MaLaYsiaNa (2.7)
Jelajah 6 : Sana Sini
Isnin 14-12-2015
Buah Betik Ubat Demam Panas
Jelajah 6 : Sana Sini
Isnin 14-12-2015
Assalamualaikum,
Pagi tadi anak perempuan saya mengadu demam. Bila ibunya memeriksanya didapati suhu badannya naik mendadak.
Saya terus ke Giant SS9 Shah Alam mencari Buah Betik untuk dijadikan ubat bagi menurunkan suhu badannya.
Buah Betik sangat mujarap kerana anak perempuan saya ini pernah dihinggap demam denggi tahun lepas. Alhamdulillah dengan mengamalkan meminum Jus Buah Betik yang dibuat sendiri beliau dapat keluar dari Hospital Kelang dengan segera.
Jom share cara menyediakan jus buah betik...mudah dan cepat serta murah.
Jus Buah Betik
Buah Betik yang di beli dari Pasaraya
Dibuang kulit dan dipotong serta
dimasukkan ke dalam blander untuk
dimesin dan dijadikan Jus Buah Betik.
Sebaiknya dicari Buah Betik Muda
iannya lebih mujarab.
Buah Betik setelah dimesin
Air Jus Betik tersedia untuk diminum.
Sebaiknya minum begitu saja tanpa gula
ianya lebih mujarab.
Resepi perubatan nenek-moyang kita yang mudah dan ringkas serta menjimatkan ini harus dipraktikkan dan dipertahankan kerana kadang-kala ia mampu menyayingi perubatan moden.
Peringatan : Berhenti menggunakan Jus Buah Betik bila penyakit telah sembuh kerana pengambilan secara berlebihan akan menurunkan tekanan darah...harap maklum.
"Tiap-Tiap Penyakit Itu Ada Ubatnya'
Selamat Mencuba
Tiada ulasan:
Catat Ulasan