PELAWAT

Sabtu, 13 Februari 2016

JELAJAH MELAKA (7) SUNGAI MELAKA

Assalamualaikum. 

Pemandangan Sungai Melaka

Sungai Melaka yang merintangi Bandar Melaka adalah merupakan satu sistem pengangkutan utama di zaman kegemilangan Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka kira-kira 600 Tahun dahulu. Ianya terbukti dengan kewujudan Tapak Warisan Dunia seperti Bukit St. Paul yang terletak bersebelahan Sungai Melaka.

Kini pemeritahan Kerajaan Melaka telah menaik taraf Sungai Melaka sehinggakan ia menjadi salah satu destinasi pelancongan yang utama iaitu menyusuri Sungai Melaka. Berbagai-bagai aktiviti telah diadakan di Sungai Melaka bagi menaikkan lagi taraf sebagai aset pelancongan terkemuka dunia.



PEMANDANGAN SEKITAR SUNGAI MELAKA
 Sungai Melaka

Pemandangan di Jalan Laksmana di tepi Sungai Melaka
 Kedudukkan Bangunan menunjukkan Sungai Melaka menjadi sistem pengangkutan 
utama di Zaman Kesultanan Melayu Melaka 600 Tahun lampau.

 Replika Kincir Angin di tebing Sungai Melaka menghidupkan suasana 
Pandangan Sungai Melaka dari Jalan Quayside
Pemandangan sebuah hotel di Tebing Sungai Melaka

Kedudukkan Sungai Melaka merentasi Tapak Warisan Dunia

Penulis di jambatan bersebelahan Tower Square

Pemandangan dari jambatan di Tower Square


Keindahan dan suasana nyaman di tebing Sungai Melaka membuka selera kepada
para pelancong untuk mejamu selera.


Penulis menikmati cendul di tebing Sungai Melaka sambil menyaksikan
bot-bot melalui Sungai Melaka


Hasil inisiatif Kerajaan Melaka maka kini suasana dan persekitaran Sungai Melaka setanding dengan tempat-tempat seumpamannya seperti di Venice dan Kota London. Boleh dikatakan berjuta pelancong datang ke Tapak Warisan Dunia ini samada pelajar, pengiat sejarah maupun para profesional.















Tiada ulasan: