PELAWAT

Jumaat, 5 Februari 2016

BOLA BOLA BOLASEPAK (9)

Assalamualaikum. 

NGETIH BERSAMA MEHMET DURAKOVIC DAN ANUAR

Tengah lepak-lepak dan ngetih di Starbucks SS 9 Shah Alam untuk update blog saya, terserempak dengan bekas coach pasukan bolasepak Selangor Mehmet Durakovic....apalagi sembang sakan dan beliau tumpang charge hp kat komputer saya.

Sebenarnya beliau masih berminat untuk melatih pasukan di Malaysia khasnya Selangor tapi apakan daya rezeki tak panjang bersama Selangor.....katanya. Namun dia tetap tinggal di Shah Alam dan berat untuk meninggalkan bolasepak Malaysia yang penuh dengan warna-warni tambahan pula beliau baru saja mendakap Piala Malaysia bersama Selangor.

Beliau begitu peramah walaupun pertama kali berjumpa...apalagi posing sakan lah kami. Sebaik sahaja rakannya Anuar tiba beliau terus beredar meninggalkan saya dan sambung bersembang bersama Anuar iaitu bekas pemain Selangor dan Malaysia.

Selepas beliau habis sembang bersama Anuar beliau sambung pula sembang bersama saya. Memang kedua-duanya peramah.



NGETIH BERSAMA MEHMET DURAKOVIC

Penulis bersama Mehmet

Mehmet ketika bersama Selangor

Bersama Mehmet dan Anuar














Tiada ulasan: