PELAWAT

Sabtu, 13 Februari 2016

JELAJAH MELAKA (7) SUNGAI MELAKA

Assalamualaikum. 

Pemandangan Sungai Melaka

Sungai Melaka yang merintangi Bandar Melaka adalah merupakan satu sistem pengangkutan utama di zaman kegemilangan Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka kira-kira 600 Tahun dahulu. Ianya terbukti dengan kewujudan Tapak Warisan Dunia seperti Bukit St. Paul yang terletak bersebelahan Sungai Melaka.

Kini pemeritahan Kerajaan Melaka telah menaik taraf Sungai Melaka sehinggakan ia menjadi salah satu destinasi pelancongan yang utama iaitu menyusuri Sungai Melaka. Berbagai-bagai aktiviti telah diadakan di Sungai Melaka bagi menaikkan lagi taraf sebagai aset pelancongan terkemuka dunia.



PEMANDANGAN SEKITAR SUNGAI MELAKA
 Sungai Melaka

Pemandangan di Jalan Laksmana di tepi Sungai Melaka
 Kedudukkan Bangunan menunjukkan Sungai Melaka menjadi sistem pengangkutan 
utama di Zaman Kesultanan Melayu Melaka 600 Tahun lampau.

 Replika Kincir Angin di tebing Sungai Melaka menghidupkan suasana 
Pandangan Sungai Melaka dari Jalan Quayside
Pemandangan sebuah hotel di Tebing Sungai Melaka

Kedudukkan Sungai Melaka merentasi Tapak Warisan Dunia

Penulis di jambatan bersebelahan Tower Square

Pemandangan dari jambatan di Tower Square


Keindahan dan suasana nyaman di tebing Sungai Melaka membuka selera kepada
para pelancong untuk mejamu selera.


Penulis menikmati cendul di tebing Sungai Melaka sambil menyaksikan
bot-bot melalui Sungai Melaka


Hasil inisiatif Kerajaan Melaka maka kini suasana dan persekitaran Sungai Melaka setanding dengan tempat-tempat seumpamannya seperti di Venice dan Kota London. Boleh dikatakan berjuta pelancong datang ke Tapak Warisan Dunia ini samada pelajar, pengiat sejarah maupun para profesional.















JELAJAH DUBAI (4) SEPETANG BERSAMA CAMAR

Assalamualaikum. 

Melayan Burung Camar di Creek Canal Dubai

Masih teringat lagi saya bermain-main bersama Burung Camar di Creek Canal Dubai, UAE. Boleh dikatakan semua pengunjung terpegun dengan bunyi serta telatah Camar yang menyambar setiap roti yang dicampakkan. Suasana di petang tersebut benar-benar mengusik nurani perantauan. Ramai juga perantauan dari Malaysia yang telah menetap di Dubai samada berumahtangga atau bekerja. Ada yang menghabiskan masa berjam-jam melayan Burung Camar terutama di hujung minggu.


Sepertang Di Creek Canal Dubai
Penulis bersama Burung Camar di Creek Canal Dubai













Pemandangan Waktu Petang Di Creek Canal Dubai
Yang Di Hiasi Dengan Ratusan Burung Camar

BANGUNAN TERTINGGI DUNIA DI JEPUN

Assalamualaikum. 

Bangunan Tertinggi Dunia (2 x Burj Khalifa)

Kini bangunan tertinggi di dunia bakal dibina di Jepun. yang dikenali sebagai 'sky mile tokyo' dengan ketinggiannya dianggarkan 2x tinggi Bangunan Burj Khalifa (826 meter) di Dubai.

Dengan ketinggian 1,700 meter ianya akan di bina di bandar mega yang dikenali 'Next Tokyo'.

Bangunan berbentuk heksagon boleh menahan gempa dan taufan dijangkan siap pada 2045.


BANGUNAN TERTINGGI DUNIA TAHAN GEMPA


(Rujukan : Harian Metro)

JELAJAH KUALA LUMPUR (4) JALAN MASJID INDIA

Assalamualaikum. 

...sambungan....


KE JALAN MASJID INDIA

Sambungan dari episod ke 3, saya meneruskan perjalanan ke Jalan Masjid India. Di sini terdapat juga Perjalankaki Tertutup (Corvered Walkway) seperti di Kasturi Walk Central Market di mana pelawat boleh membeli belah dan cenderahati di gerai-gerai yang berniaga di sepanjang Corvered Walkway. Pembaca boleh juga lawati konsep yang sama di Petaling Street kira-kira 10minit berjalan kaki dari Jalan Masjid India iaitu tidak berapa jauh dari Kasturi Walk.

Gerai-gerai di kiri kanan di sepanjang Perjalankaki Tertutup ini senantiasa di penuhi pengunjung dan sesak sepanjang masa terutama di hujung minggu. Ianya adalah kesinambungan dari Kasturi Walk dan Petaling Street (akan di ceritakan di episod akan datang)

Perjalankaki Tertutup (Corvered Walkway) ini kebanyakkannya adalah peniaga Melayu yang dikumpulkan di sekitar Wisma Yakin. Di penghujung Perjalankaki Tertutup ini bermulanya Jalan Masjid India di mana terdapatnya perniaga-perniaga India yang berhijrah ke Tanah Melayu beratus tahun dahulu. Suasana perniagaan komuniti India ini menjadi aset Industri bernilai kepada Industri Pelancongan Malaysia tambahan pula dasar kerajaan yang sentiasa mengeratkan perhubungan Malaysia-India merancakkan kedatangan pelancong ke Malaysia.




Pintu masuk ke Jalan Masjid India melalui Jalan Melayu dari Jalan Tun Perak.




 




 Jalan Melayu

Kelihatan Perniaga-perniaga di kiri kanan di Pejalankaki Tertutup (Corvered Walkway)
sibuk menjalankan perniagaan.

Pemandangan di penghujung Pejalankaki Tertutup (Corvered Walkway)
di mana bermulanya Jalan Masjid India yang menempatkan perniga India.
Pejalankaki Tertutup ini adalah sebahagian Jalan Masjid India.

Masjid India terletak di penghujung Perjalankaki Tertutup (Corvered Walkway)
Ianya menjadi mercu tanda Jalan Masjid India.



.......bersambungan.....




Khamis, 11 Februari 2016

JELAJAH KUALA LUMPUR (3) JALAN MASJID INDIA

Assalamualaikum. 

Hari ini saya membawa pembaca ke Jalan Masjid India yang tidak begitu jauh dari Central Market melalui Kasturi Walk serta kawasan lapang Medan Pasar menyusuri Sungai Gombak dengan hanya 5 minit berjalan kaki dari Central Market.



KE JALAN MASJID INDIA

Lokasi Jalan Masjid India
(https://www.google.com)


Perjalanan Dari Central Market ke Jalan Masjid India pembaca boleh menyusuri tepi Sungai Gombak yang mempunyai panoramik skyline bandar Kuala Lumpu yang menarik serta pemandangan Bangunan Masjid Jamek Kuala Lumpur. Sebelum itu anda juga akan menyusuri di tepi bangunan lama yang mempunyai nilai senibina klasik iaitu berhadapan kawasan lapang Medan Pasar yang telah diubahsuai menjadi tempat pejalankaki bebas kenderaan untuk orang ramai bersiar-siar dan beserta kemudahan tempat duduk, jam besar serta air pancut sebagai penyeri kawasan lapang.


KAWASAN LAPANG MEDAN PASAR

Kawasan Lapang Pejalan Kaki MEDAN PASAR
Kawasan ini free dari kenderaan yang dikhaskan untuk pejalankaki. Ianya dikelilingi
oleh bangunan lama yang mempunyai nilai senibina klasik dan dipelihara dengan baik.

Bangunan lama menghadap Kawasan Lapang Medan Pasar

Di antara bangunan lama yang menghadap Kawasan Lapang Medan Pasar.
Jam Besar di tengah-tengah kawasan lapang memberi daya tarikan tersendiri.


KUALA LUMPUR SKY LINE
(Menyusuri Sungai Gombak ke Jalan Masjid india)

 Kelihatan Bendera Malaysia berkibar megah di Dataran Merdeka (jumpa di episod akan datang)
Kelihatan Masjid Jamek Kuala Lumpur
 Masjid Jamek Kuala Lumpur. 
 Masjid Jamek, Bangunan Baru JKR dan Bangunan DBKL (berjalur merah,kuning,biru)
Pemandangan Skuline Kuala Lumpur dalam perjalanan dari Medan Pasar ke Jalan Masjid India.

Jalan masuk ke Jalan Masjid India dari Jalan Tun Perak.
melalui Jalan Melayu.


......bersambung......