PELAWAT

Isnin, 15 Februari 2016

JELAJAH ARKITEK (10) MENYUSURI SUNGAI MELAKA

Assalamualaikum. 

Menyusuri Sungai Melaka Dari Jambatan Di Jam Besar 
Di Tebing Jalan Laksamana, Town Square Sehingga Jalan Temenggong

Kali ini penulis memfokaskan tentang Sungai Melaka yang merupakan sistem pengangkutan utama di Zaman Kesultanan Melayu Melaka 600 tahun dahulu.

Memang mengkagumkan bila berkunjung dan menyusuri Sungai Melaka yang jauh berbeza semasa penulis di zaman persekolahan dulu. Waktu itu gigi air laut berada di hujung Padang Pahlawan. Kini Padang Pahlawan lenyap ditelan arus pembangunan dan segala-galanya telah bertukar sekelip mata. 

Kebersihan Sungai Melaka telah menarik minat ramai pelancong untuk menyusurinya serta bersiar-siar sambil melihat dan melambai-lambai ke arah bot yang membawa penumpang ke hulu sungai. Di samping itu ada juga sempat menjamu selera di gerai di tebing Sungai Melaka.



SUNGAI MELAKA

Pemandangan Sungai Melaka dari salah satu  jambatan yang
 merentangiSungai Melak berhampiran Menara Jam di Town Square

Sebuah bot yang sarat dengan pelancong mudik ke hulu ke destinasi menarik

Bangunan lama di tebing Sungai Melaka memberi daya tarikan tersendiri

Kebersihan dan kejernihan Sungai Melaka menjana pendapatan kepada
pengusaha bot, pengerai dan Industri Pelancongan Melaka




Pelancong sanggup berjalan kaki berbatu-batu demi mengecapi keindahan Sungai Melaka








Restoran


Restoran
Sungai Melaka menjana pendapatan kepada peniaga restoran dan gerai.


 Jambatan Jalan Temenggong




Penulis sempat bergambar di hadapan Sungai Melaka

Pemandangan di atas adalah sebahagian dari pemandangan Sungai Melaka yang di ambil di persisiran Town Square, Jalan Laksmana sehingga persimpangan Jalan Temenggong. Penulis akan siarkan lebih banyak pemandangan Sungai Melaka di masa akan datang.

Dengan kebersihan di sekitarnya serta airnya yang bersih kini Sungai Melaka menjadi salah satu Ikon serta daya tarikan ke Negeri Melaka di samping peninggalan sejarah Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dan penjajah.

Kini Sungai Melaka menjana pendapatan kepada pengusaha-pengusaha bot yang membawa pelancong ke hulu serta ke tempat-tempat menarik sepanjang Sungai Melaka.

Keindahan Sungai Melaka kini setanding dengan tempat-tempat menarik dunia seumpamanya misalnya Canal Creek Dubai yang pernah dilawati penulis.


GERAI DI TEBING SUNGAI MELAKA
dan Di TOWN SQUARE

 Pelancong menikmati Cendol Melaka sambil melihat bot mudik ke hulu.
 Gerai Cendol
Penulis sempat pekena semangkuk Cendul....emmm sodappp.
di Town Square

Keindahan dan kebersihan Sungai Melaka mampu menarik pelancong untuk menjamu selera di gerai-gerai yang di tempatkan di tepi Sungai Melaka di sepanjang Jalan Laksmana.




LOKASI LAWATAN PEMBACA DI TEBING SUNGAI MELAKA DI SEPANJANG JALAN LAKSAMANA,
JALAN TEMENGGONG DAN TOWN SQUARE

Peta Bandar Melaka beserta Tapak Warisan Dunia 




Penulis di Canal Creek Dubai UAE. Kini Sungai Melaka
setanding dengan terusan tersebut.






Tiada ulasan: