PELAWAT

Khamis, 11 Februari 2016

JELAJAH MELAKA (5) KUBU PORTUGIS DI BUKIT ST. PAUL

Assalamualaikum. 


Setiap Janji Perlu Ditunaikan
Kini Sambung Cerita Lagi
Peninggalan Sejarah Portugis Amat Mengasyikkan
Ke Bukit St. Paul Jom Kita Pergi


Kali ini kita mendaki ke puncak Bukit St. Paul, Banda Hilir melalui pintu masuk di Kota A' Famosa melihat peninggalan penjajahan Portugis terhadap Melaka pada tahun 1411 yang penuh dengan sejarah yang begitu unik untuk dikaji, diselidik dan dihayati oleh jenerasi kini. Di sinilah terletaknya kubu kuat Portugis iaitu tempat yang paling tinggi dan strategik di muara Sungai Melaka.

Terlalu banyak artifak peninggalan penjajah untuk dihayati oleh pengkaji sejarah dunia seperti kubur Belanda serta Kubu Portugis yang masih kukuh.

Kedudukkan Bukit St. Paul memberi siri pemandangan yang menarik di sekitar Tapak Warisan Dunia terutama ke arah Laut Selat Melaka yang menyimpan 1001 kenangan 600 Tahun silam. Mengikut sejarah, Melaka pernah dijajah Portugis, Belanda, Jepun dan pernah dilawati oleh Hang Li Po dari China dimana Melaka adalah pusat dagangan dunia di waktu itu. Peninggalan sejarah ini menjadi daya tarikan Negeri Melaka kini dan dapat menarik beribu-ribu pelancong dari seluruh pelusuk dunia.



PEMANDANGAN DI PUNCAK BUKIT ST. PAUL
KUBU KUAT PORTUGIS

Kota A'Famosa adalah pintu masuk ke Puncak Bukit St.Paul

Tangga naik ke puncak Bukit St.Paul dari Kota A'Famosa iaitu kubu Portugis

Pemandangan Kota Kubu A'Famosa dari kaki Bukit St.Paul

Kubu Portugis di puncak Bukit St.Paul masih berdiri megah

Peninggalan Kubur Belanda di puncak Bukit St.Paul

Tangga ke Puncak Bukit St.Paul

Pintu masuk ke Kubu Portugis di puncak Bukit St.Paul

Pemandangan Menara Tamingsari serta Selat Melaka dari Puncak Bukit St.Paul



Menara Tinjau (Rumah Api) bersebelahan Kubu Portugis

Papan Tanda Arah bagi kemudahan pelancong




Pemandangan bahagian dalm Kubu Portugis




 ARTIFAK PENINGGALAN PORTUGIS
DI KUBU BUKIT ST.PAUL





Batu Nisan Penanda Wira Portugis yang telah meninggal

Tempat menyimpan peluru meriam yang diperbuat dari batu keras.


LOKASI BUKIT ST.PAUL




Banyak Cerita itu Dan Ini
Ada Cerita Baru Setiap Hari
Setakat Itu Untuk Hari Ini 

Jumpa Lagi Di Lain Hari

Jumpa lagi di episod akan datang.





   

Rabu, 10 Februari 2016

JELAJAH MELAKA (4) KOTA A' FAMOSA, BANDA HILIR MELAKA

Assalamualaikum. 

Kini Saya Datang Lagi
Sambung Cerita Minggu Lepas
Mari Kita Ronda-Ronda Lagi
Supaya Cerita Peninggalan Portugis Tidak Terlepas


Kali ini kita ke Bukit St. Paul, Banda Hilir melihat peninggalan penjajahan Portugis terhadap Melaka pada tahun 1411. Peninggalan Kota A' Famosa di Banda Hilir adalah bukti yang jelas tentang penjajahan Portugis terhadap Melaka.

Bangunan A' Famosa ini masih berdiri teguh walaupun sudah berumur melebihi 600 tahun. Ianya merupakan lambang sejarah Negeri Melaka di mana ianya sering kelihatan di media cetak maupun di media elektronik.

Melaka semakin dikenali dunia sebaik sahaja diistiharkan Tapak Warisan Dunia pada 7 Julai 2008. Kini Melaka telah menjadi Bandar Berkembar Portugal.



KENANGAN PORTUGIS MENYERANG MELAKA

Replika Kapal Lanun Menyerang Melaka 600 Tahun dahulu.


Suasana Sejarah di mana Melaka diserang Portugis

Replika Kapal Lanun


Poster yang cuba menarik minat persembahan sejarah lanun menyerang Melaka

Replika kapal lanun di hadapan Kota A' Famosa sebagai simbolik mengingatkan kembali serangan lanun ke Negeri Melaka semasa pemerintahan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Di sini kita boleh menyaksikan secara live drama lakonan di zaman silam semasa lanun menyerang Melaka.


KOTA A' FAMOSA PENINGALAN PORTUGIS
DI BUKIT ST. PAUL

Kota A' Famosa peninggalan penjajah Portugis 
(berhadapan replika kapal lanun)

Pemandangan dari Bukit St.Paul menunjukkan Kota A' Famosa
berhadapan dengan Replika Kapal Lanun bertujuan mengingatkan
kembali tentang penjajahan Portugis terhadap Melaka pada tahun 1411.


Lokasi A'Famosa



Setiap Cerita Pergi Dan Datang
Harap Bersabar Adik Dan Abang
Jangan Lupa Di Episod Akan Datang
Ke Bukit St. Paul Kita Terbang



....Bersambung....

Selasa, 9 Februari 2016

JELAJAH KUALA LUMPUR (2) CENTRAL MARKET

Assalamualaikum. 

Sambungan....Central Market, Kuala Lumpur


Pemandangan Di Sekitar 
Central Market Kuala Lumpur
CENTRAL MARKET KUALA LUMPUR- Pemandangan dari Kasturi Walk

Kedudukkan Central Market bersebelahan Kasturi Walk
 memberi kelebihan untuk dikunjunggi.

Pandangan Hadapan dari Car Park
 Pandangan Sisi Kanan dari Kasturi Walk
 Pandangan Sisi Kanan dari Kasturi Walk. Kedudukkannya bersebelahan Kasturi Walk
memberi kelebihan kepada Central Market untuk dikunjungi.
 Pandangan Sisi Kiri 
Pandangan Sisi Kiri


 Penulis di hadapan Central Market
 Pandangan Belakang dan Sisi Kanan bersebelahan Kasturi Walk
Pandangan Sisi Kiri dari Sungai Gombak




Kasturi Walk sentiasa sibuk dengan 
pengunjung dari sekitar Petaling Street
dan Jalan Masjid India



Pemandangan Di Dalam
Central Market Kuala Lumpur

 Pintu Masuk Utama Central Market
Information Centre



Pemandangan di dalam Central Market di mana menjual barang-barang kraf


Pemandangan Sudut Seni





Isnin, 8 Februari 2016

GONG XI FA CAI 2016

Hello Chinese Friends,

Saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh sahabat dan pembaca dari Malaysia, Negara China dan di serata pelusuk dunia. Semuga anda bergembira di samping keluarga.



SELAMAT TAHUN BARU CINA 2016


HAPPY NEW YEAR 2016


Ahad, 7 Februari 2016

MENGHADIRI JEMPUTAN KAHWIN - TERENGGANU (KEMAMAN) & PAHANG (KUANTAN)

Assalamualaikum. 

Semalam (6.2.16) ke Kemaman, Terengganu sahabat Ar. Ramli kawinkan anak dan hari ini (7.2.16) ke Kuantan pun sama sahabat kampung Terentang kawinkan anak dan cadang nak ke Melaka juga sahabat (SIS) kawinkan anak...apakan daya sampai Shah Alam kul 6.30 ptg sebab hujan lebat tak nampak jalan dan terpaksa drive kereta pelahan2....(sorry Puan Rohaya...tak dapat hadir).


Ke Kemaman dari Shah Alam
Bertolak kul 6.30pagi
Sampai kul 5.00ptg

  Pemandangan Kuala Lumpur jam7 pagi

Sampai di Jambatan Sungai Pahang jam 2.30ptg


Di Rumah Kenduri Ar.Ramli, Kemaman (6.2.16)

Sampai di Rumah kenduri, Kemaman jam 5 ptg.
Bersama Ar. Khir dam Ar.Ramli.(bersongkok)

Bermalam di Skytree Hotel Kuantan

Hotel Lobby
 Hotel Cafe
Breakfast bersama Ar.Khir

Di Rumah Kenduri Redzuan, Kuantan (7.2.16)

Ali,Redzuan,Ar.Khir
Menjamu selera

On the way balik ke Shah Alam (7.2.16)

Pemandangan Di Lebuhraya Karak
On The Way balik ke Shah Alam
Pengalaman yang mengerikan, beberapa kali 
di landa angin lintang.  


Sampai di Shah Alam jam 6.30 ptg.