PELAWAT

Selasa, 8 Disember 2015

MALAYSIANA (2.2) - PURRADISE CAT CAFE TTDI KUALA LUMPUR

MaLaYsiaNa  (2.2)
Jelajah 6 : Sana-Sini



          Hari Ini, Semalam, Kelmarin dan Selama-lamanya


Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam 1 Dunia.Terimakasih kerana masih sudi melayari laman blog saya. Semuga pembaca terhibur.


Hari ini saya ingin berkongsi cerita tentang............................. 



  Kucing   miowww....miowww...miowww    

(https://www.google.com)


        6.12.2015 -   Purradise   Cat  Cafe                                    
       Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur,Malaysia

Sebenarnya saya ke sini adalah permintaan anak perempuan saya Nur Fatehah untuk melihat Cat Cafe yang diketahui melalui iklan TV minggu lepas serta internet. Maklumlah baru selesai menghadapi SPM...nak lepas tention agaknya.

Walaupun saya bersiap sedia menunggu perlawanan separuh akhir ke 2 antara Selangor dan Pahang akan berlansung namun saya gagahkan diri untuk memenuhi permintaannya tambahan pula beliau bercita-cita ingin menjadi Doktor Veterinar.

Jam 5.30ptg. sebaik sahaja hujan yang begitu lebat reda kami bertolak dari Shah Alam Sek.13 ke Purradise Cat Cafe di Taman Tun Dr.Ismail. Kami sampai jam 6.45ptg. dan keluar dari Cat Cafe jam 7.30ptg. Agak mudah juga mencari lokasinya kerana saya selalu ke TTDI atas urusan kerja.

Bayaran dikenakan di Purradise Cat Cafe :
-RM 15 seorang bagi  jam pertama
-RM 3 seorang bagi  jam seterusnya
-Free secawan minuman (pilihan)
-Dan lain-lain pakej yang menarik

Kad Mendaftar Kedatangan :



Kad Pendaftaran : Setiap pengunjung akan diberi kad pendaftaran
bersama pakej yang agak menarik


Jom kita hayati apa yang terdapat di dalam Cat Cafe......



  Purradise Cat Cafe   
Sampai di Cat Cafe (Tingkat 1) jam 6.45ptg.
Nur Fatehah bersama Mama Jun di pintu masuk ke Cat Cafe

Mural di Tangga ke Cat Cafe (Tingkat 1)
'really welcoming'
Penulis bersama Nur Fatehah di hadapan
Logo Cat Cafe di tangga ke Tingkat 1

Foyer dan tempat meletak kasut
Penulis disambut oleh LUNA (kucing)
Sudut Penyambut Tetamu



Penulis sedang melayan kucing yang jinak
dan friendly
Patches begitu manja

Kerusi dan meja kemudahat penguniung berehat sambil 
minum kopi yang disediakan dan melayan kerenah kucing

Rekaan plak papan di dinding dan siling membolehkan kucing
memanjat dan berlegar-legar di atas (kawasan siling)
Tempat kucing beristirehat juga disediakan di sebelah
tingkap agar kucing dapat melihat ke luar.
 Nur Fatehah bersama LUNA
 LEMBU

Tempat kucing memanjat dan bermain serta tidur
HERO sedang membersihkan bulu
\
Nur Fatehah sedang melayan 3 ekor kucing
Mama Jun bersama Nur Fatehah..baik punya posing
Mural di dinding yang menceriakan
Bersama PATCHES
Bersama LEMBU.......ngantuk kot.


Seandainya pembaca adalah pengemar kucing pasti akan teruja ke sini dan akan disambut oleh Patches,Hero,Luna Lembu dan banyak lagi kucing-kucing yang manja dan comel.

Hiasan dalamannya menarik dengan pelbagai warna serta aksesori kemudahan kucing untuk memanjat, tidur serta memudahkan pergerakan kucing ke semua arah hingga ke paras siling.

Hiasan mural dinding dapat menceriakan keadaan sekeliling.

Kucing peliharaan juga dijaga dengan rapi dimana kelihatan bulu dan rupadiri begitu menarik perhatian pengunjung.

Dengan mengunjungi Purradise Cat Cafe ini, ia dapat merehatkan minda anda.

Alhamdulillah tercapai jua impian anak saya. Segala penat lelah mengharungi hujan dan kesesakkan lalu-lintas hilang begitu saja.



       Mengetih balik dari Cat Cafe         

Pekena Roti Pisang sambil menonton pelawanan bola
antara Selangor dan Pahang di Kedai Mamak belakang Cat Cafe


Tepat jam 6.45ptg. kami keluar dari Cat Cafe dan terus ke Kedai Mamak di belakang Cat Cafe. Oleh kerana rumah kami berhampiran Stadium Shah Alam dan terdapat pula perlawanan bola di antara Selangor dan Pahang maka kami mengetih dulu dan pekena Roti Pisang sambil menonton TV.


Sebenarnya kami anak beranak serta keluarga pengemar kucing.Di Kampung Gemeti,Bentong,Pahang emak metua saya bela kucing sereban (20 ekor).

Rocky kucing kesayangan Nur Fatehah
di Shah Alam

Di rumah saya, Shah Alam anak saya mempunyai kucing kesayangan Rocky yang asalnya kucing liar. Kucing inilah yang menemaninya semasa belajar.Boleh dikatakan setiap hari ada jer kucing datang ke rumah minta makan dan tidak diketahui tuannya.Namun kami anggap mereka adalah kucing peliharaan kami.


Berita Kucing
Rujukan : Kosmo 7.12.15


Akhirkata sayangilah Kucing kerana ianya binatang kesayangan Nabi junjungan Muhammad SAW. 


Semuga berjumpa di episod akan datang. Jangan lupa episod seterusnya......ke..
      Jelajah   7   Kucing   Sarawak      





Tiada ulasan: