembeli berbangsa Arab.
Kedudukkan Pakistan di Utara UAE yang hanya dipisahkan
Laut Arab memudahkan mereka belayar ke UAE.
Waktu bekerja tak banyak dapat kami rakamkan. Walaupun kami hanya part time di syarikat tersebut namun kami tetap menghormati waktu bekerja mereka. Bagi mereka yang penting kerja siap dan kami free ke mana saja. Sebenarnya kami tidak memikirkan sangat berapa bayaran terhadap kerja-kerja kami, yang penting tempat tinggal kami, makan minum serta tiket kapal terbang kami dibayar. Matlamat kami adalah melancong sambil bekerja.
....bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan