PELAWAT

Rabu, 30 Disember 2015

MALAYSIANA (16) GELADANGAN (HOMELESS) KUALA LUMPUR

Assalamualaikum.                         MaLaYsIaNa  16

Nasib Geladangan Terbela
Pagi ni saya ke Pejabat Arkitek Lanskap di Kuala Lumpur di Jalan Medan Tuanku. Parking kereta betul-betul di hadapan Station Geladangan yang baru dibina oleh DBKL melalui Pertandingan yang telah dianjurkannya. Rekabentuknya yang menarik memaksa saya mengeluarkan kamera poket Canon yang comelote ni.

Station Geladangan Ibarat Villa
Menarik juga rekabentuk yang dihasilkan dengan menggunakan kabin ibarat villa bagi mereka. Station Geladangan ini hanya untuk kemudahan geladangan menjamu selera pada waktu tengahari dan malam sahaja. Tempat tidur tidak disediakan kerana terlalu ramai geladangan di sekitar Kuala Lumpur. Namun demikian ia telah banyak membantu geladangan terutama makan minum mereka. Syurgalah balasan orang yang betul-betul ambil berat tentang mereka. Dengan berkongsi cerita ini sekurang-kurangnya kita ambil tahu tentang cerita hidup mereka kerana 'sharing is caring'. Kita pun akan tua seperti mereka. Maka isi minyak kereta penuh sebelum memulakan perjalanan.

Kepada pembaca yang perihatin...terlebih duit..ingin membantu...walau dengan sebiji kurma bolehlah datang ke sini di pusat bandar KL. Mereka seperti kita, perlukan makan, minum, bekeluarga, berkawan, cit-cat, berinternet...dan apa yang kita buat begitu jugalah mereka.

Diantara kemudahan-kemudahan yang disediakan :

1. Pejabat Pengurusan
2. Bilik Taklimat dan Serbaguna
3. Kabin Agihan Makanan
4. Tempat Berhimpun dan Beratur Berbumbung
5. Tandas Lelaki dan Perempuan beserta Tempat Mandi


PEMANDANGAN SEKITAR STATION GELADANGAN
(HOMELESS STATION)
Lorong Medan Tuanku 2, Kuala Lumpu
Pandangan Hadapan dan Pintu Masuk Utama dari Lorong Medan Tuanku 2

Pandangan Hadapan dan Pintu Masuk Utama dari Lorong Medan Tuanku 2

Pandangan Sisi Kiri
Pandangan SISI Kiri
Pengurusan Dan Pentadbiran (Tingkat bawah)
Taklimat Dan Serbaguna (Tingkat Satu)

Kawasan Geladangan Beratur Dan Berhimpun
Kabin Tandas Dan Bilik Mandi
Kabin Agihan Makanan
Pengurusan Dan Pentadbiran (Tingkat bawah)
Taklimat Dan Serbaguna (Tingkat Satu)

Pandangan Sisi Kanan
Pandangan Sisi Kanan
Pandangan Sisi Kanan
KemudahaTempat Letak Kereta yang luas dan Kawasan Pemungahan
 juga disediakan tanpa menggangu kepentigan awam

Penulis dihujung Station Geladangan



Kepada Kedudukkan Station Geladangan di Lorong Medan Tuanku 2, di tengah-tengah bandaraya KL memberi kelebihan kepada sesiapa sahaja menghulurkan bantuan.


Bukan Salah Ibu Mengandung
Melalui kajian yang telah penulis lalui iaitu melalui interview samada geladangan atau ibu bapa mereka. Didapati di antaranya sebab musababnya sedemikian rupa adalah :

1. Putus cinta.
2. Keluarga bercerai berai.
3. Jatuh bankrap di dalam perniagaan.
4. Sebatang kara tanpa adik-beradik disebabkan kematian
    ibu bapa.
5. Sengaja memilih kehidupan yang tidak mempunyai                 tanggungan.
6. Penagih dadah tegar.
7. Berebut harta peninggalan keluarga
8. Dan bermacam-macam 1,001 alasan lagi....


Namun demikian yang nyatanya, hidup tidak boleh berlandaskan nafsu semata-mata. Bila hilang pertimbangan maka beginilah jadinya...jangan salahkan ibu mengandung.


PEMANDANGAN STATION GELADANGAN 
WAKTU MAKAN MALAM (DINNER)
Sekali pandang seolah-olah pesta keramaian sedang dijalankan.
Tanpa diduga ianya adalah Station Geladangan bagi bantuan makanan 
dan kesihatan kepada mereka yang tiada berumah (homeless).
Kedudukkannya serta rekabentunya tidak mengambarkan ia
Station Geladangan (Homeless Station)


Bantuan Makanan dari Pertiwi Soup Kitchen


Pihak Sukarelawan sedang mengagihkan makanan dan minuman
kepada Geladangan lelaki dan perempuan samada individu
maupun bekeluarga. Makanan yang diagihkan siap dibungkus
dan mereka akan membawa keluar dari station tersebut.


Terdapat beberapa syarikat   samada dari pihak swasta maupun NGO yang menghulurkan bantuan kepada Geladangan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Pada malam ini pihak dari Pertiwi telah menghulurkan bantuan meraka. Mereka telah menghulurkan bantuan dalam bentuk makanan, minuman dan perubatan.

 Bantuan Makanan dari Pertiwi Health Services
Doktor bersama ubat-ubatan dibekalkan kepada geladangan 
bagi menghindarkan dan mengubati sebarang penyakit.


Semasa berada di sini saya tidak terasa langsung bahawa saya berada di kawasan Geladangan. Ianya seolah-olah saya berada di satu Majlis Perkahwinan tambahan pula para petugas begitu peramah disambut pula ucapan terimakasih yang tak terhingga dari geladangan.

Apakah kita senasib mereka bila tiba usia tua ?...fikir-fikirkan.




Tiada ulasan: