PELAWAT

Khamis, 11 Februari 2016

JELAJAH KUALA LUMPUR (3) JALAN MASJID INDIA

Assalamualaikum. 

Hari ini saya membawa pembaca ke Jalan Masjid India yang tidak begitu jauh dari Central Market melalui Kasturi Walk serta kawasan lapang Medan Pasar menyusuri Sungai Gombak dengan hanya 5 minit berjalan kaki dari Central Market.



KE JALAN MASJID INDIA

Lokasi Jalan Masjid India
(https://www.google.com)


Perjalanan Dari Central Market ke Jalan Masjid India pembaca boleh menyusuri tepi Sungai Gombak yang mempunyai panoramik skyline bandar Kuala Lumpu yang menarik serta pemandangan Bangunan Masjid Jamek Kuala Lumpur. Sebelum itu anda juga akan menyusuri di tepi bangunan lama yang mempunyai nilai senibina klasik iaitu berhadapan kawasan lapang Medan Pasar yang telah diubahsuai menjadi tempat pejalankaki bebas kenderaan untuk orang ramai bersiar-siar dan beserta kemudahan tempat duduk, jam besar serta air pancut sebagai penyeri kawasan lapang.


KAWASAN LAPANG MEDAN PASAR

Kawasan Lapang Pejalan Kaki MEDAN PASAR
Kawasan ini free dari kenderaan yang dikhaskan untuk pejalankaki. Ianya dikelilingi
oleh bangunan lama yang mempunyai nilai senibina klasik dan dipelihara dengan baik.

Bangunan lama menghadap Kawasan Lapang Medan Pasar

Di antara bangunan lama yang menghadap Kawasan Lapang Medan Pasar.
Jam Besar di tengah-tengah kawasan lapang memberi daya tarikan tersendiri.


KUALA LUMPUR SKY LINE
(Menyusuri Sungai Gombak ke Jalan Masjid india)

 Kelihatan Bendera Malaysia berkibar megah di Dataran Merdeka (jumpa di episod akan datang)
Kelihatan Masjid Jamek Kuala Lumpur
 Masjid Jamek Kuala Lumpur. 
 Masjid Jamek, Bangunan Baru JKR dan Bangunan DBKL (berjalur merah,kuning,biru)
Pemandangan Skuline Kuala Lumpur dalam perjalanan dari Medan Pasar ke Jalan Masjid India.

Jalan masuk ke Jalan Masjid India dari Jalan Tun Perak.
melalui Jalan Melayu.


......bersambung......





Tiada ulasan: