Assalamualaikum.
Kini Saya Datang Lagi
Sambung Cerita Minggu Lepas
Mari Kita Ronda-Ronda Lagi
Supaya Cerita Peninggalan Portugis Tidak Terlepas
Kini Saya Datang Lagi
Sambung Cerita Minggu Lepas
Mari Kita Ronda-Ronda Lagi
Supaya Cerita Peninggalan Portugis Tidak Terlepas
Kali ini kita ke Bukit St. Paul, Banda Hilir melihat peninggalan penjajahan Portugis terhadap Melaka pada tahun 1411. Peninggalan Kota A' Famosa di Banda Hilir adalah bukti yang jelas tentang penjajahan Portugis terhadap Melaka.
Bangunan A' Famosa ini masih berdiri teguh walaupun sudah berumur melebihi 600 tahun. Ianya merupakan lambang sejarah Negeri Melaka di mana ianya sering kelihatan di media cetak maupun di media elektronik.
Melaka semakin dikenali dunia sebaik sahaja diistiharkan Tapak Warisan Dunia pada 7 Julai 2008. Kini Melaka telah menjadi Bandar Berkembar Portugal.

KENANGAN PORTUGIS MENYERANG MELAKA
Replika Kapal Lanun Menyerang Melaka 600 Tahun dahulu.
Suasana Sejarah di mana Melaka diserang Portugis
Replika Kapal Lanun
Poster yang cuba menarik minat persembahan sejarah lanun menyerang Melaka
Replika kapal lanun di hadapan Kota A' Famosa sebagai simbolik mengingatkan kembali serangan lanun ke Negeri Melaka semasa pemerintahan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.
Di sini kita boleh menyaksikan secara live drama lakonan di zaman silam semasa lanun menyerang Melaka.
KOTA A' FAMOSA PENINGALAN PORTUGIS
DI BUKIT ST. PAUL
Kota A' Famosa peninggalan penjajah Portugis
(berhadapan replika kapal lanun)
Pemandangan dari Bukit St.Paul menunjukkan Kota A' Famosa
berhadapan dengan Replika Kapal Lanun bertujuan mengingatkan
kembali tentang penjajahan Portugis terhadap Melaka pada tahun 1411.
Lokasi A'Famosa
Setiap Cerita Pergi Dan Datang
Harap Bersabar Adik Dan Abang
Jangan Lupa Di Episod Akan Datang
Ke Bukit St. Paul Kita Terbang
....Bersambung....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan