Assalamualaikum.
Setiap Janji Perlu Ditunaikan
Kini Sambung Cerita Lagi
Peninggalan Sejarah Portugis Amat Mengasyikkan
Ke Bukit St. Paul Jom Kita Pergi
Kali ini kita mendaki ke puncak Bukit St. Paul, Banda Hilir melalui pintu masuk di Kota A' Famosa melihat peninggalan penjajahan Portugis terhadap Melaka pada tahun 1411 yang penuh dengan sejarah yang begitu unik untuk dikaji, diselidik dan dihayati oleh jenerasi kini. Di sinilah terletaknya kubu kuat Portugis iaitu tempat yang paling tinggi dan strategik di muara Sungai Melaka.
Terlalu banyak artifak peninggalan penjajah untuk dihayati oleh pengkaji sejarah dunia seperti kubur Belanda serta Kubu Portugis yang masih kukuh.
Kedudukkan Bukit St. Paul memberi siri pemandangan yang menarik di sekitar Tapak Warisan Dunia terutama ke arah Laut Selat Melaka yang menyimpan 1001 kenangan 600 Tahun silam. Mengikut sejarah, Melaka pernah dijajah Portugis, Belanda, Jepun dan pernah dilawati oleh Hang Li Po dari China dimana Melaka adalah pusat dagangan dunia di waktu itu. Peninggalan sejarah ini menjadi daya tarikan Negeri Melaka kini dan dapat menarik beribu-ribu pelancong dari seluruh pelusuk dunia.
Jumpa lagi di episod akan datang.

PEMANDANGAN DI PUNCAK BUKIT ST. PAUL
KUBU KUAT PORTUGIS
Kota A'Famosa adalah pintu masuk ke Puncak Bukit St.Paul
Tangga naik ke puncak Bukit St.Paul dari Kota A'Famosa iaitu kubu Portugis
Pemandangan Kota Kubu A'Famosa dari kaki Bukit St.Paul
Kubu Portugis di puncak Bukit St.Paul masih berdiri megah
Peninggalan Kubur Belanda di puncak Bukit St.Paul
Tangga ke Puncak Bukit St.Paul
Pintu masuk ke Kubu Portugis di puncak Bukit St.Paul
Pemandangan Menara Tamingsari serta Selat Melaka dari Puncak Bukit St.Paul
Menara Tinjau (Rumah Api) bersebelahan Kubu Portugis
Papan Tanda Arah bagi kemudahan pelancong
Pemandangan bahagian dalm Kubu Portugis
ARTIFAK PENINGGALAN PORTUGIS
DI KUBU BUKIT ST.PAUL
Batu Nisan Penanda Wira Portugis yang telah meninggal
Tempat menyimpan peluru meriam yang diperbuat dari batu keras.
LOKASI BUKIT ST.PAUL
Banyak Cerita itu Dan Ini
Ada Cerita Baru Setiap Hari
Setakat Itu Untuk Hari Ini
Jumpa Lagi Di Lain Hari
Jumpa lagi di episod akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan