PELAWAT

Ahad, 14 Februari 2016

JELAJAH MELAKA (8) LITTLE INDIA

Assalamualaikum. 

Little India Jalan Bendahara Melaka

Seperti di lain-lain tempat di Malaysia dan Dunia, Bandar Melaka juga mempunyai penempatan kaum India yang telah bermastautin di Melaka beratus tahun dahulu dari negara asal mereka India bagi menjalankan perniagaan rempah ratus.

Mereka telah menjadikan Malaysia negara mereka dan telahpun mendapat kerakyatan. Budaya dan cara hidup mereka amat unit dari segi perkahwinan sehinggalah jenis makanan yang mereka makan dan jual.

Kesemuanya ini menjadi salah satu daya tarikan pelancong untuk berkunjung ke Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah yang sememangnya telah terkenal sejak 600 tahun lampau. 

Walaupun hanya terdapat segelintir masyarakat India iaitu di sepanjang Jalan Bendahara namun kesungguhan mereka di dalam menjalankan aktiviti kehidupan harian haruslah dipuji kerena ianya menghidupkan lanskap komuniti kaum India.

Di antara aktiviti yang mereka jalankan adalah menjual pakaian, makanan, bunga-bungaan, rempah-ratus serta perniagaan kedai runcit.



Pintu gerbang ke kawasan Little India, Jalan Bendahara



Pemandangan Little India Di Jalan Bendahara  


Lokasi Little India Di Jalan Bendahara 

(https://www.google.com)


Lokasi Little India di Jalan Bendahara
(https://www.google.com)

Aktiviti Di Little India Jalan Bendahara
 Gerai menjuak bunga-bungaan
Kedai Pakaian
Kedai Pakaian

Deretan Kedai Yang Dimiliki Masyarakat India

Pemandangan di penghujung Little India di persimpangan
Jalan Bendahara dan Jalan Temenggong

 Rumah Pangsa Penempatan Kaum India

Pemandangan di penghujung Little India di persimpangan
Jalan Bendahara dan Jalan Temenggong


 

Tiada ulasan: