PELAWAT

Khamis, 4 Februari 2016

JELAJAH KUALA LUMPUR (1) CENTRAL MARKET

Assalamualaikum. 

Kuala Lumpur merupakan ibu negara Malaysia. Asalnya adalah sebuah kuala yang berlumpur hinggakan menjadi salah satu destinasi pelancong terkemuka di dunia.

Menjelajah Kuala Lumpur adalah menjadi idaman seluruh pelancong samada dari dalam maupun luar negara. 

Dari e-mail yang saya terima ramai pelancong terutama dari Mexico, Singapura, Romania, UAE, Poland, Jerman dan Amerika Syarikat meminta saya menyiarkan suasana sekitar Kuala Lumpur kerana mereka berhasrat mengunjungi negara ini terutama yang tidak pernah sampai ke sini.

Bermula dari Central Market, Kuala Lumpur, saya mengajak pembaca dari serata pelusuk dunia menghayati Kota Kosmopolitan Kuala Lumpur yang pesat membangun setanding dengan kota-kota besar lain di seluruh dunia.


Ronda-Ronda di Central Market 


PEMANDANGAN DI SEKITAR 
CENTRAL MARKET KUALA LUMPUR 










 Di hadapan Central Market


Central Market pada asalnya hanyalah sebuah pasar menjual ikan serta keperluan lain seperti ayam, daging, sayur-sayuran dan sebagainya. Bagi mengimbangi pembangunan yang pesat membangun di sekelilinginya maka beberapa buah syarikat telah mengambil inisiatif membangunkannya hingga menjadi pusat tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Kini berbagai hasil kraf tangan rakyat Malaysia boleh didapati di Central Market.


Info Central Market

1) Tourist Attraction
2) Cultural heritage with restored art deco facade offering
    shopping eateries & an outdoor stage
3) Address : Jalan Hang Kasturi 50050 Kuala Lumpur
    Wilayah Persekutuan Malaysia
4) Location : Central Market, Kuala Lumpur

 ( https://www.google.com )



5) Kuala Lumpur 

 ( https://www.google.com )






Tiada ulasan: