PELAWAT

Rabu, 23 Disember 2015

MALAYSIANA (10) SUATU PAGI DI TASIK RABAN LENGGONG PERAK DARUL RIZUAN

Assalamualaikum.    

Kali ini saya berpeluang melawat Lembah Lenggong Perak Darul Ridzuan. Saya ke sana mendengar taklimat dan melawat tapak pertandingan idea rekabentuk anjuran Persatuan Arkitek Malaysia (PAM).

Sambutan dari peserta amat menggalakkan.Sikap terpuji yang telah ditunjukkan oleh para peserta ialah mereka datang untuk berjumpa bermesyuarah serta bekenalan termasuk pelajar, pensyarah dan kakitangan kerajaan maupun swasta.Bagi mereka hadiah dan pertandingan jatuh no. 2.

Saya mengambil peluang membawa keluarga bercuti di Lenggong sambil menikmati pemandangan alam semulajadi yang jauh dari bandar terutama di sekitar Tasik Raban.

Oleh kerana kami terpaksa menghadiri kenduri di rumah emak Melaka maka kami terpaksa bertolak jam dari Melaka jam 10 mlm ke Lenggong dan tiba di Resort Tasik Raban jam 4 pagi. Bayangkan semua orang tengah nyenyak tidur dan mujurlah kami berjaya memasuki Resort jam 4.30 pagi. 


Di antara Papan Tanda yang kami tempuhi
{on the way to Lenggong - 2.00am)

Pada keesokkan harinya saya akan menghadiri taklimat mengenai pertandingan. Kita tengok apa yang boleh dikongsikan bersama pembaca......jommmmm.


  TASIK RABAN DI WAKTU PAGI
   (Berhadapan Resort Tasik Raban) 

Pemandangan indah di sekitar perkampungan di Tasik Raban bagaikan lukisan.
(Beautiful morning scene at nearby Tasik Raban Village)

Tasik Raban Yang Permai (peaceful environment)

Tasik Raban Semulajadi 
(untouchable beautiful Lake Raban)

Pemandangan Tasik Raban....teringat masa bersawah padi di Melaka tahun 70an.
(surrounding lake Raban)


Bayangkan dengan pemandangan alam semulajadi di waktu pagi yang indah di sekitar Tasik Raban ianya melupakan terus kepenatan kami dari Melaka ke Lenggong selama 6 jam tanpa henti.



  WARISAN ARKEOLOGI LEMBAH LENGGONG
(Archaeological Heritage Of The Lenggong Valley)


  LOKASI LEMBAH LENGGONG
   ( Location) 

Malaysia dan Perak


PERAK



 LEMBAH LENGGONG (Lenggong Valley)
Lokasi lawatan : Kota Tampan Lenggong
https://www.google.com






 GALERI ARKEOLOGI, Lembah Lenggong

Pemandangan Bangunan GALERI ARKEOLOGI, Lembah Lenggong 

Pemandangan Sungai Lenggong dari Menara Tinjau
(Lenggong River from top of Overlooking Tower)

Mendengar taklimat dari penganjur PAM
(presentation from organiser-PAM)

Rujukan No.Penyertaan saya ; L-11-A
 (my registration)

Melawat tinggalan sejarah
(site visit)
Tinggalan Sejarah
(artifax history)
Sambutan pertandingan yang menggalakkan
(site visit)
Menara Tinjau (Overlooking Tower)
Artifak Sejarah
(artifax history)


Selepas taklimat dari pihak penganjur dan diberi no rujukan penyertaan, satu lawatan ke  gua tinggalan sejarah telah diadakan.Oleh kerana saya mempunyai agenda lain maka tepat jam 2 ptg. saya bersama keluarga meninggalkan Resort Tasik Raban dan menuju ke Kuala Kangsar untuk melihat keadaan bandar tersebut.

INFO LEMBAH LENGGONG (info Lenggong valley)
- Terletak di Ulu Perak
- Dirintangi Sungai Lenggong tempat penemuan pelbagai
  artifak sejarai seperti Perak Man
- Diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada
  2 Julai 2012.

Memory indah yang sukar dilupakan bersama rakan seperjuangan.
(memories with friends are memorable).

















Tiada ulasan: