PELAWAT

Isnin, 11 Januari 2016

SINGAPURA (1.4) MIA CASA KONDOMINIUM

Assalamualaikum.  

MI CASA KONDOMINIUM

Sebelum menyeberangi Tambak Johor pulang ke Malaysia saya bersama LAr.Hamid Sudin menghabiskan masa di Mi Casa Kondominium. Sambil ronda-ronda di taman air Mi Casa LAr. Hamid menerangkan konsep rekabentuk lanskapnya yang beroriantasikan Tropical Landscape Architecture sesuai dengan cuaca panas di Singapura.

Mungkin ada di antara pembaca yang meminati bidang lanskap bolehlah ciklok serba sedikit idea yang dilahirkan. Ianya termasuklah lanskap lembut seperti rumput, pokok renek, tumbuhan menjalar, pokok besar, air pancut dan lanskap kejor seperti tempat pejalan kaki, papan tanda, tempat duduk, arca dan pegola.

Elemen-elemen warna yang digunakan agak menarik bagi mencerminkan warna-warna garang dan lembut  yang terdapat di bahagian luar kondominium seperti merah dan biru.



DI MI CASA KONDOMINIUM

Pelan Layout Mi Cassa Kondominium, Singapura

Pemandangan Mi Cassa Kondominium dari luar.

Pemandangan Kondominium dari bahagian Rumah Rehat


Adunan lanskap lembut dan lanskap kejor menghidupkan
 suasana Kondominium Mi Cassa 

Penulis 



Kolam Mandi yang terbentang luas mengujudkan suasana damai dengan 
penggunaan kemasan tiles bewarna biru menceriakan lagi suasana persekitaran. 


Penulis di Rumah Rehat












Penggunaan tiles bewarna bagi mencerminkan warna-warni yang 
digunakan pada jenang tingkap kondominium



Penulis berlatarbelakangkan kolam mandi.


Di ruang rehat dengan kemudahan tempat duduk, taman bunga beserta pegola.

Papan Tanda Arah. Penggunaan 
Pokok Kemboja di sepanjang pejalan kaki mengujudkan
bau-bauan harum mewangi. Kekadang terangkat bulu roma kerana kebiasaannya
pokok ini di tanam di kawasan perkuburan.






Pagar Perlindungan di sekeliling kondominium

Pemandangan di Pintu Masuk Utama


Idea lanskap yang dihasilkan sungguh menarik bersesuaian dengan temanya 'Tropikana'. Elemen air yang membentuk kolam di tengah-tengah di antara bangunan mengujudkan suasana menarik seolah-olah anda berada di resort.

Boleh dikatakan setiap elemen lanskap yang digunakan di kondominium ini diberi perhatian yang teliti oleh perekanya. Bayangkan suasana sedemikian terbentang di halaman rumah kita...pasti tak keluar rumahlah jawabnya. Ialah bak kata perpatah 'Rumahku Syurgaku' telah berjaya diujudkan oleh Arkitek Lanskap tersebut.

Jumpa lagi...bye.

Note : Terimakasih tidak terhingga kepada Tn.Hj.LAr. Hamid
           Sudin di atas kesudian membawa saya ronda-ronda
           ke Temasik.

  


Ahad, 10 Januari 2016

MALAYSIANA (24) HOW TO ALLOCATE YOUR RM WISELY ?

Assalamualaikum.  

Bagaimana Menyelamatkan Duit Secara Bijak
(HOW TO ALLOCATE YOUR RM WISELY)

Sebuah artikal yang baik untuk memotivasikan diri terutama di zaman milinium yang serba canggih.

Ditulis oleh seorang taikun yang telah berjaya di bidang Hartanah. Beliau mendapat infirasi dari mendiang bapanya yang pada asalnya susah sehinggakan memiliki sebuah empaya perniagaan yang besar.

Datuk Alan Tong menceritakan di dalam artikalnya secara ringkas untuk renongan bersama.


LESSON FROM MY FATHER
(oleh : Datuk Alan Tong)


Cara Menyelamatkan Duit kita

Rujukan : STARBIZWEEK SATURDAY 9.1.16 - Page 4, The Star



 Untuk Renongan Bersama.


SINGAPURA (1.3) HILLVISTA & MI CASA KONDOMINIUM

Assalamualaikum.  

Ronda-Ronda Di HILLVISTA & MI CASA KONDOMINIUM

Sekali lagi sahabat LAr.Hamid menalipon saya memaklumkan setengah jam lagi beliau akan ke tempat saya diturunkan. Nampaknya saya terpaksa panjangkan langkah. Rasanya tak sabar nak melihat hasil kerja beliau di Singapura.

Jom kita tengok hasil kerja beliau. Sebelum itu sempat juga saya snap sana sini sementara menunggu ketibaannya.




Masih lagi di Plaza Singapura. Rekabentuk ceiling di corridor Plaza Singapura.

Sesekali melencong ke jalan bersebelahan






Singapore Art Museum : Ditengah-tengah kemodenan pembangunan
di Bandaraya Singapura ini masih terdapat senibina bangunan lama yang
dikekalkan.


Akhirnya saya sampai ke tempat yang dituju. Oleh kerana masa tidak mengizinkan saya sempat melawat di 2 buah kondominium hasil kerja lanskap syarikat OTLA DESIGN Partnership rekabentuk yang dihasilkan sendiri oleh LAr. Hj.Hamid Sudin (Arkitek Lanskap).

 HILLVISTA KONDOMINIUM

Lokasi HillVista Kondominium
Address: 1 Elizabeth Dr, Singapore 669743
(https://www.google.com)


Rekabentuk : Kombinasi Kayu dan Konkrit




HillVista Kondominium : Di pintu masuk utama (Main Entrance)



 MI CASA KONDOMINIUM


Lokasi Mi Casa Kondominium
Address: 329 Choa Chu Kang Avenue 3, Singapore 689868
(https://www.google.com)


MI CASA KONDOMINIUM : Pintu Masuk Utama.



Sesuai dengan namanya, syarikat OTLA DESIGN Partnership (Office for Tropical Lanscape Architecture) berjaya menghasilkan rekabentuk lanskap yang bersesuaian dengan cuaca panas di Singapura. Rekabentuk yang dihasilkan mempunyai klassnya yang tersendiri. 







Sabtu, 9 Januari 2016

SINGAPURA (1.2) RONDA-RONDA DI ORCHARD ROAD

Assalamualaikum.  

Ronda-Ronda Di ORCHARD Road

Saya baru sahaja menerima panggilan dari kawan LAr.Hamid yang menanyakan di mana saya sekarang. Lantas saya menjawab...tengah ronda kat ORCHID ROAD...dan beliau memaklumkan sejam setengah lagi sampai....apalagi saya teruskan rondaan...jom. 


RONDA-RONDA DI ORCHARD ROAD


ORCHARD ROAD : Lokasi Tempat saya ronda-ronda cari idea.
(Ref image : https://www.google.com )





 Penulis di hadapan Plaza Singapura





Tempat duduk dengan rekabentuk unik. Bila dah agak penat saya duduk kat tempat
duduk yang diperbuat dari kayu dan konkrit ni.


Bila terasa agak penat saya lepak di hadapan Plaza Singapura. Ada juga rakyat Singapura berbangsa Cina yang menegur....tengok tejengok sini sana mereka boleh agak...ialah mungkin mereka pernah gak ke Malaysia.