PELAWAT

Jumaat, 19 Februari 2016

JELAJAH ARKITEK (13) MENYUSURI SUNGAI MELAKA (4)

Assalamualaikum. 

Menyusuri Sungai Melaka Dari Jambatan Kampong Jawa
Ke Jambatan  Pasar

Rondaan bermula dari Jambatan Kampong Jawa menyusuri tebing Sungai Melaka. Suasana di sekeliling sunggu menakjubkan dengan keadaan air Sungai Melaka yang bersih mengamit ramai pelancong.
Rondaan bermula dari Jambatan Kampong Jawa menyusuri tebing
Sungai Melaka. Suasana di sekeliling sunggu menakjubkan dengan
keadaan air Sungai Melaka yang bersih mengamit ramai pelancong.

Kelihatan Restoran Line Clear di tebing Sungai Melaka dipenuhi pengunjung. Kedudukkannya di tebing Sungai Melaka sungguh menyelerakan pengunjung.
Kelihatan Restoran Line Clear di tebing Sungai Melaka dipenuhi pengunjung.
Kedudukkannya di tebing Sungai Melaka sungguh menyelerakan pengunjung.

Kebersihan Sungai Melaka serta lokasi restoran  menyebabkan ianya sentiasa dipenuhi.
Pemandangan dari Restoran Line Clear Kampong Jawa.
Kebersihan Sungai Melaka serta lokasi restoran 
menyebabkan ianya sentiasa dipenuhi.

Pemandangan Jambatan Kampong Jawa dari Restoran Line Clear.

Penggunaan pokok bunga berbau harum menyerikan keadaan sekeliling

Bangunan yang dibaik pulih di sepanjang laluan pejalankaki 
memberi daya tarikan tersendiri.




Pergola yang dibina beserta tumbuhan menjalar mencantikkan keadaan
serta memberi teduhan kepada pejalankaki.

Kelihatan Jambatan Pasar.


Planter Box beserta pokok renek memberi teduhan
kepada pejalankaki serta tempat berehat setelah berjalan.

 Jambatan Pasar yang menghubungkan Kampong Jawa dengan kawasan bersebelahan. bayang-bayang yang terhasil di permukaan Sungai Melaka memberi daya tarikan tersendiri.
 Jambatan Pasar yang menghubungkan Kampong Jawa dengan kawasan bersebelahan.
bayang-bayang yang terhasil di permukaan Sungai Melaka memberi daya tarikan tersendiri.



LOKASI MENYUSURI SUNGAI MELAKA
Di Persisiran Sungai Dari Jambatan Kampong Jawa
Ke Jambatan Pasar

(https://www.google.com)


Episod Akan Datang :

1) Menyusuri Sungai Melaka Dari Jambatan Pasar Ke 
    Jambatan Hang Tuah
2) Menyusuri Sungai Melaka Dari Jambatan Hang Tuah 
    Ke Jambatan Old Bus Station

Dari Jambatan Temenggong Ke Jambatan Kampong Jawa
Seterusnya Ke Jambatan Pasar
Sepanjang Jalan Terjumpa Ramai Orang Jawa
Tunggu Perjalanan Seterusnya Dari Jambatan Pasar






Khamis, 18 Februari 2016

JELAJAH ARKITEK (12) MENYUSURI SUNGAI MELAKA (3)

Assalamualaikum. 

Menyusuri Sungai Melaka Dari Jambatan Temenggong
Ke Jambatan  Kampong Jawa


Jambatan Temenggong

Pemandangan dari bawah Jambatan Temenggong

Pemandangan Sungai Melaka bersih dan nyaman

Tempat pejalankaki dan bangunan di sepanjang laluan telah dibaikpulih

Jambatan Kampong Jawa

Pemandangan Sungai Melaka dari Jambatan Kampong Jawa

Pemandangan Sungai Melaka dari Jambatan Kampong Jawa.
Di sebelah kanan sungai kelihatan Restoran Line Clear.
Kebersihan dan keindahan Sungai Melaka membuka selera 
kepada pengunjung restoran.


Episod Akan Datang :

1) Menyusuri Sungai Melaka Dari Jambatan Kampong Jawa 
    Ke Jambatan Pasar
2) Menyusuri Sungai Melaka Dari Jambatan Pasar Ke 
    Jambatan Hang Tuah
3) Menyusuri Sungai Melaka Dari Jambatan Old Bus Station 
    Ke Jambatan Hang Tuah



Pergi Pasar Setiap Hari
Nak Beli Cencaluk Telupa Lagi
Cerita Belum Habis Lagi
Nanti Saya Sambung Di Lain Hari




Rabu, 17 Februari 2016

JELAJAH ARKITEK (11) MENYUSURI SUNGAI MELAKA (2)

Assalamualaikum. 

Menyusuri Sungai Melaka Dari Jambatan Temenggong
Jambatan Old Bus Station hingga Muara Sungai Melaka

Hari ini 17.2.16 penulis menyusuri kembali ke Sungai Melaka bagi menyambung cerita minggu lepas selepas urusan kerja selesai. Kali ini penulis sambung ronda-ronda menyusuri dari Jambatan Temenggong hingga Jambatan Old Bus Station dan berakhir di muara Sungai Melaka jam 7.15 petang. 

Ramai di antara pelancong yang pernah berkunjung ke sini merasa terkejut dengan perkembangan terkini Sungai Melaka yang semakin lama semakin bersih serta cantik...betul ke, betul ker ?...kita saksikan dan anda berikan kreditnya.  



MENYUSURI SUNGAI MELAKA
Mula-Jambatan Temenggong
Patah Balik-Jambatan Old Bus Station
Berakhir-Muara Sungai Melaka

Mula Ronda-Jambatan Temenggong (3.30ptg)
Menyusuri Sungai Melaka bermula di Jambatan Temenggong

Patah Balik-Jambatan Old Bus Station
Berpatah balik setibanya di Jambatan Old Bus Station

Berakhir Ronda-Muara Sungai Melaka (7.15ptg.)
Berakhir di muara Sungai Melaka







LOKASI MENYUSURI SUNGAI MELAKA
Di Persisiran Sungai Di Kampong Jawa



Asalnya Nama dari Buah Melaka
Memang Terkenal Di Seluruh Dunia
Kalau Benar-Benar Nak Lihat Keindahan Sungai Melaka
Datanglah Ke Tapak Warisan Dunia

.....bersambung....



Isnin, 15 Februari 2016

JELAJAH ARKITEK (10) MENYUSURI SUNGAI MELAKA

Assalamualaikum. 

Menyusuri Sungai Melaka Dari Jambatan Di Jam Besar 
Di Tebing Jalan Laksamana, Town Square Sehingga Jalan Temenggong

Kali ini penulis memfokaskan tentang Sungai Melaka yang merupakan sistem pengangkutan utama di Zaman Kesultanan Melayu Melaka 600 tahun dahulu.

Memang mengkagumkan bila berkunjung dan menyusuri Sungai Melaka yang jauh berbeza semasa penulis di zaman persekolahan dulu. Waktu itu gigi air laut berada di hujung Padang Pahlawan. Kini Padang Pahlawan lenyap ditelan arus pembangunan dan segala-galanya telah bertukar sekelip mata. 

Kebersihan Sungai Melaka telah menarik minat ramai pelancong untuk menyusurinya serta bersiar-siar sambil melihat dan melambai-lambai ke arah bot yang membawa penumpang ke hulu sungai. Di samping itu ada juga sempat menjamu selera di gerai di tebing Sungai Melaka.



SUNGAI MELAKA

Pemandangan Sungai Melaka dari salah satu  jambatan yang
 merentangiSungai Melak berhampiran Menara Jam di Town Square

Sebuah bot yang sarat dengan pelancong mudik ke hulu ke destinasi menarik

Bangunan lama di tebing Sungai Melaka memberi daya tarikan tersendiri

Kebersihan dan kejernihan Sungai Melaka menjana pendapatan kepada
pengusaha bot, pengerai dan Industri Pelancongan Melaka




Pelancong sanggup berjalan kaki berbatu-batu demi mengecapi keindahan Sungai Melaka








Restoran


Restoran
Sungai Melaka menjana pendapatan kepada peniaga restoran dan gerai.


 Jambatan Jalan Temenggong




Penulis sempat bergambar di hadapan Sungai Melaka

Pemandangan di atas adalah sebahagian dari pemandangan Sungai Melaka yang di ambil di persisiran Town Square, Jalan Laksmana sehingga persimpangan Jalan Temenggong. Penulis akan siarkan lebih banyak pemandangan Sungai Melaka di masa akan datang.

Dengan kebersihan di sekitarnya serta airnya yang bersih kini Sungai Melaka menjadi salah satu Ikon serta daya tarikan ke Negeri Melaka di samping peninggalan sejarah Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dan penjajah.

Kini Sungai Melaka menjana pendapatan kepada pengusaha-pengusaha bot yang membawa pelancong ke hulu serta ke tempat-tempat menarik sepanjang Sungai Melaka.

Keindahan Sungai Melaka kini setanding dengan tempat-tempat menarik dunia seumpamanya misalnya Canal Creek Dubai yang pernah dilawati penulis.


GERAI DI TEBING SUNGAI MELAKA
dan Di TOWN SQUARE

 Pelancong menikmati Cendol Melaka sambil melihat bot mudik ke hulu.
 Gerai Cendol
Penulis sempat pekena semangkuk Cendul....emmm sodappp.
di Town Square

Keindahan dan kebersihan Sungai Melaka mampu menarik pelancong untuk menjamu selera di gerai-gerai yang di tempatkan di tepi Sungai Melaka di sepanjang Jalan Laksmana.




LOKASI LAWATAN PEMBACA DI TEBING SUNGAI MELAKA DI SEPANJANG JALAN LAKSAMANA,
JALAN TEMENGGONG DAN TOWN SQUARE

Peta Bandar Melaka beserta Tapak Warisan Dunia 




Penulis di Canal Creek Dubai UAE. Kini Sungai Melaka
setanding dengan terusan tersebut.