PELAWAT

Khamis, 17 Disember 2015

MALAYSIANA (4.2) KOTA KINABALU SABAH (3)

MaLaYsiaNa  (4.2)
Jelajah 8 : Adventure Sabah (P.3)

11-2-2013 - Day 3 

               KK ke Nabalu-Poring Hot Spring-Ranau-
            Kinabalu Park-Kundasang Market

Assalamualaikum.    


Di hari ke 3 betul-betul adventure. Kami bernasib baik kerana mendapat pemandu pelancong seorang pendaki Gunung Kinabalu rakyat Sabah.Beliau sudah beberapa kali mendaki Gunung Kinabalu.

Sebelum sampai ke Poring Hot Spring kami diberi penerangan serba sedikit mengenai teknik pendakian bukit yang curam serta licin.

Lawatan kali ini amat berbeza dengan lawatan kali pertama dulu kerana cuaca hujan serta pemandangan berkabus seolah-olah kami berada di England

Pengalaman yang amat menyeronokkan ini harus dirasai oleh keluarga yang berhasrat bercuti ke Sabah.

Jom kita ke Poring Hot Spring...jom..jom.

11.2.2013 - Day 3

3.1 Pekan Nabalu Market (local product)
3.2 Poring Hot Spring (Butterfly Farm,Poring Orchid
Conservation Centre,Tropical Gardens, Poring Canopy Walkway)
3.3 Makan Tengahari (Lauk Daging Rusa)
3.4 Melihat Bunga Rafflesia Di Ranau
3.5 Kinabalu Park (The Worl Nature Heritage Site) 
3.6 Kundasang Market (Fruit and Vegetable)


Selepas breakfast di Hotel Shangri-La kami terus bertolak  jam 7.40 pagi bersama pemandu pelancong......dan tiba ke Poring Hot Spring  1jam 30minit kemudian....jom...tengok


RONDA-RONDA HARI KE 3
 Bertolak dari KK jam 7.40 pagi
 Singgah di Pekan Nabalu (local product)
Berbagai-bagai hasil kraf tangan penduduk asli Sabah yang unik
dan mengkagumkan yang boleh dijadikan cenderahati.




 Perjalanan ke  Poring Hot Spring dengan keadaan kabus tebal
memberikan satu suasana berlainan.Kenderaan hanya dapat
bergerak 35km/jam

Tiba di Poring Hot Spring jam 9.40 pagi.


JUNGLE TRACKING PADA KETINGGIAN 550M
Selepas melalui kolam air panas kami teruskan aktiviti jungle tracking
Penulis bersama family serta pelancong lain.

Baru sampai di ketinggian 300m dari paras laut.
Jungle Tracking diteruskan
Akhirnya sampai di puncak yang di tuju 550m dari paras laut


MENAIKI JAMBATAN GANTUNG
Bersiap Sedia Menaiki Jambatan Gantung menaiki tangga....'really adventure'
Mula-mula seram sejuk gak dibuatnya.....bila tengok pemandangan...lega.
Pelancong beratur melintasi Jambatan Gantung pada ketinggian
550m dari aras laut....ngeri gak di buatnyer.
Nur Fatehah mendahului yang lain...berani dan cekal.
Berlepas dari deck 1 ke deck 2.




M.Firdaus
M.Faris
Puhhh...legaaa...dah sampai di deck ke 2
Satu kepuasan jelas terbayang di wajah mereka.
Mama Jun dan Tihah berhenti sebentar menikmati pemandangan 
hutan Sabah dari ketinggian 550m dari aras laut.

Pemandangan dari deck 2 pada ketinggian 550m dari paras laut.Oleh kerana hujan maka
pemandangan nun jauh di sana agak kabur
M.Faris dengan senyum lebar memberanikan diri melintasi Jambatan Gantung.
Pemandangan yang menakjubkan...nun jauh di sana perkampungan penduduk Sabah

Selesai melintasi Jambatan Gantung. Di belakang kami adalah deck 2 serta kedudukkan 
Jambatan Gantung beserta kemudahan tangga untuk turun. 
Kami meninggalkan Jambatan Gantung jam 12.30 ptg
dan turun dari kaki bukit.Menuruni bukit mengambil masa 
yang agak lama memandangkan track yang licin dan curam



MAKAN TENGAHARI BERLAUK RUSA (LUNCH)
Hidangan Daging Rusa yang manis dan enak
Masakan Kadasan Daging Rusa memang ada umhhh,,,
Selepas kami menuruni pendakian iaitu di Hot Spring, barulah
terasa lapar.Kami disajikan Lauk-pauk masakan Kadasan Dusun
yang enak dengan Daging Rusa serta sayur-sayuran segar terus
dari kebun.


Selepas disajikan Masakan Kadasan Daging Rusa kami berehat sebentar sambil membelek-belek kraf tangan asli Sabah sementara menunggu bas pelancong untuk ke kawasan hidupan Bunga Rafflesia........

bersambung.......




Rabu, 16 Disember 2015

MALAYSIANA (4.1) KOTA KINABALU SABAH (2)

MaLaYsiaNa  (4.1)
Jelajah 8 : Adventure Sabah (P.2)

10-2-2013 - Day 2 

                  Ronda-Ronda di Bandar Kota Kinabalu (KK) 

Assalamualaikum.    


Untuk hari ke 2 di KK, kami masih diberi kebebasan untuk ke mana saja oleh pemandu pelancongan sebelum ke Kaki Gunung Kinabalu pada hari ke 3 esok....simpan tenaga.

Kami belima beranak ronda habis, jalan, makan, minum hingga malam...maklumlah first time bersama keluarga ke KK.

Kedudukkan Hotel Shangri-La di tengah-tengah bandar KK memudahkan kami ke sana-sini tanpa menaiki kenderaan.

Jom kita share...

10.2.2013 - Day 2

2.1 Ronda-Ronda Di Bandar KK
2.2 Ke Filipina Market
2.3 Kompleks Suria Sabah
2.4 Centre Point Sabah
2.5 Promenade dan Jeti
2.6 Makan-makan di Restoran Tepi Pantai

Selepas breakfast kami terus ronda-ronda di bandar KK.Di sini jam 7.30 pagi dah terang...setengah jam awal. Jadi jam 9 pagi kami dah mula menapak ke arah pantai KK.

Ronda-Ronda Di Bandar Kota Kinabalu 

Pemandangan Di Bandar KK

Di Promenade, KK

Promenade
Jeti, KK








Centre Point Sabah yang menerapkan
 Konsep 'Vertical Garden Concept'


Suria Sabah Shopping Kompleks



Penulis di Jeti KK







Filipino Market - 9.30 malam


Tepat jam 9.30 malam kami kembali ke hotel penginapan selepas makan di gerai makan bersebelahan Filipina Market.
Kami kena tidoq awai sebab esok nak ke kaki Gunung Kinabalu (Hot Spring).........

12-2-2013 - Day 3

3.1 Nabalu Market (ketinggian 1000m)
3.2 Kundasang Market
3.3 Hot Spring - aktiviti mendaki bukit (jungle tracking)
                          (ketinggian 500m)
                        - menaiki jambatan gantung 
                          (ketinggian 550m)
3.4 Melawat tempat kehidupan Bunga Rafflesia 
3.5 Menaiki Jambatan Gantung Tamparuli
3.6 Melawat Rumah Terbalik


Bersambung...........


























Selasa, 15 Disember 2015

MALAYSIANA (4) KOTA KINABALU SABAH (1)

MaLaYsiaNa  (4)
Jelajah 8 : Adventure Sabah (P.1)

9,10,11,12-2-2013 (4H 3M) 

                  Kota Kinabalu SABAH Malaysia Timur

Assalamualaikum. salam sejahtera, salam 1 Sabah, salam 1 Malaysia dan salam 1 Dunia. Terimakasih kerana masih bersama saya.


Jika sebelum ini saya ke Kuching Sarawak, kali ni saya nak share ke Sabah iaitu di Utara Sarawak.Ini adalah kali ke 2 saya ke Sabah.Kali pertama mengikuti office trip (nanti saya share).Walaupun dah hampir 2 tahun berlalu tapi rasanya baru je semalam ke sana.


Seronok betul ke Sabah, melihat Gunung Kinabalu serta mendaki  kaki Gunung Kinabalu (Hot Spring) setinggi 500m..betul-betul adventure serta melihat Bunga Reffsilia kembang mekar...besar plak tu..serta menjamu daging rusa....jom join..jom...

penjelajahan yang 'really adventure' !!!.

9.2.2013 - Day 1

1.1 Ronda-Ronda Di Bandar KK
1.2 Signal Hill Observatory Tower


Ke Kota Kinabalu SABAH Malaysia Timur

Sabah di Peta Dunia


 (https://www.google.com)


Perlepasan...dari KLIA 2 - 10.30 pagi




Di Awan Biru
Di Ruang Angkasa PUTRAJAYA




Sampai Di KK - 1.00 ptg.


Hotel Penginapan



Cantikkkk...bersih dan puas hati.Keddukkan di Pusat Bandar
Kota Kinabalu...5 minit menapak ke kawasan pantai.


Ronda-Ronda Di Bandar KK
Oleh kerana kami sampai awal maka kami ambil peluang ronda-ronda di Bandar Kota Kinabalu tambahan pula hotel penginapan kami terletak beberapa meter dari laut.Kami ke sini menggunakan pakage sempena Tahun Baru Cina.

Kami hanya ronda-ronda di kawasan berhampiran kerana kami pertama kali bersama keluarga ke KK.Simpan tenaga untuk ronda hari ke 2.

Kota Kinabalu City Map-Tanda Bulatan adalah Menara Tinjau 
tempat kami melawat
Menara Tinjau tempat para pelancong menikmati pemandangan
Bandar Kota Kinabalu 
(Signal Hill Observatory Tower)


10.2.2013 - Day 2

2.1 Jalan-Jalan ke Filipina Market
2.2 Komplek Suria Sabah
2.3 Makan di Seafood Restaurant Jeti
2.4 Ronda di Persisiran Pantai KK


Bersambung.............






Isnin, 14 Disember 2015

MALAYSIANA (2.7) BUAH BETIK UBAT DEMAM PANAS

MaLaYsiaNa  (2.7)
Jelajah 6 : Sana Sini

Isnin 14-12-2015



                  Buah Betik Ubat Demam Panas


Assalamualaikum,


Pagi tadi anak perempuan saya mengadu demam. Bila ibunya memeriksanya didapati suhu badannya naik mendadak.

Saya terus ke Giant SS9 Shah Alam mencari Buah Betik untuk dijadikan ubat bagi menurunkan suhu badannya.

Buah Betik sangat mujarap kerana anak perempuan saya ini pernah dihinggap demam denggi tahun lepas. Alhamdulillah dengan mengamalkan meminum Jus Buah Betik yang dibuat sendiri beliau dapat keluar dari Hospital Kelang dengan segera.

Jom share cara menyediakan jus buah betik...mudah dan cepat serta murah.


                Jus Buah Betik                 
Buah Betik yang di beli dari Pasaraya

Dibuang kulit dan dipotong serta
dimasukkan ke dalam blander untuk
dimesin dan dijadikan Jus Buah Betik.
Sebaiknya dicari Buah Betik Muda
iannya lebih mujarab.

Buah Betik setelah dimesin

Air Jus Betik tersedia untuk diminum.
Sebaiknya minum begitu saja tanpa gula
ianya lebih mujarab.



Resepi perubatan nenek-moyang kita yang mudah dan  ringkas serta menjimatkan ini harus dipraktikkan dan dipertahankan kerana kadang-kala ia mampu menyayingi perubatan moden.

Peringatan : Berhenti menggunakan Jus Buah Betik bila penyakit telah sembuh kerana pengambilan secara berlebihan akan menurunkan tekanan darah...harap maklum.



                 "Tiap-Tiap Penyakit Itu Ada Ubatnya'
                                       Selamat Mencuba