PELAWAT

Rabu, 17 Februari 2016

JELAJAH ARKITEK (11) MENYUSURI SUNGAI MELAKA (2)

Assalamualaikum. 

Menyusuri Sungai Melaka Dari Jambatan Temenggong
Jambatan Old Bus Station hingga Muara Sungai Melaka

Hari ini 17.2.16 penulis menyusuri kembali ke Sungai Melaka bagi menyambung cerita minggu lepas selepas urusan kerja selesai. Kali ini penulis sambung ronda-ronda menyusuri dari Jambatan Temenggong hingga Jambatan Old Bus Station dan berakhir di muara Sungai Melaka jam 7.15 petang. 

Ramai di antara pelancong yang pernah berkunjung ke sini merasa terkejut dengan perkembangan terkini Sungai Melaka yang semakin lama semakin bersih serta cantik...betul ke, betul ker ?...kita saksikan dan anda berikan kreditnya.  



MENYUSURI SUNGAI MELAKA
Mula-Jambatan Temenggong
Patah Balik-Jambatan Old Bus Station
Berakhir-Muara Sungai Melaka

Mula Ronda-Jambatan Temenggong (3.30ptg)
Menyusuri Sungai Melaka bermula di Jambatan Temenggong

Patah Balik-Jambatan Old Bus Station
Berpatah balik setibanya di Jambatan Old Bus Station

Berakhir Ronda-Muara Sungai Melaka (7.15ptg.)
Berakhir di muara Sungai Melaka







LOKASI MENYUSURI SUNGAI MELAKA
Di Persisiran Sungai Di Kampong Jawa



Asalnya Nama dari Buah Melaka
Memang Terkenal Di Seluruh Dunia
Kalau Benar-Benar Nak Lihat Keindahan Sungai Melaka
Datanglah Ke Tapak Warisan Dunia

.....bersambung....



Isnin, 15 Februari 2016

JELAJAH ARKITEK (10) MENYUSURI SUNGAI MELAKA

Assalamualaikum. 

Menyusuri Sungai Melaka Dari Jambatan Di Jam Besar 
Di Tebing Jalan Laksamana, Town Square Sehingga Jalan Temenggong

Kali ini penulis memfokaskan tentang Sungai Melaka yang merupakan sistem pengangkutan utama di Zaman Kesultanan Melayu Melaka 600 tahun dahulu.

Memang mengkagumkan bila berkunjung dan menyusuri Sungai Melaka yang jauh berbeza semasa penulis di zaman persekolahan dulu. Waktu itu gigi air laut berada di hujung Padang Pahlawan. Kini Padang Pahlawan lenyap ditelan arus pembangunan dan segala-galanya telah bertukar sekelip mata. 

Kebersihan Sungai Melaka telah menarik minat ramai pelancong untuk menyusurinya serta bersiar-siar sambil melihat dan melambai-lambai ke arah bot yang membawa penumpang ke hulu sungai. Di samping itu ada juga sempat menjamu selera di gerai di tebing Sungai Melaka.



SUNGAI MELAKA

Pemandangan Sungai Melaka dari salah satu  jambatan yang
 merentangiSungai Melak berhampiran Menara Jam di Town Square

Sebuah bot yang sarat dengan pelancong mudik ke hulu ke destinasi menarik

Bangunan lama di tebing Sungai Melaka memberi daya tarikan tersendiri

Kebersihan dan kejernihan Sungai Melaka menjana pendapatan kepada
pengusaha bot, pengerai dan Industri Pelancongan Melaka




Pelancong sanggup berjalan kaki berbatu-batu demi mengecapi keindahan Sungai Melaka








Restoran


Restoran
Sungai Melaka menjana pendapatan kepada peniaga restoran dan gerai.


 Jambatan Jalan Temenggong




Penulis sempat bergambar di hadapan Sungai Melaka

Pemandangan di atas adalah sebahagian dari pemandangan Sungai Melaka yang di ambil di persisiran Town Square, Jalan Laksmana sehingga persimpangan Jalan Temenggong. Penulis akan siarkan lebih banyak pemandangan Sungai Melaka di masa akan datang.

Dengan kebersihan di sekitarnya serta airnya yang bersih kini Sungai Melaka menjadi salah satu Ikon serta daya tarikan ke Negeri Melaka di samping peninggalan sejarah Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dan penjajah.

Kini Sungai Melaka menjana pendapatan kepada pengusaha-pengusaha bot yang membawa pelancong ke hulu serta ke tempat-tempat menarik sepanjang Sungai Melaka.

Keindahan Sungai Melaka kini setanding dengan tempat-tempat menarik dunia seumpamanya misalnya Canal Creek Dubai yang pernah dilawati penulis.


GERAI DI TEBING SUNGAI MELAKA
dan Di TOWN SQUARE

 Pelancong menikmati Cendol Melaka sambil melihat bot mudik ke hulu.
 Gerai Cendol
Penulis sempat pekena semangkuk Cendul....emmm sodappp.
di Town Square

Keindahan dan kebersihan Sungai Melaka mampu menarik pelancong untuk menjamu selera di gerai-gerai yang di tempatkan di tepi Sungai Melaka di sepanjang Jalan Laksmana.




LOKASI LAWATAN PEMBACA DI TEBING SUNGAI MELAKA DI SEPANJANG JALAN LAKSAMANA,
JALAN TEMENGGONG DAN TOWN SQUARE

Peta Bandar Melaka beserta Tapak Warisan Dunia 




Penulis di Canal Creek Dubai UAE. Kini Sungai Melaka
setanding dengan terusan tersebut.






Ahad, 14 Februari 2016

JELAJAH MELAKA (9) KAPAL PERANG PORTUGIS FLOR DE LA MAR

Assalamualaikum. 

Kapal Perang Portugis Flor De La Mar

Jika dikaji sejarah Kesultanan Melayu Melaka amat menyeronokkan. Beruntunglah mereka yang meminati sejarah terutama sejarah Negeri Melaka yang sarat dengan cerita 600 tahun lalu. Ialah ibarat cerita dongeng kerana kita tidak berada di zaman tersebut.

Salah satu liputan sejarah yang cuba dirungkai penulis ialah tentang Kapal Perang Portugis yang telah menyerang Negeri Melaka pada tahun 1411 semasa Pemerintahan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Replika Kapal Perang ini telah dibina dan ditempatkan di tebing Sungai Melaka di Jalan. Pengunjung pasti teruja apabila melawat replika tersebut.


Kapal Perang Portugis Flor De La Mar







Lokasi Replika Kapal Portugis Flor De La Mar di Jalan Quayside 
di tebing Sungai Melaka

Image result for LOKASI kapal perang portugis S FLOR DE LA MAR

Related image
Lakaran Artis Kapal Perang Portugis Flor De La Mar


JELAJAH MELAKA (8) LITTLE INDIA

Assalamualaikum. 

Little India Jalan Bendahara Melaka

Seperti di lain-lain tempat di Malaysia dan Dunia, Bandar Melaka juga mempunyai penempatan kaum India yang telah bermastautin di Melaka beratus tahun dahulu dari negara asal mereka India bagi menjalankan perniagaan rempah ratus.

Mereka telah menjadikan Malaysia negara mereka dan telahpun mendapat kerakyatan. Budaya dan cara hidup mereka amat unit dari segi perkahwinan sehinggalah jenis makanan yang mereka makan dan jual.

Kesemuanya ini menjadi salah satu daya tarikan pelancong untuk berkunjung ke Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah yang sememangnya telah terkenal sejak 600 tahun lampau. 

Walaupun hanya terdapat segelintir masyarakat India iaitu di sepanjang Jalan Bendahara namun kesungguhan mereka di dalam menjalankan aktiviti kehidupan harian haruslah dipuji kerena ianya menghidupkan lanskap komuniti kaum India.

Di antara aktiviti yang mereka jalankan adalah menjual pakaian, makanan, bunga-bungaan, rempah-ratus serta perniagaan kedai runcit.



Pintu gerbang ke kawasan Little India, Jalan Bendahara



Pemandangan Little India Di Jalan Bendahara  


Lokasi Little India Di Jalan Bendahara 

(https://www.google.com)


Lokasi Little India di Jalan Bendahara
(https://www.google.com)

Aktiviti Di Little India Jalan Bendahara
 Gerai menjuak bunga-bungaan
Kedai Pakaian
Kedai Pakaian

Deretan Kedai Yang Dimiliki Masyarakat India

Pemandangan di penghujung Little India di persimpangan
Jalan Bendahara dan Jalan Temenggong

 Rumah Pangsa Penempatan Kaum India

Pemandangan di penghujung Little India di persimpangan
Jalan Bendahara dan Jalan Temenggong