PELAWAT

Ahad, 7 Februari 2016

JELAJAH MELAKA (3) - BANDAR MELAKA

Assalamualaikum. 


Dari Melaka Ke Kota Linggi 
Untuk Memetik Buah Melaka
Mari Kita Ronda-Ronda Lagi
Kali Ini Ke Bandar Melaka


Pada 7 Julai 2008, Melaka telah dipilih oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia (World Heritage City) yang sarat dengan sejarahnya dari pemerentahan Kesultanan Melayu Melaka hinggalah penjajahan Portugis pada tahun 1411. Hingga ke hari ini ianya masih dipelihara untuk tatapan jenerasi akan datang.


MASJID NEGERI MELAKA- Masjid Al-Azim
Mempunyai ciri-ciri Senibina Cina hasil kedatangan Puteri Hang Li Po
ke Melaka kira-kira 400-600 tahun dahulu.




Melaka World Heritage City, Banda Hilir

Diistiharkan Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada 7 Julai 2008

Sungai Melaka

Sungai Melaka meninggalkan 1001 kenangan lipatan sejarah Negeri Melaka.

Replika Kapal Portugis mengingatkan Sejarah kedatangan Portugis
ke Melaka pada tahun 1411.


Menara Tamingsari Banda Hilir

 Pejabat Pengurusan Menara Tamingsari bercirikan Senibina Melayu Melaka
Zaman Pemerintahan Sultan Melaka





Pemandangan Menara Tamingsari yang memberi peluang kepada pelancong menikmati 
keindahan Bandar Tapak Warisan Dunia melalui menara berputar 360 darjah


Menara Tamingsari memberi peluang kepada pelancong dalam maupun luar negara menikmati pemandangan Tapak Warisan Dunia dari atas melalui 360 darjah pemandangan.

Lokasi Melaka
Kedudukan Melaka
(https://www.google.com)

Melaka Bandaraya Bersejarah
(https://www.google.com)

Bandar Melaka (Malacca City)
(https://www.google.com)


Tiap Hari Bangun Pagi
Jangan Lupa Gosok Gigi Dulu
Ada Cerita Banyak Lagi
Harap Jangan Pergi Dulu

.....To Be Continued.....


Jumaat, 5 Februari 2016

SUATU PETANG DI BATU TIGA LEBUHRAYA PERSEKUTUAN KL-SHAH ALAM

Assalamualaikum. 

Pemandangan yang menarik pada 3.2.16 kira-kira jam 7.19 ptg on the way balik ke Shah Alam dari KL. Kenderaan terpaksa bergerak perlahan 30km/jam di sebabkan pancaran matahari ibarat spot-light memancar terang. Ramai pemandu mengambil peluang merakamkannya.








Pemandangan waktu petang di Lebuhraya Persekutuan KL-Shah Alam.

BOLA BOLA BOLASEPAK (9)

Assalamualaikum. 

NGETIH BERSAMA MEHMET DURAKOVIC DAN ANUAR

Tengah lepak-lepak dan ngetih di Starbucks SS 9 Shah Alam untuk update blog saya, terserempak dengan bekas coach pasukan bolasepak Selangor Mehmet Durakovic....apalagi sembang sakan dan beliau tumpang charge hp kat komputer saya.

Sebenarnya beliau masih berminat untuk melatih pasukan di Malaysia khasnya Selangor tapi apakan daya rezeki tak panjang bersama Selangor.....katanya. Namun dia tetap tinggal di Shah Alam dan berat untuk meninggalkan bolasepak Malaysia yang penuh dengan warna-warni tambahan pula beliau baru saja mendakap Piala Malaysia bersama Selangor.

Beliau begitu peramah walaupun pertama kali berjumpa...apalagi posing sakan lah kami. Sebaik sahaja rakannya Anuar tiba beliau terus beredar meninggalkan saya dan sambung bersembang bersama Anuar iaitu bekas pemain Selangor dan Malaysia.

Selepas beliau habis sembang bersama Anuar beliau sambung pula sembang bersama saya. Memang kedua-duanya peramah.



NGETIH BERSAMA MEHMET DURAKOVIC

Penulis bersama Mehmet

Mehmet ketika bersama Selangor

Bersama Mehmet dan Anuar














Khamis, 4 Februari 2016

JELAJAH KUALA LUMPUR (1) CENTRAL MARKET

Assalamualaikum. 

Kuala Lumpur merupakan ibu negara Malaysia. Asalnya adalah sebuah kuala yang berlumpur hinggakan menjadi salah satu destinasi pelancong terkemuka di dunia.

Menjelajah Kuala Lumpur adalah menjadi idaman seluruh pelancong samada dari dalam maupun luar negara. 

Dari e-mail yang saya terima ramai pelancong terutama dari Mexico, Singapura, Romania, UAE, Poland, Jerman dan Amerika Syarikat meminta saya menyiarkan suasana sekitar Kuala Lumpur kerana mereka berhasrat mengunjungi negara ini terutama yang tidak pernah sampai ke sini.

Bermula dari Central Market, Kuala Lumpur, saya mengajak pembaca dari serata pelusuk dunia menghayati Kota Kosmopolitan Kuala Lumpur yang pesat membangun setanding dengan kota-kota besar lain di seluruh dunia.


Ronda-Ronda di Central Market 


PEMANDANGAN DI SEKITAR 
CENTRAL MARKET KUALA LUMPUR 










 Di hadapan Central Market


Central Market pada asalnya hanyalah sebuah pasar menjual ikan serta keperluan lain seperti ayam, daging, sayur-sayuran dan sebagainya. Bagi mengimbangi pembangunan yang pesat membangun di sekelilinginya maka beberapa buah syarikat telah mengambil inisiatif membangunkannya hingga menjadi pusat tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Kini berbagai hasil kraf tangan rakyat Malaysia boleh didapati di Central Market.


Info Central Market

1) Tourist Attraction
2) Cultural heritage with restored art deco facade offering
    shopping eateries & an outdoor stage
3) Address : Jalan Hang Kasturi 50050 Kuala Lumpur
    Wilayah Persekutuan Malaysia
4) Location : Central Market, Kuala Lumpur

 ( https://www.google.com )



5) Kuala Lumpur 

 ( https://www.google.com )






BOLA BOLA BOLASEPAK (8) NOSTALGIA 80an

Assalamualaikum.  

FILEM OLA BOLA WAJIB DITONTON

Bila tonton filem Ola Bola ...teringat zaman kegemilangan pasukan bolasepak Malaysia di era 80an iaitu pada zaman Mokhtar Dahari, Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh dan ramai lagi. Masa tu Korea Selatan dan Jepun sayur bagi Malaysia. Kali terakhir saya menyaksikan Malaysia mengalahkan Korea Selatan di Stadium Merdeka tahun 1986...mak aiii...kul 4 ptg stadium dah penuh.

Filem Ola Bola ini wajib ditonton oleh peminat dan pemain bolasepak terutama Pasukan Harimau Malaysia kerana mereka berjuang demi bolasepak negara dan bukan semata-mata wang dan ringgit.

Terdapat babak sedih dak kelakar. Pengarah telah berjaya menyatupadukan rakyat Malaysia berbilang bangsa dengan lakonan watak dari 3 bangsa utama Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India.

Saya boleh katakan filem wajib tonton 2016 kerana baru 4 hari pelancaran telah mencecah RM 2.5 juta.

Diharap semua pemain Piala Malaysia dan penonton ke panggung menonton.



FILEM OLA BOLA


Filem wajib tonton tahun 2016
(KOSMO-4.2.16)




Selamat menonton.

BUSINESS ONLINE BERTAMBAH

Assalamualaikum. 

Nampaknya Business Online semakin rancak berkembang di Malaysia. Pagi ni terbaca di Kosmo tentang pertambahan membeli-belah secara online terutama di Musim Perayaan Tahun Baharu Cina dan Hari Kekasih yang bakal disambut.

Antara kelebihan Business Online mengikut survey yang dijalankan ;

1) Jimat masa
2) Jimat wang ringgit...petrol, parking, tol, makan-minum
3) Banyak pilihan
4) Trend Baharu terutama muda mudi
5) Menemui banyak kenalan di internet
6) Mendapat maklumat lebih mengenai barang yang hendak
    dibeli melalui rakan internet

Tidak hairanlah kini business online memberi pulangan lumayan.



Keratan KOSMO NIAGA


Keratan Kosmo Niaga - 4.2.16










Rabu, 3 Februari 2016

JELAJAH MELAKA (2)

Assalamualaikum. 


Hang Tuah Pahlawan Melayu Yang Dikenali
Sanggup Berjuang Walaupun Menumpahkan Darah 
Jom Kita Sambung Kembali
Ke Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah


Melawat Melaka bermakna melawat Malaysia. Kali ini saya berpeluang merakamkan penjelajahan saya ke bumi Hang Tuah tempat tumpahnya darahku.

Pendekkan cerita Sabtu lepas balik ke Melaka ada sikit urusan kerja. Dari Shah Alam terus ke Jasin Melaka. Jam 8 pagi Ahad selepas hantar Bonda ke Masjid Jasin saya terus ke MYDIN Jasin Bistari mengeteh, pekena roti canai bersama telor masak 2 biji. Tak tau nak kata kalu mamak ni balik India...jawapnyer makan Jemput-Jemput dan Lempenglah kita. Mungkin telah ditakdirkan kedai mamak tempat melayu ngetih.....tanpa Melayu siapalah Mamak.



NGETIH DI MYDIN JASIN, JASIN BISTARI

 

 Pekena Roti Canai + Telor Setengah Masak
Sambil baca BH Ahad

Sambil Ngetih menikmati pemandangan
Gunung Ledang di Sagil Johor yang jelas
kelihatan dari Supermarket Maidin Jasin.



KE BANDAR MELAKA

Selepas ngetih saya terus ke Bandar Melaka.Dalam perjalanan ke Bandar Melaka sempat snap sana sini untuk dikongsikan bersama pembaca.

Bangunan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Bangunan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Melaka Mall
Melaka Mall


Kalau Makan Durian Biar Sampai Habis
Klau Tidak Nanti Rugi
Kalau Saya Cerita Lagi Pun Tak Akan Habis
Esok Lusa Nanti Kita Sambung Lagi