PELAWAT

Rabu, 3 Februari 2016

5,000 GURU DILATIH BERKENAAN ICT DI 2,500 SEKOLAH

Assalamualaikum. 

Ternyata kesedaran kepentingan ICT di zaman yang serba canggih ini telah berada di tahap maksimum. Ianya berita baik terutama kepada perniagaan online networking yang memberi pulangan berlipatkali ganda berbanding perniagaan biasa.

Berita Harian hari ini melaporkan kesungguhan Kementerian Pendidikkan melatih guru seramai 5,000 orang di 2,500 sekolah di seluruh negara bagi merealisasikannya dengan tajuk 'Pembelajaran Alam Maya DiPerkasakan'. 

Di antara langkah yang telah dilaksanakan :

1) Akses Rangkaian 4G di bawah Projek 1 Bestari,Net
2) Menyediakan kemudahan jalur lebar lengkap dengan ICT

Tujuan dan matlamatnya adalah bagi mengimbangi permintaan terhadap pembelajaran berkaitan ICT sejajar dengan perkembangan semasa iaitu :

1) u -pembelajaran
2) e -pembelajaran
3) m-pembelajaran

Sistem pembelajaran di atas dapat menaikkan mutu pembelajaran negara di samping menarik minat pelajar.


Keratan Akhbar BH-3.2.16



Berita mengenai perkembangan ICT di atas akan dapat menaikkan lagi industri perniagaan online di negara kita yang mana rakyat Malaysia merupakan pemegang akaun facebook terbesar dunia yang dianggarkan kini mencecah 20 Juta pengguna.











Tiada ulasan: