PELAWAT

Rabu, 3 Februari 2016

BERITA BAIK BUAT PEKEBUN KECIL

Assalamualaikum.  

BERITA BAIK BUAT SUDARA MARA DI KAMPONG
Apalagi......Jom Noreh Getah.

Susulan coretan saya pada 13.1.16 di mana Kerajaan akan memperluaskan penggunaan campuran getah asli di dalam pembinaan lebuhraya di Malaysia. Pengunaan getah asli ini memberi daya tahan yang lebih kuat kepada jalanraya berbanding dengan pembinaan sediada.

Berita Harian hari ini (3.2.16) menyiarkan lagi berita tentang penggunaan campuran getah asli ke dalam pembinaan lebuhraya di Malaysia iaitu dianggarkan sepanjang 1,000km di jalan negeri.

Kali ini Lembaga Getah Malaysia akan meningkatkan penggunaan getah dalam pelbagai sektor. Mereka sedang mengkaji kaedah yang realistik di dalam penggunaan getah di dalam pelbagai sektor lain di dalam negara.

Penggunaan getah di dalam pembinaan lebuhraya telah dilaksanakan di Stesyen Penyelidikan Kota Tinggi Johor. Kini para penyelidik sedang mengesorkan untuk jalan ladang.

Pengeluar getah utama Malaysia, Thailand dan Indonesia telah bersepakat untuk menggunakan getah di dalam pembinaan lebuhraya dan penggunaannya di dalam pelbagai sektor di dalam negara.

Penggunaan 300,000 tan getah asli 10 tahun akan datang di setiap negara akan melonjakkan harga getah dan akan memberi keuntungan berlipat kali ganda kepada Pekebun Kecil di kawasan kampong.


 BERITA BAIK BUAT PEKEBUN KECIL

Rujukan BH-3.2.16



Tiada ulasan: