PELAWAT

Sabtu, 13 Februari 2016

JELAJAH KUALA LUMPUR (4) JALAN MASJID INDIA

Assalamualaikum. 

...sambungan....


KE JALAN MASJID INDIA

Sambungan dari episod ke 3, saya meneruskan perjalanan ke Jalan Masjid India. Di sini terdapat juga Perjalankaki Tertutup (Corvered Walkway) seperti di Kasturi Walk Central Market di mana pelawat boleh membeli belah dan cenderahati di gerai-gerai yang berniaga di sepanjang Corvered Walkway. Pembaca boleh juga lawati konsep yang sama di Petaling Street kira-kira 10minit berjalan kaki dari Jalan Masjid India iaitu tidak berapa jauh dari Kasturi Walk.

Gerai-gerai di kiri kanan di sepanjang Perjalankaki Tertutup ini senantiasa di penuhi pengunjung dan sesak sepanjang masa terutama di hujung minggu. Ianya adalah kesinambungan dari Kasturi Walk dan Petaling Street (akan di ceritakan di episod akan datang)

Perjalankaki Tertutup (Corvered Walkway) ini kebanyakkannya adalah peniaga Melayu yang dikumpulkan di sekitar Wisma Yakin. Di penghujung Perjalankaki Tertutup ini bermulanya Jalan Masjid India di mana terdapatnya perniaga-perniaga India yang berhijrah ke Tanah Melayu beratus tahun dahulu. Suasana perniagaan komuniti India ini menjadi aset Industri bernilai kepada Industri Pelancongan Malaysia tambahan pula dasar kerajaan yang sentiasa mengeratkan perhubungan Malaysia-India merancakkan kedatangan pelancong ke Malaysia.




Pintu masuk ke Jalan Masjid India melalui Jalan Melayu dari Jalan Tun Perak.




 




 Jalan Melayu

Kelihatan Perniaga-perniaga di kiri kanan di Pejalankaki Tertutup (Corvered Walkway)
sibuk menjalankan perniagaan.

Pemandangan di penghujung Pejalankaki Tertutup (Corvered Walkway)
di mana bermulanya Jalan Masjid India yang menempatkan perniga India.
Pejalankaki Tertutup ini adalah sebahagian Jalan Masjid India.

Masjid India terletak di penghujung Perjalankaki Tertutup (Corvered Walkway)
Ianya menjadi mercu tanda Jalan Masjid India.



.......bersambungan.....




Tiada ulasan: