PELAWAT

Ahad, 22 November 2015

Pengembaraanku Ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) (1.1)



JELAJAH 1 

                 Dubai Internasional Airport

9 Mac 2007
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia kepada pembaca yang sudi melawat laman blog saya. Tidak kira samada anda seorang Pelajar Senibina, Pensyarah serta Arkitek Profesional, kita sama-sama meminati bidang ini dan harus bersama-sama berkongsi pengalaman yang boleh memperkayakan ilmu senibina kita.
Terutama kepada bekas pelajar saya di UiTM Shah Alam dari tahun 2011 hingga 2014 yang mungkin telah bekerja ataupun sedang mengembara ke serata pelusuk dunia bagi mengembangkan bakat senibina anda. Syabas , usaha anda tetap terbayar. Kepada bekas pensyarah...Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian.
Bersyukur kepada Allah pencipta sekalian alam kerana dengan izinnya saya telah berjaya menjejakkan kaki buat pertama kali ke Dubai, UAE iaitu pada 9 Mac 2007 atas urusan kerja sebagai seorang Arkitek. Namun matlamat utama saya adalah untuk melihat dan menghayati nilai senibina negara orang agar dapat menambah ilmu di dada. 3 hari di UAE banyak kenangan manis dapat dikecapi. Saya kembali ke tanahair pada 11.3.2007 namun kembali semula ke UAE untuk meneruskan kerjaya saya.
Oleh kerana kesibukan urusan kerja maka beberapa kali penulisan blog saya tertangguh maka di saat ini saya gagahkan diri untuk memulakan penulisan pengembaraan saya walaupun telah berlalu hampir 8 tahun (2007-2015) namun ia masih segar di ingatan saya.
Memang menjadi idaman semua orang untuk melancong dan mengembara ke serata dunia apatah lagi saya yang bekerja sebagai seorang Arkitek yang sememangnya dituntut untuk ke mana sahaja bagi menimba dan mengembangkan ilmu senibina saya sesuai dengan Sabda Nabi junjungan kita Muhammad SAW berbunyi 'Tuntutlah Ilmu Walau Sampai Ke Negeri Cina'......dan sambung orang tua-tua kita...'Jauh Perjalanan Luas Pemandangan'.
Banyak tempat-tempat menarik telah saya lawati di UAE sepanjang saya berada di Dubai dari tahun 2007 hingga 2009 iaitu dari Ajman di bahagian Utara UAE hinggalah ke Mirfa iaitu di bahagian Selatan UAE.
     KE DUBAI
Tanpa perancangan yang rapi saya bersama-sama Arkitek Ar.Mohd Khir terus berlepas ke Dubai menggunakan pesawat MAS dari KLIA Airport yang mengambil masa lebih kurang 6 jam 45 minit. Sebaik sahaja tiba di Dubai Internasional Airport kami sempat mengambil gambar serta menikmati keunikan senibinanya bagi dikongsikan bersama pembaca. Cuaca ketika itu agak sejuk (16d.cel) waupun di bawah mentari panas.
Mujurlah saya mempunyai kenalan di Abu Dhabi iaitu Arkitek Lanskap LAr.Ramzaa Idris yang sedia menunggu kedatangan kami, jika tidak ibarat rusa masuk kampunglah jadinya. Beliau telah memulakan kariernya di Abu Dhabi selama setahun.
Selepas zohor kami mulakan perjalanan dari Dubai Internasional Airport menuju ke Abu Dhabi menaiki teksi sejauh dari KL ke Seremban dan dari sini bermulalah episod pengembaraan kami (akan diceritakan pada episod ke 2).

                                      Peta UAE : Kedudukkan DUBAI
                                            (https://www.google.com)

     Suasana di DUBAI
Anda akan merasa seolah-olah berada di satu dunia lain pendek kata di SYURGA Dunia. Apa tidaknya, setiap masa anda akan di dengari bahasa Arab, iaitu Bahasa Al Quran, Bahasa Al Hadith, Bahasa di Syurga...masyallah. Di mana-mana...dalam teksi, bas, di radio, di tv, di pasar....orang bertutur bahasa Arab...seronoknya. Beruntunglah bagi mereka yang mendapat pendidikan di sekolah Arab sejak dari kecil. Mujurlah saya boleh berbahasa Arab sepatah dua (belajar dari pegawai imigresen).
     Bahasa Arab banyak persamaan dengan Bahasa Melayu
Di Dubai maupun UAE yang paling beruntung adalah orang Melayu termasuk dari Indonesia, Singapura, Brunei dan seluruh pelusuk dunia. Apatidaknya Bahasa Arab banyak persamaannya dengan Bahasa Melayu. Saya pernah ke Abu Dhabi menaiki bas. Entah apa yang dibebelkan oleh salah seorang Tok Arab tak siapa memberi respon. Di akhir bebelannya tiba-tiba ia mengeluarkan perkataan....Anta FAHAM ?. Apalagi satu bas menjawab...FAHAM...termasuk saya serta pekerja-pekerja dari Malaysia dan serumpun. Banyak lagi penemuan yang unik yang akan saya kupaskan di episod akan datang...insyallah.(jangan lupa ikuti episod seterusnya),
     Merisik - 3 Hari 2 Malam
Sebenarnya kedatangan kami pada ketika ini hanyalah untuk merisik dan meninjau sejauh mana kehebatan Kota Kosmopolitan yang diwar-warkan di media cetak dan elektronik. Kini ianya benar-benar terpampang di depan mata dan bukan cobaan (seperti cerita P.Ramlee). Boleh dikatakan ianya adalah syurga bagi para pencinta senibina dan senireka.
Setelah pulang ke tanahair pada 11 Mac 2007 kami kembali semula ke UAE dengan misi berbeza yang akan di paparkan di episod seterusnya. 
Di sini dipaparkan bersama-sama sebahagian pemandangan  Dubai Internasional Airport untuk tatapan pembaca terutama kepada mereka yang berkeinginan ke Dubai dan telah bersiap sedia untuk memulakan pengembaraan mereka. Kepada mereka yang telah menjejakkan kakinya ke sini, pasti ianya akan mengimbau kembali kenangan manis terutama mereka yang berbulan madu ke sini.
Kepada para pelancong dan pengembara di Malaysia dan seluruh pelusuk dunia...JOM KE DUBAI. Anda akan merasa kelainannya terutama kepada mereka yang telah mengelilingi Dunia Eropah

         Pemandangan di sekitai Dubai Internasional Airport
         serta bahagian dalam Terminal 1.  




y
Tambah kapsyen
Tambah kapsyen



                 Penulis di hadapan TEMINAL 1 DUBAI INTERNASIONAL AIRPORT









Tambah kapsyen


Tambah kapsyen


Tambah kapsyen


Tambah kapsyen


Tambah kapsyen





TIPS KE DUBAI

Dari KLIA Airport terus ke Dubai Internasional Airport menaiki Etihad Airways (atau penerbangan lain)
Sebaik tiba di Dubai Internasional Airport terus menaiki teksi ke Moon Valley Hotel Dubai 
 (atau lain-lain hotel ikut kemampuan)

Dicadangkan terus ke Hotel tersebut kerana :
Ramai rakyat Malaysia tinggal berhampiran Hotel
Terdapat juga rakyat Singapura yang bekerja dan berniaga
Harganya berpatutan
Kedudukannya di Bandar Dubai
Berhampiran Burjuman Mall Dubai


Jumpa anda di JELAJAH 2 - Jalan-Jalan di ABU DHABI

Tiada ulasan: