PELAWAT

Ahad, 27 Disember 2015

MALAYSIANA (14.1) BALIK KAMPONG BENTONG PAHANG (1)

Assalamualaikum.    


Jam 8.30pagi (Isnin-21.12.15) saya bersama isteri balik jap ke Bentong jengok metua.Routine biasa setiap bulan isteri jengok family. Bila free saya juga ke Melaka jengok emak.Bersyukurlah kita punya ibu dan ayah.


Rumah metua di Kg.Ketari Bentong 68km dari KL.Orang Pantai Timur mesti selalu menggunakan laluan Bentong.  

Berbeza bila balik ke Bentong dengan ke Melaka kerana Bentong dikelilingi hutan serta bukit-bukau.Bila malam kelihatan Babi Hutan merayau-rayau di halaman rumah serta ayam hutan berkokok di pagi hari...seronok betol.

Yang menariknya di Rumah metua saya ni...ada Cat Paradise, Fish Paradise dan Fruit Paradise.Biasaler orang kampung memang rajin berkebun. Inilah rahsia mereka hidup lama serta aman damai.

Kebanyakkan orang kampung di sekitar rumah metua saya mengusahakan ternakan Ikan Patin yang begitu popular di Pahang. Mereka menternak di atas dasar minat dan bukan untuk komersial.Dah menjadi satu kebangaan dan trend orang di Pahang membela ikan Patin kerana harganya mencecah ratusan ringgit sekilogram.

Memang menyeronokkan bila balik kampong terutama anak-anak. Teringat lak masa kecik-kecik dulu kat Melaka.Balik sekolah mandi sungai, petang mandi sungai. Sabtu Ahad pu mandi sungai ...apa lagi tangkap ikan ler....Kekadang tangkap haruan dan puyu kat lubok sawah (tinggal kenangan).Pendek kata pantang free...jom mandi sungai beramai-ramai. Hahaha...mungkin pembaca di antaranya kot.

Kat sini saya nak share ngan pembaca sikit....jom kita tengok..jom ler.....(sharing is caring)



CAT PARADISE
Keluarga isteri saya ni memang peminat kucing tegar. Bayangkan beliau mempunyai 2 reban kucing belaan samada kucing sendiri atau datang entah dari mana.

Boboy dengan renungan tajamnya
Cicak...serious nampak...

Boboy and Cicak berehat di Villanya

Penulis bersama Cikey

Villa kucing disediakan bagi mengelak dari serangan
anjing liar.Ianya dikurung hanya pada waktu tertentu 
terutama waktu malam.
Di antara kucing belaan sedang menikmati makanan.
Kesemuanya adalah 22 ekor dan beberapa ekor di
mamah anjing liar.


Sebenarnya kucing adalah terapi yang amat mujarab terutama kepada warga tua.Banyak kajian telah dijalankan dan mendapati pesakit di hospital dapat dirawati dengan membawa kucing bersama mereka.

Kini aura ibu mertua telah berjangkit kepada anak perempuan saya dimana beliau bercita-cita ingin menjadi seorang Doktor Veterinar....Alhamdulillah.Sebagai bapa saya tetap memberi galakan dan sokongan.


FRUIT  PARADISE
Bapa metua saya juga aktif bertani dengan menanam sayur-sayuran dan buah-buahan.Beliau pernah memenagi pertandingan pertanian Daerah Bentong.

Penulis sedang memetik Rambutan Kuning



Rambutan Merah...manis isinya.


Terdapat berbagai-bagai jenis buah-buahan sayur-sayuran yang ditanam oleh bapa metua saya.Di antaranya ialah Durian, Manggis, Mangga, Rambutan, Nangka, Kelapa. Oleh kerana sekarang bukan musim buah-buahan, hanya rambutan sahaja menjadi tumpuan.



FISH PARADISE
Ternakan ikan air tawar juga sebahagian dari aktiviti yang dijalankan.Ianya dapat menyihatkan badan serta antara sumber makanan harian.


\Bapa metua ( En.Ismail ) sedang menjala ikan di kolam peliharaannya.




..............bersambung...........


Sabtu, 26 Disember 2015

MALAYSIANA (13) JUMAAT DI MASJID NEGERI SHAH ALAM SELANGOR

Assalamualaikum.    

Hari ini saya ke Masjid Negeri Selangor Sembahyang Jumaat. Ramai juga jemaah, maklumlah cuti umum..so ramailah datang awal. Nasib baik saya sampai kul 12.30 tengahari kalu tak kena parking kat jalan luaq.

Cuaca nampak panas dan berawan. Namun hujan turun dengan lebatnya pada jam 4 ptg. Saya balik lepas Asar sebab jumpa kawan lama Izwan di Dewan Makan Masjid cit-cat pasal komputer.

Sempat gak saya rakamkan suasana di Masjid Negeri Selangor  dengan senibinanya yang gah lagi menawan hasil idea pereka tempatan dari Jurubina Bertiga Internasional Sdn Bhd yang berilhamkan Senibina Tradisional Islam, India, Barat dan Ciri-Ciri Senibina Melayu ...jom  tengok...jom.


  PEMANDANGAN DI SEKITAR MASJID NEGERI 
SELANGOR
(Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah)

Kubah yang dikelilingi oleh empat buah Minaret menyerikan Masjid Negeri Selangor
Skylight di Pintu Masuk Utama ruang solat dari tempat wuduq utama
Pintu Masuk Utama dari Tempat Wuduq 
Kubah masjid
Kubah terbesar di dunia. 300 kaki tinggi dari paras bumi. 170 kaki garispusat yang
menggunakan kemasan aluminium di bahagian luar.(info-wikipedia)
Kubah dari Ruang Solat 
Tulisan Khat (bewarna kuning) hasil kerja oleh Sheikh Abdel Moneim Mohamed Ali Sharkawi 
(penulis Khat Mesir-info wikipedia)
Penulis di Pintu Masuk Utama
Tabung Derma
Ruang Solat
Mehrab
Disaluti Batu Marmar Antik Turki (info-wikipedia)
Mimbar
Hasil pengukir tempatan. Bumbung bewarna putih adalah dari kemasan
Marmar Putih Mahsuri 30kaki tinggi.Dihujung atas adalah Lambang
bulan dan bintang diperbuat dari emas (info-wikipedia)

Pintu keluar 
Motif Butiran Kemasan Pintu Keluar 
Motif Rekabentuk Karpet
Sebahagian Ruang Solat
Tempat Berwuduk Utama Lelaki
Kemasan Ceiling tempat wuduq.
Menggunakan kemasan kayu (hardwood) bercirikan Melayu
dari segi rekabentuk susunan dan ukiran
Pintu Gerbang Masuk dan Keluar



Menara Minaret





FAKTA MASJID
 (wikipedia)

1. Masjid kedua terbesar di Asia Tenggara selepas Masjid   
    Istiqlal Jakarta Indonesia.
2. Kubah masjid terbesar di dunia.
3. Memuatkan 24,000 jemaah dalam satu masa.
4. Struktur kubah menggunakan tiub aluminium ditutupi  
    dengan 'Retvous Enamelled Steel Panel'. 
5. Kombinasi Senibina Tradisi Islam, Asia Barat, India, Barat 
    dan Ciri-ciri Binaan Melayu Asli
6. Terletak di atas tanah seluas 35 ekar.
7. Dirasmikan pada 11 Mac 1988 oleh Sultan Selangor.
8. Masjid ini mula digunakan sepenuhnya pada 3 Dis 1987.










Jumaat, 25 Disember 2015

MALAYSIANA (12) CAHAYA KLCC KUALA LUMPUR

Assalamualaikum.    

Sempena Maulidul Rasui saya ambil peluang ke KLCC jalan-jalan ambil angin.Tak sangka KLCC dipenuhi orang ramai terutama pelancong asing.

Belah petang diadakan pertunjukkan muzik di ruang legar KLCC manakala belah malam diadakan permainan pancutan air berirama.

Sempat gak saya rakamkan suasana waktu malam yang gilang-gemilang...jom tengok...jom.


  PEMANDANGAN DI SEKITAR KLCC








 











KLCC dan AKU
AKU dan KLCC
  Kuasa Cahaya (The power of light)


  MENGETIH
Mamak ! Mamak ! .....roti telor uneee...nescafe tarik  unee...makan sini ok..

Mengetih kat Kedai Mamak (Tingkat 4) sebelum
meninggalkan KLCC.


Selesai ronda-ronda di KLCC aku ngetih kat Kedai Mamak Tingkat 4 KLCC.Boleh dikatakan setiap kali ke KLCC aku tak pernah miss ke sini.Kenapa yek ?....dah ketagih ker ?. Yang aku tabik mamak ni bukan apa.Bayangkan kedainya di KLCC tapi harganya sama kat kedai mamak luar yang selalu kita ngeteh....pehhhh..bebaloi.Inilah rahsia kejayaan mereka (pelanggan no 1).Tapi ada gak yang terkena....hahaha..ikut nasib ler bro.